Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kes Osu hutang judi RM7.1j jadi perhatian


Veteran

Status: Offline
Posts: 57
Date:
Kes Osu hutang judi RM7.1j jadi perhatian


 







Osu Sukam.



Oleh Sharilfuddin Saari
KOTA KINABALU 6 Julai - Badan Perhubungan UMNO Sabah akan membincangkan kedudukan Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Seri Osu Sukam berhubung kes mahkamah membabitkan hutang perjudian sebanyak RM7.1 juta terhadap beliau sebaik Pengerusinya, Datuk Seri Musa Aman pulang dari luar negara pada 16 Julai ini.


Ketua Penerangan UMNO Negeri, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata, sebarang keputusan mengenai kedudukan Osu dalam parti selepas terbabit dalam kes mahkamah hanya boleh diputuskan oleh Musa.


``Ia perlu dibincang dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri (Musa) sebaik sahaja beliau pulang dari lawatan rasmi di Jepun, kalau saya tak bawa, orang lain akan bawa perkara ini juga,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Abdul Rahim berkata, kes mahkamah itu adalah bersifat peribadi antara Osu yang juga bekas Ketua Menteri dan undang-undang.


Beliau bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya mengenai kemungkinan kes tersebut menjejaskan UMNO negeri.


Semalam, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak permohonan sebuah kasino di London untuk menggunakan pengadilan Mahkamah Tinggi Inggeris di sini, bagi menuntut hutang perjudian RM7.1 juta terhadap Osu.


Kedua-dua plaintif sebagai kreditor memohon pendaftaran itu mengikut Akta Penguatkuasaan Salingan Keputusan 1958.


Hakim Datuk Ian Chin dalam keputusannya menolak permohonan Ritz Hotel Kasino Ltd. dan R.H.C. Ltd. untuk mendaftar pengadilan yang diperoleh di mahkamah di negara itu dibawa ke Mahkamah Sabah dan Sarawak atas beberapa alasan.


Antara alasan penolakan yang dibuat oleh Chin ialah hakim Mahkamah Tinggi akan menghadapi kesukaran di mana terdapat rayuan plaintif yang belum selesai terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan di Mahkamah Persekutuan.


Peguam bela Osu, Sugumar Balakrishnan juga membawa hujahnya antara lain menegaskan pendaftaran itu bercanggah dengan Perintah 65 Peraturan Mahkamah Tinggi 1980 kerana proses asing itu dikemukakan oleh sebuah agen swasta di Malaysia.


Sementara itu, penasihat tempatan yang mewakili Ritz Hotel Casino Ltd. and R.H.C Ltd. dari United Kingdom (UK), Collin Lau berkata, beliau kini menunggu arahan selanjutnya daripada pelanggannya itu.


Collin berkata, segala-galanya bergantung kepada pelanggannya itu sama ada mahu mengemukakan rayuan atau sebaliknya.







Reaksi awal pak lah menganggap osu sukam gagal sebagai pemimpin.....


kes rakyat makan siput babi wujud di malaysia bukan cerita dongeng...tetapi tergamak pemimpin sebegini berjudi sampai RM7.1j.


pemimpin adil dijulang,pemimpin zalim ditendang.



__________________
Tuah setia pada raja,Jebat pembela saudara


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Assalamualaikum...


                 Kite tunggu dan lihat jer laa,kalo diambil tindakan bagus laa tp kalo tak diambil tindakan tu dah biasa dengaq dah.Apa nak heran paling kuat pon depa kena letak jawatan jer,cube masokkan depa kat dlm penjara 6 taun kaa br laa adil...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum,


Osu dah letak jawatan...baca berita harian 13-07-2005....



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Assalamualaikum...

bagus laa dh letak jawatan...
tp salah tetap salah hukuman patot dikenakan...
jgn bile dh letak jawatan teros senyap citer...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:

DewaPetir wrote:


askum, Osu dah letak jawatan...baca berita harian 13-07-2005....

sepatutnya pemimpin islam tak boleh ada sifat seperti ini.

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard