Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bagaimana nak tahu jika kita terkena sihir ?


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
Bagaimana nak tahu jika kita terkena sihir ?


SEJARAH SIHIR

Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran
di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Sihir juga ada
diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w.


ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR

Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam
hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim
yang bermaksud:

Dari Aisyah: "Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan
bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak
mendatangi mereka" (Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan
sesuatuyang mengaibkan martabat Ar-Rasul s.a.w., akan tetapi menurut
Qadhi Iyadh, katanya"(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran
Baginda kerana telah jimak bahawaNabi dipelihara dari sudut itu. Cuma
yang berlaku hanyalah di bidang yang harusberlaku di atasnya, di
bidang duniawi semata-mata".Juga Qadhi "Iyadh menegaskan: "Dan sihir
adalah merupakan satu daripada penyakitpenyakit".

Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu
ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah
diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah
sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu
bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan
dan bekerjasamadengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut


TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu
sejuk sehingga ia sanggup " meminum air yang mendidih.

3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman,
benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka
sangat berkasih-sayang.

4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih
menonjol sewaktu senja.

5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang
tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.


CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di
dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat
pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa
iaitu Allah "Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, "Ubat yang
paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al
Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca
Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya
sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan
cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya
Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang
diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk
Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t.
mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di
bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu
sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan
cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung
dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan
jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam
perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki
tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di
Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali
kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang
dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan
Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi
mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti
pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah.


RASUKAN

Satu lagi cirri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap
dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin
menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian
itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah
meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w.
bersabda yang maksudnya:

"Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh
terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan
yang bertempat dan berpindah".

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut
jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan
penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis - bapa segala jin

2. As Syaitan - syaitan

3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)

4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)

5. Al A"wan - penolong-penolong (khadam)

6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam

7. Atthiaruun - penerbang-penerbang

8. Attawabi" - pengikut-pengikut

9. Al Qarna" - pengawan-pengawan

10. Al "Ammar - pemaa"mur-pemaa"mur


PENGALAMAN MUJAHIDIN AFGHAN

Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah
berlaku salah Seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian
sahabat-sahabatnya telah Membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada
sahabat mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yang
merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat-ayat
Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya. Maka apabila
tiba Amir Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan
seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya.
Barulah jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia
adalah salah seorang daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk
merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami isteri.
(Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu"alam).

Dari peristiwa ini dapat diambil kesimpulan bahawa tindakan yang
paling berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan
melaungkan azan.

wallahu"alam.


 




__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum,


sedangkan nabi pun bleh kena sihir...inikan kita manusia biasa...hmmmm tapi jangan dok berdengki dgn org udah ler.....melayu nih kan terkenal dgn Phd.....jadi sihir pun digunakan lah utk tujuan tertentu...cthnya santau....



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

Yang peliknya kenapa nak sihir kat bangsa dan seagama???


Kalau dah dengki sangat,pergilah buat kat bush atau blair sana??


Atau hanya menjadi pada bangsa sendiri sahaja???



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 37
Date:



__________________
serat_buntu


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

ohh.... macam gitu klau terkene sihir.......???????

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 129
Date:

lihat la betapa amalan-amalan yang disukai musuh Allah...semoga kita dijauhkan daripadanya...///

__________________
kja356


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:

paints wrote:


lihat la betapa amalan-amalan yang disukai musuh Allah...semoga kita dijauhkan daripadanya...///

no 1 Allah no 2 pun Allah no 3 Allah.. rujuk kembali kepada kitab al quran... tiada sihir melainkan kita percaya pada sihir...

__________________
marsos six time
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

As'kum,sihir boleh berlaku dimana mana saja,tapi selalunye berlaku diantara seumat dan seagama,kerana dengki dan ketidak puas hati,mengapa semua ini terjadi?kerana mereka kurang beriman dan bersabar,mereka hanya tahu membuat dgn menggunakan sihir dan sanggup bayar bomoh sebape banyak duit yg boleh,janji sihir itu menjadi,buatlah sesuatu tentang ni,umat islam sekarang tak seperti umat islam dulu lagi yg aman,bepegang teguh pada agama,dan sentiasa mengingati dan takut pada allah s.w.t,berbeza dgn zaman sekarang kebanyakkan tidak hirau tentang agama lagi,masyaallah,ape telah jadi?akhir kata,saya minta maaf jika tersalah cakap,dan saya minta maaf jika tersinggung sesiapa,berjuanglah demi agama,bangsa,dan negara..w'slm..

__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

amalkan sembahyang tahajud..



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard