Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kasih Anak Pada Ibu - Sanggupkah anda...


Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:
Kasih Anak Pada Ibu - Sanggupkah anda...


Assalamualaikum...
 
bacalah dan fahamilah....................
 
 
  _____
 
 
Meskipun berita ini sudah agak outdated tapi saya rasa ada manfaatnya utk ditimbulkan semula agar keinsafan yang mengintai-intai di pintu hati kita terus masuk ke dalamnya.
 
 
      Petikan Berita Harian 20/5/2005 - Kasih Ibu Dan Anak :Wanita hidap Parkinson pangku mayat anak 2 hari
      Oleh Johan Afandi dan Zulhazri Abu Bakar
 
      JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang membujang kerana mahu menjaga ibunya yang menghidap Parkinson, ditemui mati di pangkuan wanita itu di kediaman mereka di Flet Kos Sederhana Rendah Fasa 13, Jalan Padi Malinja, Bandar Baru Uda di sini, semalam.
      à Membujang? Ya Allah inilah bukti kasihnya seorang anak terhadap
      ibunya. Betapa hebatnya pengorbanan seorang anak sanggup melupakan
      nikmat sebuah perkahwinan utk  kebahgiaan ibunya. Tapi aku..dulu baru
      di Universiti setahun dua, duit makan hari2 pun bergantung kat mak
      bapak dah gatai nak kawin, lepas kerja setahun dua, duit tak cukup
      pun dah nak kawin, ntah bila teringat nak bantu ibu bapa? Ntah bila
      teringat nak bantu adik-adik? Ntah bila teringat nak balas budi baik
      ayah bonda? Yang diingat selalu birthday makwe, valentine day,
      dating, tapi tak pernah pun ingat birthday mak bapak, adik-adik.
      Sanggup himpun duit yang mak bapak bagi utk beli hadiah, sanggup
      makan sehari sekali tapi utk ayah ibu apa yang sanggup? Ya Allah
      ampunilah dosa-dosaku, dosaku kepada ibu bapaku, dosa ibu bapaku
      terhadapMu Ya Allah! Tempatkanlah mereka dalam rahmat dan kasih
      sayangMu!
 
 
 
 
 
      Abu Bakar Hamzah Mohamad, 41, dikenali sebagai Halim di kalangan
      jirannya dan bekerja kilang di kawasan perindustrian Ungku Mohsin di
      sini, dipercayai mati di pangkuan ibunya, Aishah Sulaiman, 65, sejak
      dua hari lalu.
 
      Kematian Abu Bakar hanya disedari oleh jiran dua beranak itu pagi
      semalam apabila menjenguk mereka dan mendapati, Aishah, yang tidak
      dapat bercakap kerana penyakitnya, dilihat memicit Abu Bakar, tanpa
      menyedari anaknya itu sudah mati.
      à Lihat betapa tinggi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
      Walaupun diri sendiri menderita namun utk seorang anak yang taat si
      ibu tetap berusaha memicit anaknya dengan penuh harapan. Inilah bukti
      keredhoan seorang ibu terhadap anaknya. Redho Allah adalah juga atas
      redho seorang ibu..Adakah ibuku meredhoi diriku ini?
 
 
 
      Aishah, yang kematian suami sejak lima tahun lalu bergantung penuh
      kepada Abu Bakar untuk menyuap nasi dan memandikannya setiap hari
      kerana penyakit Parkinson dihidapinya.
      à Bayangkanlah sejak 5 tahun! Alangkah bahgianya Puan Aishah memiliki
      anak yg taat sebegini. Bagi aku kadang-kadang utk berada 5 hari
      bersama ibunda tercinta pun sudah dirasakan lama, asyik teringat nak
      balik rumah je, apatah lagi dengan keadaan kesihatan yg begitu. Balik
      cuti sehari dua dah rasa lama, mak ayah suruh urut/garu belakang pun
      malas, apatah lagi untuk menjaga ibu yang sakit! Selama 5 tahun!
 
 
 
 
 
      Pengusaha kedai runcit di flet itu, Saim Arif, 48, berkata pagi
      Selasa lalu, dia ternampak Halim menunjukkan reaksi seperti sedang
      menanggung kesakitan, sebelum terjatuh berhampiran motosikalnya.
 
      "Halim biasa keluar kira-kira jam 6 pagi dan pagi itu dahinya
      berdarah selepas jatuh dekat motosikalnya. Penduduk yang nampak
      berkata, sebelum itu Halim duduk di meja di bawah blok seperti orang
      sakit.
 
      "Saya tanya dia sama ada nak dibawa ke klinik tapi dia tak mahu. Jadi
      saya cuma tolong dia balik ke rumah," katanya.
      à Ingatan beliau terhadap ibunya melebihi kesakitan yang dihadapi.
      Mungkin masa tu beliau rasa kalau ke klinik akan memakan masa,
      bagaimana dengan ibunya? Sapa nak tengok?  Kalau kena masuk hospital
      macammana? Biarlah dia menderita asal ibunya dapat makan, asal ibunya
      dapat mandi.
 
 
 
 
 
      Saim berkata, selepas dua hari tidak melihat Halim keluar bekerja,
      beliau menyuruh seorang penduduk flet menjenguk rumah dua beranak
      itu.
      àBaguih jugak Si Saim ni kira prihatin jugak la..Inilah peranan
      seorang jiran.
 
      "Ketika dia tiba di rumahnya, pintu tidak berkunci dan apabila
      diselak, Halim yang tertiarap di ruang tamu sedang dipicit oleh
      ibunya. Apabila diperiksa, Halim sudah tidak bernyawa, lantas dia
      menghubungi polis," katanya.
 
      Seorang lagi jiran, Kalsom Mohd Ali, 52, yang terkejut dengan
      kematian itu berkata, hubungan dua beranak itu memang rapat, malah
      Halim tidak pernah lekang bertanyakan makan minum ibunya.
      à Inilah bukti betapa Halim seorang yang benar-benar
      bertanggungjawab. Kalau seseorang tu meninggal dunia dan orang lain
      bercakap tentang kebaikannya maka bersaksilah bahawa orang itu memang
      benar-benar baik
 
 
 
 
 
      "Mereka duduk dua beranak saja di rumah sebelah dan mak cik tak
      sangka Halim dah meninggal dunia. Sebab itulah dah tak nampak dia.
      Tengah malam Selasa lalu, ada dengar bunyi batuk Halim kuat, lepas
      itu bunyi orang jatuh tapi tak adalah kami sangka yang bukan-bukan,"
      katanya.
 
      Kalsom yang menyedari kematian itu berikutan kehadiran anggota polis
      kira-kira jam 8 pagi semalam berkata, Halim mesra dengan penduduk di
      rumah pangsa itu dan ibunya bergantung hidup padanya.
      à Tengok, dengan jiran tetangga pun beliau disenangi. Aku camna?
      Jiran depan rumah pun jarang bertegur sapa, apatah lagi yang lain.
      Apatah lagi yang 40 buah rumah dikeliling? Ya Allah! Jauhkanlah aku
      daripada sifat sombong dan bongkak! Ya Allah berikanlah aku kekuatan
      utk menunaikan hak jiran-jiranku Ya Allah!
 
 
 
 
 
      "Makan minum ibu, Halim suapkan. Dia tidak beristeri dan selalulah
      kami dengar ibunya ditanya "mak nak makan", "mak nak pergi bilik air"
      ketika menjaga maknya itu.
      à "Mak mai makan" , "Mak, nak kencing habaq!"  Beza sungguh akhlak
      beliau dengan akhlak aku!
 
      "Apabila ada yang bertanya kenapa tidak berkahwin, Halim menjawab
      takut nanti isterinya tidak dapat menerima keadaan kesihatan ibunya
      yang memerlukan perhatian penuh," kata Kalsom.
      à Kasihnya ibu....membawa ke syurga. Kasihnya saudara..masa berada.
      Teruskan lagu ini berputar..
 
      Jenazah Halim dibawa ke rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA)
      oleh anggota polis Tampoi untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan di
      Tanah Perkuburan Bukit Alif dekat sini, petang semalam.
 
      Ketua Balai Polis Tampoi, Cif Inspektor Mazlan Osman, berkata
      pihaknya menolak sebarang unsur jenayah sebagai punca kematian Halim.
 
 
      Quote:
      "Kasih seorang anak menjaga ibunya yang sakit/tua berbeza dengan
      kasih seorang ibu terhadap anaknya sedari kecil kerana seorang anak
      mengharapkan ibunya meninggal lebih cepat supaya hilang segala
      penderitaannya walhal seorang ibu mengharapkan anaknya terus hidup
      agar menjadi seorang yang berguna"
 
 
      Rasanya Halim bukannya termasuk dlm golongan ini. Semuga Allah
      memberikan rahmat dan hidayah kepada kita semua. Al-fatihah!
 
  
  
      Harap dapat memberi manfaat!
      Wallahu a'lam
 

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Wa'alaikumsalam...


          Hang lagu tu kaa...



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Ibu bapa boleh bahagiakan lima orang anak tapi mampukah kelima-lima orang anak menjaga dan membahagiakan ibupanya???... Tepuk dada tanya iman...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

In life there are people who care and love us, our parents, spouse, friends and others. In most cases we tend to take things for granted until we suddenly realized that they are no longer with us. So, while there are with us, why not we take care of them and treat them with respect and insyaallah we will have all the joy in the life …



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard