Assalamualaikum... Tak terniat kah RnD hendak membuka kelas atau kelab tinju atau muay thai.. Saya amat teringin lah...Saya ada dua pasang glove tinju untuk disumbangkan..
hang nak jadi kebal baik jadi besi; kalau hang nak jadi garang baik minta jadi harimau; kalau hang nak jadi keras baik hang jadi batu ; kalau hang nak sembah monyet baik anda solat 5 waktu;
itulah guru silat saya pesan bila saya tanya pasal tomoi siam ni.Beliau adalah seorang juara ex-tomoi diselatan thai dalam tahun 1960 ker 1970...beliau dah tinggalkan thai boxing ni kerana tomoi siam nih sembah monyet bila sampai peringkat tertinggi ...Allahualam
aku jawap.... Salah kah untuk mempelajari...Suatu kesenian seni...
Dari mana tuan guru anda belajar tomoi...Dari siamkan...Mestilah kena belajar sembah monyet..Kalau guru tomoi tu orang melayu.adakah kena sembah monyet jugak.. Tahun 70 an dan 80 an seingat ingat saya semua silat dah ada semua isim isim...Tu pun kalau awak dah wujud.......
Selalunya dari pengalaman saya,lain lain ajaran persilatan lazimnya suka kondem antara satu sama lain.Banyak pertelagahan dalam cabang cabang persilatan ni.
Tapi saya tak puas hati kalau labelkan semua muoy thai ni sembah monyet.saya penah kenai sorang jurulatih ni,dia bekas juara Kedah dan penah bukak gelanggang sendiri.Mula mula dia akan serapkan sedikit ilmu kenal diri dan usulluddin.Lepas tu masuk bab bab syariat.Org tua ni mmg ada la sejarah masa muda muda dulu tapi tak penah pun saya tau sampai sembah monyet.
Kalau tak keberatan,boleh tak saudara joeanep bgtau nama guru yg penah jadi juara tomoi selatan siam tu.Untuk pengetahuan,org tua yg saya kenal tu nama dia Abdullah.Gelaran masa muda muda dulu Pak Lah Pendekar a.k.a Pak Lah Janggut a.k.a pak Lah Tomoi.Dia ni champion Kedah 50an,60an dan 70an.Daerah Baling.
korang byk tengok movie Om-bak nih.....by the way...semua seni mempertahankan diri ada keistimewaan dan kelemahan.....tapi bab kebatinan kebykkan menyimpang dari ajaran Islam...semoga siasat dulu sblm belajar...takut syirik....
wallahua'lam
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
klu dpat bukak gelanggang utk muay thai pn bagus sebab dapat m`ngembang seni agie dlam persatuan selain dr silat..biar t`bukak sikit minda selain dr silat ader jugak seni pertahan diri lain yg boleh menjadi pilihan org melayu kita...renung-renung
Untuk makluman semua adik-adik, di gelanggang kediaman Ayah Paq, dia orang belajar Tomoi, Kuntau Jawa & Silat Kalimah. Gelanggang pun ada permit. So kira safe tak kena kacaulah tu.
Sessinya pada Isnin, Rabu & Jumaat bermula pukul 9.00 malam.
Assalammua'laikum, Untuk makluman semua adik-adik, di gelanggang kediaman Ayah Paq, dia orang belajar Tomoi, Kuntau Jawa & Silat Kalimah. Gelanggang pun ada permit. So kira safe tak kena kacaulah tu. Sessinya pada Isnin, Rabu & Jumaat bermula pukul 9.00 malam. Mari kita sama-sama try ...........-- Edited by Syed Putra at 15:05, 2005-08-08
mualaikumsalam...
kanda syed putra dah tertinggal satu lagi silat...kata ayah paq.. silat sakit... amacam ayah paq ok tak... heee heee hee gurau aje...
pesanan ayah dan abg utk saya tak akan saya lupakan...alhamdullilah...
Bagi pendapat saya terpulanglah nak belajar apa pon, janji kita menimba ilmu. satu cara yang paling efektif utk memupuk kejatian diri yang telah terbukti adalah melalui pembelajaran seni mempertahankan diri.
So.... terpulanglah kepada saudara sekalian utk membuat penilaian.
pada pendapat saya tak salah kalau nak belajar seni muay ni, memangla betul kita perlu memartabatkan seni warisan kita tetapi kan lagi elok kalau kita belajar seni yg lain juga sebab kalau kita hanya belajar silat maka kita takkan tau rahsia2 seni yg lain, silat itu lembut dan indah tetapi dalam lembut ada keras dan dlm keras ada lembut.
tak yah la belajar benda2 kebatinan yg ada pada muay, hanya ambik yg zahir kerana muay menerapkan anggota kita sebagai senjata utama dan jika ditambahkan dengan silat kan ke jadi lagi tegap sebab tu ramai guru2 tua yg ada muay, dlm silat sendiri pun ada buah2 muay contoh seperti buat kombat.......hehehehehheheh ni pendapat saya je la
seni apa punya bolih kita belajar, yang penting niat kita dan jangan langgar hukum syarak. semua nya elok dan cantik kalau budi pekerti yang membawa tu cantik. ini pendapat hamba yang kureng pengetahuan.
Assalamualaikum.. Akal fikiran menilai ap yang terbaik untuk kita..berhati2 mengatur langkah jgn tersesat dari Ajaran Al Quran Dan Sunnah pegangan utama. Ilmu pelbagai ditabur oleh Allah di muka bumi..manusia mggunakan akal memilih sebaik2nya mestilah berpanduan dalam ap jua... Cari dari pengalaman baik diri sndiri atau org lain..(sekadar memberi pandangan).
di SURAU JUBLI PERAK, B.B.Bangi Fasa 4, 03 / 12 / 05 ni, ada majlis perasmian seni silat ABJAD. ada pertunjukan, pameran, jualan dan mcm2 lagi. semua di jemput hadir. org kita gak.......///
jemputan untuk semua. di SURAU JUBLI PERAK, B.B.Bangi Fasa 4, 03 / 12 / 05 ni, ada majlis perasmian seni silat ABJAD. ada pertunjukan, pameran, jualan dan mcm2 lagi. semua di jemput hadir. org kita gak.......///
askum to all,
silat abjad nih setahu saya ...kebatinannya ada unsur kesurupan...bleh menyimpang dari aqidah tu....
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice