PM Malaysia berkata mengurangkan perlindungan bagi pembuat kereta nasional, ‘tindakan yang betul’
PERDANA MENTERI Abdullah Badawi mempertahankan keputusan kerajaan mengurangkan perlindungan bagi pembuat kereta nasional Proton sebaik saja dia terbabit dalam kontroversi antara Menteri Perdagangan Rafidah Aziz dan bekas PM Mahathir Mohamad.
Menggesa pengeluar kereta menjadi lebih kompetitif, dia menegaskan bahawa kerajaan bukan bekerja bertentangan dengan kepentingan syarikat tersebut.
'Proton ialah kereta kita. Kita mahu Proton berjaya. Selama ini kita melindungi Proton. Perlindungan tersebut kini dikurangkan beransur-ansur kerana itu tindakan yang betul,’ Datuk Seri Abdullah memberitahu wartawan kelmarin.
'Sementara kita beransur-ansur mengurangkan perlindungan, Proton mesti perbaiki kualiti dan keupayaannya supaya ia mampu bersaing dengan kereta-kereta lain,' katanya lagi.
Kenyataannya berikutan komen Tun Dr Mahathir sehari sebelum itu bahawa polisi kerajaan memberi kesan buruk terhadap syarikat tersebut dan kepentingan negara. Bekas perdana menteri ialah penasihat Proton.
Dia mendakwa bahawa kerajaan melukakan lagi pembuat kereta nasional dengan membenarkan kereta import dari Korea masuk dengan harga yang amat rendah di pelabuhan.
Harga yang diisytihar kira-kira RM11,000 (S$4,900) di pelabuhan, bermakna kereta-kereta tersebut akan kemudian dijual kepada orang ramai pada harga yang rendah, dengan itu menjejaskan jualan Proton, Tun Dr Mahathir memberitahu dalam satu sidang media awal minggu ini.
Kemarahannya ditujukan khusus kepada komen yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Rafidah, yang pada minggu lalu berkata bahawa Proton perlu melihat kepada kelemahannya dan tidak menyalahkan faktor lain, jualannya menurun.
'Apa yang mengecewakan kami ialah tuduhan bahawa Proton tidak menjual kerana kualitinya yang kurang. Bukan itu,' katanya.
Dia menambah bahawa: ‘Apabila orang mula bercakap yang kereta kami kualitinya rendah, sudah tentu ia akan menjejaskan jualan kereta kami, terutama apabila orang yang membuat kenyataan itu, seorang yang tinggi pangkatnya dan bertanggungjawab.’
Tun Dr Mahathir juga mengkritik polisi kerajaan yang tidak telus dalam pengeluaran permit kereta import kepada peniaga Melayu, mengatakan nama-nama mereka patut disenaraikan, siapa yang mendapat perniagaan berbilion ringgit tersebut.
Berusaha mengurangkan ketegangan, PM Abdullah berkata bahawa Kabinet, dalam mesyuarat mingguannya pada hari Rabu, telah meminta Datuk Seri Rafidah menulis surat kepada Tun Dr Mahathir bagi menjelaskan segala isu-isu berkait.
Proton diwujudkan 20 tahun lalu oleh Tun Dr Mahathir sebagai sebahagian dari usaha menjadikan Malaysia negara industri.
Tetapi jualannya terjejas teruk dalam beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan kereta import Kia dan Hyundai dari Korea.
Pembuat kereta Malaysia tersebut dijangka menghadapi lebih banyak saingan dari kereta buatan China dalam beberapa tahun akan datang.
Proton menjual 44 peratus dari seluruh kereta baru di Malaysia pada tahun lepas, menurun dari 65 peratus daripada kemuncak penjualan beberapa tahun sebelumnya.
btul 2,beli ajer kete kite sendiri tanda sokongan t`hadap buatan kereta tempatan..kalau sume nak beli kete buatan org luar aper point tun mahathir istiharkan pembuatan kete malaysia 20 thn dlu??renung laa sume....
sikap double standard yang diamalkan oleh proton sendiri yang membuatkan perkara ini terjadi contohnya untuk pengeluaran export, quality yang lebih baik dibuat tetapi untuk pasaran tempatan jauh lebih teruk, begitu juga dengan bahan yang digunakan pengeluar induk tidak diberi peluang sebaliknya orang tengah yang terbuka luas peluangnya dan banyak lagi lah susah nak cakap sehinggakan kalau ada problem pada kenderaan orang akan tanya kereta apa? proton biasalah
Perdana Menteri diminta mengkaji semula kedudukan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Arif di Proton Holdings Bhd memandangkan kegagalan mereka menjadikan industri tersebut lebih berdaya saing.
“Oleh itu kerajaan digesa menyiasat dengan terperinci kelemahan yang berlaku dalam pengurusan syarikat tersebut. Satu kertas putih mengenainya hendaklah dibentang kepada orang ramai.
“Ini kerana sejak Proton diwujudkan sebanyak RM40 bilion wang rakyat sudah dibelanjakan bagi memberi subsidi kepada industri tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Hari ini akhbar melaporkan Penasihat Proton Holdings Bhd, Dr Mahathir mempertahankan Ketua Eksekutifnya, Tengku Mahaleel yang dianggap berhak melindungi syarikat pembuatan kereta tersebut.
Sebelum ini Tengku Mahaleel mencetus kontroversi kerana mengkritik dasar automotif kerajaan dengan memberi layanan tidak adil di bawah satu dasar yang dianggap tidak telus.
Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, bekas perdana menteri itu tidak boleh lari daripada bertanggungjawab terhadap prestasi Proton yang semakin gelap.
“Masa depan Proton tambah gelap sekiranya tidak ada pelan yang lebih berdaya saing bagi menyaingi kereta keluaran syarikat asing. Apa yang berlaku sekarang seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dalam pengurusan Proton,” katanya.
Malah katanya, pengurusan Perodua dilihat lebih baik berbanding dengan pencapaian Proton sekarang. Beliau juga berpendapat masalah yang dihadapi Proton dianggap tidak ada hubung kait dengan keluaran permit import (AP) kepada Naza Ria kerana kereta diimport syarikat itu tidak menyaingi Proton.
“Dalam soal ini kita sepatutnya melihat bekas perdana menteri sendiri sebenarnya yang mahu kerajaan mengisytiharkan kereta dikeluarkan Naza Ria sebagai kereta nasional.
“Sepatutnya sebelum pengisytiharan itu dibuat bekas perdana menteri menyemak dahulu dengan pihak kastam terhadap kandungan kompenan diimport yang digunakan kereta keluaran Naza,” katanya.
Beliau berkata, keputusan itu begitu mengelirukan dan kerajaan perlu memberi takrifan yang lebih tepat mengenai kereta nasional sama ada penggunaan kompenan tempatan hanya 18 peratus sudah layak diberi pengiktirafan.
Beliau turut menjelaskan Proton terpaksa berdepan dengan dasar pasaran terbuka di bawah AFTA yang mengenakan tarif rendah kepada pesaing model Proton.
Misalnya kata beliau, Honda City yang dikeluarkan di kilang di Thailand lebih kompetitif harganya. Selain itu, Malaysia juga kini dijadikan lambakan bagi kereta keluaran Korea Selatan, KIA.
Menurutnya juga, berdasar kepada jumlah keluaran yang begitu kecil sekitar 50,000 unit setahun Proton tidak mampu menawarkan harga yang kompetitif untuk pasaran peringkat antarabangsa.
kita masih muda dalam industri permotoran, jika dibandingkan dengan negara maju... tetapi walaubagaimanapun kita telah mampu menjadi pengeluar kereta...cuma untuk terus bersaing perlu buat banyak R&D untuk meningkatkan lagi kualitinya...