Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Khalid Jafri didapati bersalah tulis maklumat palsu


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:
Khalid Jafri didapati bersalah tulis maklumat palsu


Assalamualaikum...

(Bernama) -- Penulis buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM", Datuk Abdul Khalid @ Khalid Jafri Bakar Shah, Sabtu didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini dan disabitkan dengan tuduhan menulis maklumat palsu dalam buku berkenaan.

Hakim Mohamad Saman Mohamed Ramli berkata pihak pendakwaan telah membuktikan kes yang melampaui keraguan munasabah.

Beliau menetapkan 6 Julai ini untuk mitigasi dan menjatuhkan hukuman.

Khalid Jafri, 65, didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Media Pulau Lagenda, Taman Kosas, Ampang di sini, pada Mei 1998.

Dia didakwa mengikut Seksyen 8A (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Khalid mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut pada 12 Ogos 1998 dan pada peringkat pendakwaan seramai 11 saksi memberi keterangan.

Pada 19 Feb 2003, Mohamad Saman mengarahkan Khalid membela diri selepas memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadapnya.

Pembelaan telah mengemukakan dua saksi iaitu Khalid sendiri dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Musa Hassan serta memanggil semula saksi pendakwaan Supt Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar manakala Khalid diwakili oleh peguam Sashi Menon.

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 57
Date:

mari kita tengok....sape yang kenaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....................................

__________________
Tuah setia pada raja,Jebat pembela saudara


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:


jebatderhaka wrote:


mari kita tengok....sape yang kenaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....................................


ahak ahak ahak....tuuunngggguuuuuuuuuuuuuu



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:

mengapa sekarang baru diaorang perasan khalid jafri tulis maklumat tu..... palsu,naya saja anuar kena dok dalam.

__________________
amal ma'aruf nahi mungkar


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

dulu Tun Mahathir ada sapa brani bersuara...
sapa bersuara kena laa tahan ISA(ikut suka aku)...
pastu kena brainwash bila kluaq kutuk Anwar plak...
seblom tu dok sebok kutuk Tun Mahathir...
hebat x hebat laa depa punya psikologi...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 74
Date:

duduk diam diam   

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

politik ni macam main monopoli... sape salah skit...leka skit.. miss 1 turn....

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 68
Date:

bukan politik saja... semua benda dalam dunia lani kalau leka boleh miss satu turn wooooo.... jangan miss malam jumaat cukop... amik pahala bunuh kapir.. hehehe

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard