Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Awas, Geng Pukau Warga Arab di Sekitar Kita !


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:
Awas, Geng Pukau Warga Arab di Sekitar Kita !


Assalamualaikum...

Berikut ialah e-mel yang saya terima yang pengirim/mangsa minta sebarkan agar kita semua tidak tertipu oleh Geng Pukau Warga Arab yang berleluasa sekarang ini menurut beliau di Putrajaya dan mungkin diseluruh negara. Bukan untuk memburukkan warga Arab, cuma ini ialah modus operandi mereka. Terdapat juga Geng Pukau orang Melayu, Cina, India, Afrika dan lain-lain yang menggunakan modus operandi tersendiri.

Penjenayah tidak mengenal erti kaum, bangsa, negara dan agama. Pada Jumaat 22 April 2005 ketika saya balik dari bank dan sedang berjalan masuk kedalam pintu masuk bangunan Menara PJH, di Precinct 2 Putrajaya,seorang Arab sedang berdiri disebelah kereta Waja warna silver telah melambai kepada saya dengan wajah begitu serious.


Biasanya dalam keadaan begini saya tidak akan menghiraukan orang sebegini ( melambai kepada saya seperti mengarahkan saya utk datang kepadanya --tidak beradab ) , tapi kali ini memandangkan beliau ada lah seorang asing ,saya kira beliau dlm kesusahan dan perlukan bantuan saya.

Beliau minta tolong tukar dengan saya not RM100 beliau dengan RM50 saya. Selepas saya berikan nya dua keping not RM 50 dari poket baju saya dan ambil not RM100 beliau , beliau dengan pantas mencapai not RM 50 yg lain dlm poket baju saya. Saya dengan segera bertindak memegang tangan nya sebagai tanda tidak setuju akan perbuatan nya, tapi beliau dengan menerangkan beliau sangat minat akan not RM 50 yg sejenis tanda (saya pun kurang jelas apa tanda yg beliau maksudkan) dan mahukan nya sebagai cenderahati.

Beliau dengan pantas membuka setiap helai nota RM 50 berkenaan sambil menjaminkan bahawa beliau tak bermaksud jahat dan sekadar mahukan not RM 50 yg berkenaan. Beliau melakukan semua itu hampir dengan dada saya dan jauh dari badan beliau sendiri........... sambil itu tangan kanan saya memegang pergelangan tangan kiri beliau dan tangan kiri saya memegang pergelangan tangan kanan nya. Selepas itu beliau terus pulangkan not RM 50 saya Kembali dan serta merta masuk kedalam Waja nya yg sedang menunggu dengan seorang pemandu dan Waja berkenaan serta merta meluncur laju keluar dari kawasan berkenaan. Saya ,yg pada ketika itu sedang rasa agak marah dan kecewa dengan cara dan sikap beliau terhadap saya, pun terus berpaling dan berjalan masuk kedalam Menara PJH.

Setelah naik kepejabat saya dlm Menara PJH , saya rasa sangat tak sedap hati dan periksa duit saya. Rasanya sudah tidak setebal semasa saya mula mula memegangnya semasa di kaunter bank. Selepas mengira saya sedar pada ketika itu bilangan not RM 50 berkenaan sudah kurang hampir separuh.

Saya sertamerta membuat lapuran Polis di IPD Putrajaya. Mengikut beberapa angota di IPD Putrajaya beberapa kejadian serupa telah dilaporkan berlaku di Putrajaya dan KL . Semoga kalian dapat berhati hati supaya perkara yg sama tidak menimpa diri kalian.
Harap kalian dapat sebarkan email ini seluas luas nya supaya jenayah begini tidak berleluasa dan jika ada sesiapa yg telihat Waja berkenaan supaya dapat menghubungi pihak polis dengan serta merta.

Walaubagaimana pun adalah dijangkakan yg mereka ini beroperasi secara sindiket dan mereka bertukar tukar orang yg memainkan peranan approach mangsa dan juga kereta yg di gunakan. Setakat ini saya dapat maklumat/aduan bahawa mereka ini beroperasi dimana-mana tempat ada orang iaitu bank, shopping complexs, letak kereta, bus stop, stesen keretapi dan sebagainya.



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 54
Date:

EEEye....pandai dan cerdiknya dia orang

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

saya rasa penah dgr kes ni...


apa2 pon kita kene hati2... jgn jalan alone..



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

kena berjaga-jaga

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard