Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: syaitan bersedih


Senior

Status: Offline
Posts: 149
Date:
syaitan bersedih


APABILA sepasang anak muda selamat diijabkabulkan, maka menangislah syaitan. Maka tidak lagi ia berjaya memainkan hati pasangan itu untuk menuju ke jalan mereka. Tetapi apakah mungkin tangisan itu akan berakhir di situ saja atau berlarutan hingga tamatnya majlis walimah itu? Hanya Allah saja yang mengetahui. Semuanya bergantung kepada majlis yang kita laksanakan. Majlis perkahwinan boleh mendatangkan berkat bila suasana yang mendatangkan keberkatan itu dijaga sungguh-sungguh, iaitu dengan menjaga batas syariat - tidak bercampur-aduk antara lelaki dan perempuan ajnabi. Contohnya, majlis akad nikah seharusnya dibuat di masjid, kerana ia boleh terhindar daripada bercampur lelaki dan perempuan. Kepada pasangan pengantin, setelah selesai majlis pernikahan, mereka disunatkan sujud syukur dengan sembahyang sunat nikah dua rakaat. Maka daripada sinilah mulanya bibit perkenalan cinta pandang pertama antara kedua pasangan pengantin yang dirahmati Allah s.w.t itu. Sekiranya rumah kita kecil dan tidak muat menempatkan tetamu wanita untuk makan di dalam rumah, bolehlah dipasangkan khemah berasingan untuk lelaki dan perempuan. Dan pelayannya mestilah daripada kaum sejenis. Apa yang penting, kita berusaha mengelakkan percampuran antara lelaki dan perempuan, terutama ketika majlis jamuan. Kadangkala kita tengok tetamu yang hadir tidak begitu ghairah melihat pengantin lelaki, tetapi seronok dengan gadis genit yang melayani tetamu. Lalu berlakulah usik-mengusik antara satu sama lain. Kenduri kahwin yang dirahmati Allah tidak semestinya dibuat secara besar-besaran seperti di hotel atau di dewan masyarakat dan menjemput tetamu kehormat saja serta diserikan dengan pelbagai acara istimewa, seperti muzik dan tarian. Memadailah dengan apa yang termampu. Jemputlah jiran yang terdekat. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: “Buatlah jamuan walaupun dengan seekor kambing.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Adakan kenduri kahwin dengan tidak menimbulkan fitnah manusia. Rasulullah s.a.w. suka majlis yang mulia ini dihebahkan kepada masyarakat. Mengadakan kenduri kahwin adalah sunnah Rasulullah, hukumnya sunat dan mendapat pahala. Selain itu, majlis yang kita laksanakan itu bukanlah untuk bersuka-suka saja, tetapi besar ertinya pada fakir miskin. Rasulullah s.a.w. mengingatkan umatnya bahawa jamuan yang paling dicela Allah s.w.t ialah apabila jemputannya terdiri daripada orang-orang kaya saja, sebagaimana sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: “Sebusuk-busuk makanan ialah yang dijamukan untuk jemputan orang kaya saja dan dibiarkan orang miskin, yakni tidak dijemput bersama.”(Riwayat Bukhari dan Muslim). Sebaik-baiknya jemputlah kedua-duanya sekali (miskin dan kaya) supaya menambahkan silaturahim antara kedua-dua golongan itu. Inilah salah satu hikmah mengapa seseorang itu diwajibkan menghadiri majlis walimatul-urus. Hal ini telah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak hadir ke jemputan (kahwin), maka sesungguhnya derhakalah ia kepada Allah dan RasulNya.” Bagaimanapun, sekiranya majlis kahwin itu banyak berunsur kemungkaran daripada kebaikannya (seperti bersanding, pergaulan bebas, tari-menari atau kugiran rancak dan sebagainya), memadailah kita jenguk muka sekejap saja. Berilah alasan yang baik sebab kita tidak datang dan meraikan bersama majlis itu. Sebagai saudara sesama Islam yang cintakan kebenaran, berdoalah semoga mereka dikurniakan petunjuk sebagaimana doa Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Wahai Tuhan! Berilah petunjuk kepada kaumku, kerana mereka tidak mengetahui.” Mengadakan upacara bersanding satu dosa yang paling berat. Tidak ada keterangan di dalam semua mazhab yang membolehkan bersanding. Hanya agama Hindu yang memestikan penganutnya bersanding. Kalau tidak bersanding, penganutnya dihukumkan sebagai murtad. Seluruh ahli keluarga memulaukan mereka dan dianggap sebagai derhaka. Menurut adat Hindu, untuk mendapatkan restu dewa-dewa, maka setiap majlis persandingan mestilah diletakkan dua gunung emas dan pokok emas di kiri dan di kanan pelamin. Bagi orang Melayu pula, mereka meletakkan pulut kuning, pulut manis dan bunga telur sebagai ganti gunung emas atau pokok emas yang diamalkan oleh orang Hindu. Oleh itu eloklah dihapuskan upacara yang karut dan sesat itu. Berbincanglah sebaik-baiknya dengan ibu bapa supaya majlis yang kita laksanakan itu benar-benar menepati kehendak syariat Islam yang maha suci. Biasanya orang kita mengadakan iringan muzik atau dijemput khas pemuzik yang kononnya untuk meraikan pasangan pengantin baru. Maka tidak wajarlah majlis yang mulia itu kita cemari dengan sesuatu yang melalaikan. Majlis yang sepatutnya syaitan menjerit dan menangis, akan bertukar kepada syaitan ketawa dan gembira. Kita boleh memeriahkan majlis dengan lagu memuji kebesaran Allah s.w.t. dan memuliakan Rasulullah s.a.w. Contohnya mengadakan khatam al-Quran, berzanji, marhaban, qasidah, bertahlil atau nasyid dengan syarat hendaklah diasingkan antara lelaki dan wanita yang ajnabi. "

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:

assalamualaikum...ape kata kemaskinikan posting ni...peninlaaa...please

__________________
...


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Wa'alaikumsalam...

betoi tu nak bepinauw mata...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:


WAFi ^^^ wrote:






APABILA sepasang anak muda selamat diijabkabulkan, maka menangislah syaitan.Maka tidak lagi ia berjaya memainkan hati pasangan itu untuk menuju ke jalan mereka. Tetapi apakah mungkin tangisan itu akan berakhir di situ saja atau berlarutan hingga tamatnya majlis walimah itu? Hanya Allah saja yang mengetahui.


  Semuanya bergantung kepada majlis yang kita laksanakan. Majlis perkahwinan boleh mendatangkan berkat bila suasana yang mendatangkan keberkatan itu dijaga sungguh-sungguh, iaitu dengan menjaga batas syariat - tidak bercampur-aduk antara lelaki dan perempuan ajnabi. Contohnya, majlis akad nikah seharusnya dibuat di masjid, kerana ia boleh terhindar daripada bercampur lelaki dan perempuan.


    Kepada pasangan pengantin, setelah selesai majlis pernikahan,mereka disunatkan sujud syukur dengan sembahyang sunat nikah dua rakaat.Maka daripada sinilah mulanya bibit perkenalan cinta pandang pertama antarakedua pasangan pengantin yang dirahmati Allah s.w.t itu. Sekiranya rumah kita kecil dan tidak muat menempatkan tetamu wanita untuk makan di dalam rumah, bolehlah dipasangkan khemah berasingan untuk lelaki dan perempuan. Dan pelayannya mestilah daripada kaum sejenis. Apa yang penting, kita berusaha mengelakkan percampuran antara lelaki dan perempuan, terutama ketika majlis jamuan.


    Kadangkala kita tengok tetamu yang hadir tidak begitu ghairah melihat pengantin lelaki, tetapi seronok dengan gadis genit yang melayani tetamu. Lalu berlakulah usik-mengusik antara satu sama lain. Kenduri kahwin yang dirahmati Allah tidak semestinya dibuat secara besar-besaran seperti di hotel atau di dewan masyarakat dan menjemput tetamu kehormat saja serta diserikan dengan pelbagai acara istimewa, seperti muzik dan tarian. Memadailah dengan apa yang termampu. Jemputlah jiran yang terdekat. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: “Buatlah jamuan walaupun dengan seekor kambing.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Adakan kenduri kahwin dengan tidak menimbulkan fitnah manusia.Rasulullah s.a.w. suka majlis yang mulia ini dihebahkan kepada masyarakat. Mengadakan kenduri kahwin adalah sunnah Rasulullah, hukumnya sunat dan mendapat pahala. Selain itu, majlis yang kita laksanakan itu bukanlah untuk bersuka-suka saja, tetapi besar ertinya pada fakir miskin. Rasulullah s.a.w.mengingatkan umatnya bahawa jamuan yang paling dicela Allah s.w.t ialah apabila jemputannya terdiri daripada orang-orang kaya saja, sebagaimana sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: “Sebusuk-busuk makanan ialah yang dijamukan untuk jemputan orang kaya saja dan dibiarkan orang miskin, yakni tidak dijemput bersama.


”(Riwayat Bukhari dan Muslim). Sebaik-baiknya jemputlah kedua-duanya sekali (miskin dan kaya) supaya menambahkan silaturahim antara kedua-dua golongan itu. Inilah salah satu hikmah mengapa seseorang itu diwajibkan menghadiri majlis walimatul-urus. Hal ini telah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak hadir ke jemputan (kahwin), maka sesungguhnya derhakalah ia kepada Allah dan RasulNya.” Bagaimanapun, sekiranya majlis kahwin itu banyak berunsur kemungkaran daripada kebaikannya (seperti bersanding, pergaulan bebas, tari-menari atau kugiran rancak dan sebagainya),memadailah kita jenguk muka sekejap saja. Berilah alasan yang baik sebab kita tidak datang dan meraikan bersama majlis itu. Sebagai saudara sesama Islam yang cintakan kebenaran, berdoalah semoga mereka dikurniakan petunjuk sebagaimana doa Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Wahai Tuhan! Berilah  petunjuk kepada kaumku, kerana mereka tidak mengetahui.” Mengadakan upacara bersanding satu dosa yang paling berat. Tidak ada keterangan di dalam semua mazhab yang membolehkan bersanding. Hanya agama Hindu yang memestikan penganutnya bersanding. Kalau tidak bersanding, penganutnya dihukumkan sebagai murtad.


    Seluruh ahli keluarga memulaukan mereka dan dianggap sebagai derhaka.Menurut adat Hindu, untuk mendapatkan restu dewa-dewa, maka setiap majlis persandingan mestilah diletakkan dua gunung emas dan pokok emas di kiri dan di kanan pelamin. Bagi orang Melayu pula, mereka meletakkan pulut kuning, pulut manis dan bunga telur sebagai ganti gunung emas atau pokok emas yang diamalkan oleh orang Hindu. Oleh itu eloklah dihapuskan upacara yang karut dan sesat itu. Berbincanglah sebaik-baiknya dengan ibu bapa supaya majlis yang kita laksanakan itu benar-benar menepati kehendak syariat Islam yang maha suci.


     Biasanya orang kita mengadakan iringan muzik atau dijemput khas pemuzik yang kononnya untuk meraikan pasangan pengantin baru. Maka tidak wajarlah majlis yang mulia itu kita cemari dengan sesuatu yang melalaikan. Majlis yang sepatutnya syaitan menjerit dan menangis, akan bertukar kepada syaitan ketawa dan gembira. Kita boleh memeriahkan majlis dengan lagu memuji kebesaran Allah s.w.t. dan memuliakan Rasulullah s.a.w. Contohnya mengadakan khatam al-Quran, berzanji, marhaban, qasidah, bertahlil atau nasyid dengan syarat hendaklahdiasingkan antara lelaki dan wanita yang ajnabi. "







__________________
...


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Assalamualaikum...

tq...tq...tq...bro natural...
dh normal balek dh mata chek...


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:



__________________
...


Senior

Status: Offline
Posts: 135
Date:

akum... sorry lar kalo terkasar bahasa... tapi mmg btol susah nak baca lar....hehe



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 149
Date:

sorry arr...


cian korang susah nak bace posting..hehe


peace brother!!!



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard