Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: renungKan


Senior

Status: Offline
Posts: 149
Date:
renungKan


APABILA sepasang anak muda selamat diijabkabulkan, maka menangislah
syaitan. Maka tidak lagi ia berjaya memainkan hati pasangan itu untuk
menuju ke jalan mereka. Tetapi apakah mungkin tangisan itu akan berakhir di
situ saja atau berlarutan hingga tamatnya majlis walimah itu? Hanya
Allah saja yang mengetahui. Semuanya bergantung kepada majlis yang kita
laksanakan. Majlis perkahwinan boleh mendatangkan berkat bila suasana
yang mendatangkan keberkatan itu dijaga sungguh-sungguh, iaitu dengan
menjaga batas syariat - tidak bercampur-aduk antara lelaki dan perempuan
ajnabi. Contohnya, majlis akad nikah seharusnya dibuat di masjid, kerana
ia boleh terhindar daripada bercampur lelaki dan perempuan. Kepada
pasangan pengantin, setelah selesai majlis pernikahan, mereka disunatkan
sujud syukur dengan sembahyang sunat nikah dua rakaat. Maka daripada
sinilah mulanya bibit perkenalan cinta pandang pertama antara kedua
pasangan pengantin yang dirahmati Allah s.w.t itu. Sekiranya rumah kita kecil
dan
tidak muat menempatkan tetamu wanita untuk makan di dalam rumah,
bolehlah dipasangkan khemah berasingan untuk lelaki dan perempuan. Dan
pelayannya mestilah daripada kaum sejenis. Apa yang penting, kita berusaha
mengelakkan percampuran antara lelaki dan perempuan, terutama ketika
majlis jamuan. Kadangkala kita tengok tetamu yang hadir tidak begitu
ghairah melihat pengantin lelaki, tetapi seronok dengan gadis genit yang
melayani tetamu. Lalu berlakulah usik-mengusik antara satu sama lain.
Kenduri kahwin yang dirahmati Allah tidak semestinya dibuat secara
besar-besaran seperti di hotel atau di dewan masyarakat dan menjemput tetamu
kehormat saja serta diserikan dengan pelbagai acara istimewa, seperti
muzik dan tarian. Memadailah dengan apa yang termampu. Jemputlah jiran
yang terdekat. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: “Buatlah
jamuan walaupun dengan seekor kambing.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Adakan kenduri kahwin dengan tidak menimbulkan fitnah manusia. Rasulullah
s.a.w. suka majlis yang mulia ini dihebahkan kepada masyarakat.
Mengadakan kenduri kahwin adalah sunnah Rasulullah, hukumnya sunat dan
mendapat pahala. Selain itu, majlis yang kita laksanakan itu bukanlah untuk
bersuka-suka saja, tetapi besar ertinya pada fakir miskin. Rasulullah
s.a.w. mengingatkan umatnya bahawa jamuan yang paling dicela Allah s.w.t
ialah apabila jemputannya terdiri daripada orang-orang kaya saja,
sebagaimana sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: “Sebusuk-busuk makanan
ialah yang dijamukan untuk jemputan orang kaya saja dan dibiarkan orang
miskin, yakni tidak dijemput bersama.”(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Sebaik-baiknya jemputlah kedua-duanya sekali (miskin dan kaya) supaya
menambahkan silaturahim antara kedua-dua golongan itu. Inilah salah satu
hikmah mengapa seseorang itu diwajibkan menghadiri majlis walimatul-urus.
Hal ini telah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Sesiapa yang tidak hadir ke jemputan (kahwin), maka sesungguhnya derhakalah
ia
kepada Allah dan RasulNya.” Bagaimanapun, sekiranya majlis kahwin itu
banyak berunsur kemungkaran daripada kebaikannya (seperti bersanding,
pergaulan bebas, tari-menari atau kugiran rancak dan sebagainya),
memadailah kita jenguk muka sekejap saja. Berilah alasan yang baik sebab kita
tidak datang dan meraikan bersama majlis itu. Sebagai saudara sesama
Islam yang cintakan kebenaran, berdoalah semoga mereka dikurniakan
petunjuk sebagaimana doa Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Wahai Tuhan!
Berilah petunjuk kepada kaumku, kerana mereka tidak mengetahui.” Mengadakan
upacara bersanding satu dosa yang paling berat. Tidak ada keterangan di
dalam semua mazhab yang membolehkan bersanding. Hanya agama Hindu yang
memestikan penganutnya bersanding. Kalau tidak bersanding, penganutnya
dihukumkan sebagai murtad. Seluruh ahli keluarga memulaukan mereka dan
dianggap sebagai derhaka. Menurut adat Hindu, untuk mendapatkan restu
dewa-dewa, maka setiap majlis persandingan mestilah diletakkan dua
gunung
emas dan pokok emas di kiri dan di kanan pelamin. Bagi orang Melayu
pula, mereka meletakkan pulut kuning, pulut manis dan bunga telur sebagai
ganti gunung emas atau pokok emas yang diamalkan oleh orang Hindu. Oleh
itu eloklah dihapuskan upacara yang karut dan sesat itu. Berbincanglah
sebaik-baiknya dengan ibu bapa supaya majlis yang kita laksanakan itu
benar-benar menepati kehendak syariat Islam yang maha suci. Biasanya
orang kita mengadakan iringan muzik atau dijemput khas pemuzik yang
kononnya untuk meraikan pasangan pengantin baru. Maka tidak wajarlah majlis
yang mulia itu kita cemari dengan sesuatu yang melalaikan. Majlis yang
sepatutnya syaitan menjerit dan menangis, akan bertukar kepada syaitan
ketawa dan gembira. Kita boleh memeriahkan majlis dengan lagu memuji
kebesaran Allah s.w.t. dan memuliakan Rasulullah s.a.w. Contohnya
mengadakan khatam al-Quran, berzanji, marhaban, qasidah, bertahlil atau nasyid
dengan syarat hendaklah diasingkan antara lelaki dan wanita yang
ajnabi.


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Assalamualaikum...

info ni sesuai utk depa yg blom kahwin lagi...
seblom nak kawin baca info ni dulu...


__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 88
Date:

hehehe ...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 52
Date:

 


Assalamualaikum!


 


Terima kasih atas info yang diberikan, ilmu yang dicurahkan amat memanfaatkan.


 



__________________
Sesama ISLAM adalah BERSAUDARA...!!!
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard