Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 4 jenis manusia...


Senior

Status: Offline
Posts: 254
Date:
4 jenis manusia...


1.Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.

Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa,
berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak
mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada
mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan,
kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang
Allah dan membimbing hati mereka supaya
beriman serta menggerakkan angota-anggota
mereka supaya patuh kepada Allah.



Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk
dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan
mereka dan janganlah kamu bergaul dengan
mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai
Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi
Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu
hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai
orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan,
Guru kepada yang baik,Pembimbing kepada
agama Allah,Penyampai dan pengajak kepada
manusia kepada jalan Allah.Berjaga-jagalah jika
kamu hendak mempengaruhi mereka supaya
mereka patuh kepada Allah dan beri amaran
kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi
Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk
mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan
jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan
diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-
nabi dan Rasul.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada
Sayyidina Ali; "Jika Allah membimbing seseorang
melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu
terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di
mana matahari terbit".

2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.

Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan
seperti yang dicakapkannya. Mereka mengajak
manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari
dari Allah.Mereka benci kepada maksiat yang
dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri
bergelumbang dalam maksiat itu.Mereka
menunjuk kepada orang lain yang mereka itu
Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa
yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka
bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah
orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan
sabda;

"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di
kalangan umatku ialah orang alim yang jahat".

Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim
seperti itu. Oleh itu,larilah dan jauhkan diri kamu
dari orang-orang seperti itu. Jika tidak,kamu akan
terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak
berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari
kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh
kamu.

3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada
lidah.

Dia adalah seorang yang beriman.Allah telah
mendindingkan mereka daripada makhluk dan
menggantungkan di keliling mereka dengan
tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang
cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati
mereka dan menyedarkan mereka tentang
kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri
urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul
oleh kerana mencampuri orang ramai dan
kejahatan kerana bercakap banyak.

Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak
dalam "DIAM" dan bekhalwat. Nabi SAW. pernah
bersabda;

"Barangsiapa yang diam akan mencapai
keselamatan".

Sabda baginda lagi;

"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri
dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak
dalam diam".

Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah
Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi
keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati
dengan keredhoan dan segala yang baik akan
diberikan kepada mereka.

Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan
mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan
diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu
berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan
kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam
golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan
hamba-hambanya yang Soleh.

4.Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam
Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam
sabda Nabi SAW;

'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan
pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain,
maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".

Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu
Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka
menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga
dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang
tidak diberi kepada orang lain. Allah telah memilih
mereka dan membawa mereka hampir hampir
kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan
membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan
dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan
ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu
pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia
kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa
dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang
Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar
dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.

Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul
Allah. Mereka sentoasa mendapat taufiq dan
hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang
dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir
atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di
atas ini kecuali Kenabian.

Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan
memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini
dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh
itu, keselamatan terletak dalam apa yang
dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping
dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri
kuasa dan pertolongan terhadap hak dan
keampunanNya.

Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan
manusia itu kepada empat golongan. Sekarang
terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri
sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan
selamatkanlah diri kita jika ingin keselamatan.
Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju
kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya,
dalam dunia ini dan di akhirat kelak.


__________________
A d i b T o s h i o™
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

As'kum,


Adik baru jer dlm pekida ni,tapi adik byk belajar dari abg2 menerusi forum2 seperti ini dari abg2 yg berjuang untuk memartabatkan agama islam dan bangsa,adik juga berminat dan dgn hati yg ikhlas adik ingin berjuang dgn abg2 dan ahli2 disini walaupun adik bukanlah ahli yg sah,terima kasih kerana keluarkan forum2 yg mengajar adik ke jalan yg lurus dan menginsafkan..


Berjuang Demi Agama , Bangsa dan Negara..


Hidup Melayu...Melayu Bersatu...Taat Setia..


w'slm..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard