Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kisah dari seorang saudara kita


Veteran

Status: Offline
Posts: 48
Date:
kisah dari seorang saudara kita


Assalamualaikum...///


ini adalah kisah dari seorang saudara kita.....dan hamba sekadar menyampaikannya bg pengetahuan  semua...


..........................................................................................................................


Assalamualaikum...wbrkth....

PERJUANGAN KITA BELUM BERAKHIR....TETAPI BARU BERMULA DAN AKAN TERUS MEMBARA


HINGGA KETITISAN DARAH TERAKHIR.

ALLAH HU AKHBAR!!!!! ALLAH HU AKHBAR!!!!! ALLAH HU AKHBAR!!!!! ALLAH HU

AKHBAR!!!!! ALLAH HU AKHBAR!!!!! 



Untuk renungan bersama ...... 



Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya

menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai

pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak

peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan

sampai bila-bila. 



Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan

30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya

menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih

menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya

balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. 



Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah

Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah,

cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun



masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk

menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung

dalam keluarga. 



Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji

di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya

nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. 



Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami

menuju ke Madinah. 



Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di

Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah

mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita

terbabit. 



Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi

Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. 



Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun

bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya

pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta

bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang

berlaku. 



"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong

saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya. 



Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke

hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. sementara itu,

jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. 



Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri.

Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun

semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. 



Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya

terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan. 


Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital

Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. 



Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua

hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas,

maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi

seperti itu.


Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu

dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut

sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya

berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak

berhasil. 



Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk

mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.

Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh

doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor,

keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk

menunggunya di hospital. 



Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari

sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi

sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya

dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut

sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba

menangis?? 



Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" 


"Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi

benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat." 



"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih

terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab

pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada

saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu

diambil iktibar oleh kita semua. 



Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki

orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan

keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak

sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak

buat. 



Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak

terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan. 



"Habis yang kakak pergi haji ini?" 



"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak

pergi." 



"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu

ke yang kakak alami semasa  akit?" tanya saya lagi. 



Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah

itu maha besar, maha agung, maha kaya. Semasa koma tu, kakak telah

diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang

telah kakak buat selama ini. 



"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut. 


"Betul mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah

tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan



balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur

hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak di tarik

dengan bara api. 



Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya.

Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah." 



"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit

yang dibuat drp bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh

ke dalam api neraka. buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan

main. 


Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api

itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain

dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita. 



Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.

Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada

hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. 



Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak

bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa.

Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak

tercabut kulit kepala.iekah untuk mengerjakan ibada Panasnya pula

menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup

pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan." sambil

bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia

betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. 



Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu

sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama

saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa

besar. 



Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa

tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang

berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi

kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila

ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan

bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. 



Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula

duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah

itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak

masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa

seperti terbakar hangus. 



Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan

sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman,

tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.

Baunya cukup busuk. 



Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa

kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang

kakak hidup di dunia ini." 



Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh

kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah

supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk

hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak

akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak

berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. 



Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala

kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan

sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan." 



Saya termenung mendengar cerita wanita itu. benarlah, Allah itu maha

agung dan maha berkuasa. kita manusia ini tak akan terlepas daripada

balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita

terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. 



Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah. 



"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam

tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan

kakak dahulu. Kakak bertaubat...kakak taubat nasuha," katanya sambil

menangis-nangis. 



Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke

Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak

henti-henti. contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu

maghrib, dia cuma akan balik ke bilik- nya semula selepas sembahyang

subuh. 

 
"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga

juga kesihatan diri kakak. lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah,

makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya. 



"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan

semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam

Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya

dahulu. 



Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan

tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya

menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan

kesihatannya. 



"Tak boleh Mazlan. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan.

Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu,

Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat." 



Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada

perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka,

pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu,

kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak

tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita

Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan

muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan

muhrim tengok sehelai rambut kakakini, bermakna kakak mendapat 10 dosa." 



"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau

seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak

dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu

sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni???

Allah..." 



"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari

ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.

Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu

Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa

dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula

yang jadi seperti orang bukan Islam." 



Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang

wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita

yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang

ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar.

Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?



Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang

digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia


bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat


membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,

syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal

dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh...

memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." itu dah

terlambat. 

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,

WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,

WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,

WAKTU MUDA SEBELUM TUA

DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI 



" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:

assalamualaikum....


                         dengan kisah itu marilah kita sama-sama berikn renungan. dan insyallah dr pengajaran tersebut dpt kiter simpulkn menjadikan betapa kerdilnya hamba allah, walaupun dijadikn dgn sebaik-sebaik kejadian tp suruhan,ajaran & petunjuk diabaikn maka diberi balasan seburuk-buruk balasan.. 


                        kisah demi kisah kiter dgr tentang hamba ALLAH diberi pengajaran semasa hidup tp tak smua yg dapt diberi petunjuk tersebut.. klu nak ikutkn secara umumnya kiter tahu bahawa kewajipan sbg hamba ALLAH klu dgn sengaja tinggalkn akan BERDOSA. tp kiter masih LALAI dgn kehidupan amalan duniawi... kerana tiada keseimbangan duniawi dan akhirat.. dengan kisah tersebut dpt dijadikan panduan ,pengajaran dan keinsafan pada kiter smua..


sekian dr sy.. utk renungan bersama..


*beramallah kamu seperti kamu akan mati esok hari, dan bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup 1000 tahun lagi...


 


 



__________________
SYED tambun tulang,perlis
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

As'kum,azab yg diberi allah pada manusia hanya allah yg menetukan,kita tidak tahu bila akan meninggalkan jasad kita..kita juga tidak tahu apa yg menunggu kita di akhirat kelak,jadi sama2lah kita renungkan,adakah kita bebas dari dosa?adakah kita akan masuk syurga?adakah kita mencukupi syarat untuk memasuki syurga yg indah?wallahualam,hanya allah mengetahui,jadi insaflah,dan sembahyang lah sebelum kamu disembahyangkan,dan buatlah kerja yg disuruh allah dan menjauhi larangan allah..w'slm..

__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard