tentang ayah pin dah kecoh satu dunia.,siap masuk BBC (US news channel).,kalau ikutkan hati memang patut perkampungan mereka di bakar.,tapi negara kita masih mempunyai undang˛.,biarlah undang˛ yang menetapkan apa hukumannya.,kalau boleh biarlah mereka yang berada dalam kelompok ni di adili undang˛ syariah.,kalau mereka di adili undang˛ sivil.,sudah terang˛ hukuman yang di jatuhkan x setimpal.,kalau setakat denda.,sebat.,@ penjara.,ayah pin senang˛ boleh mengupah peguam terhandal untuk mewakilinya kerana ayah pin mempunyai sokongan kuat dari org˛ kafir di US.,oleh itu.,kita berharap ayang pin di hadapkan ke makhamah syariah.,senang sikit nak kembalikan ayah pin ke pangkal jalan.,
Inspektor polis digantung kerja dipercayai pengikut ajaran sesat
IPOH 19 Julai - Pegawai polis berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak yang ditahan dalam serbuan di perkampungan di Batu 13, Besut, Terengganu pada 3 Julai lalu kerana dipercayai pengikut ajaran sesat Ayah Pin, kini digantung kerja sementara menunggu siasatan ke atasnya selesai.
Ketua Polis Perak, Datuk Zainal Mohd. Tahir berkata, pegawai berusia 46 tahun itu boleh dibuang kerja jika hasil siasatan mendapati dia memang pengikut Ayah Pin.
``Kita serahkan kepada Bukit Aman untuk mengambil tindakan ke atas pegawai terbabit manakala siasatan mengenai pembabitannya dalam ajaran sesat dijalankan oleh polis Terengganu.
``Ketika ini, pegawai berkenaan bercuti kerana digantung kerja,'' katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan diambil ke atas seorang pegawai berkenaan yang ditahan bersama 21 pengikut ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya, Ariffin Mohamad di Batu 13, Besut pada 3 Julai lalu.
Kata Zainal, hukuman dikenakan ke atas pegawai itu wajar dijadikan pengajaran dan iktibar kepada anggota lain.
``Saya ingin mengingatkan pegawai dan anggota saya jangan sekali-kali melibatkan diri dengan ajaran agama yang menyeleweng. Sekiranya membabitkan diri dengan kegiatan itu, anda tidak akan terlepas daripada tindakan termasuk dibuang kerja,'' tegasnya.
Mengenai dakwaan terdapat pengikut Ayah Pin menetap di Perak iaitu di daerah Malim Nawar dan Sungkai, beliau berkata, pihaknya masih menyiasat perkara itu.
Setakat ini, katanya, belum ada mana-mana pihak membuat laporan meminta polis menyiasat dakwaan itu.
Beliau berkata, orang ramai bagaimanapun diminta tidak bimbang dengan keadaan tersebut kerana aktiviti ajaran sesat masih tidak serius di negeri ini.
Kerajaan diminta bertindak cepat ke atas kumpulan Ayah Pin
KUALA LUMPUR 19 Julai - Seorang ulama, Tan Sri Abdul Kadir Talib mahu kerajaan mengambil tindakan cepat ke atas kumpulan ajaran sesat Ayah Pin yang sudah terbukti jelas bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata, kerajaan tidak sepatutnya berlengah lagi kerana hukum Islam berkaitan ajaran sesat Ayah Pin seperti yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini adalah bersandarkan bukti serta hujah yang kukuh.
``Apa lagi yang nak ditunggu dan apa lagi yang tak jelas,'' ujarnya.
Katanya, kelewatan kerajaan mengambil tindakan ke atas ajaran sesat Ayah Pin hanya akan menyebabkan lebih banyak dakwaan songsang dan kepercayaan salah mengenai Islam disebarkan oleh kumpulan itu.
``Masa saya jadi Mufti Wilayah Persekutuan pada tahun 90-an dulu pun, kumpulan Ayah Pin ini sudah wujud tapi kita lewat ambil tindakan sehingga ia dapat berkembang seperti sekarang.
``Buat apa kerajaan nak tangguh-tangguh lagi (untuk bertindak), hukum Islam mengenai ajaran ini sudah jelas,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keluhan beberapa pihak yang mempersoalkan sikap kerajaan yang masih berlembut dengan kumpulan ajaran sesat yang diketuai oleh Ayah Pin atau Ariffin Mohamad, 65, itu.
Pada awal pagi semalam, sekumpulan 40 hingga 50 lelaki antaranya bertopeng ala ninja bertindak sendiri dengan menyerbu dan membakar markas utama kumpulan ajaran sesat itu di perkampungan `Kerajaan Langit' di Batu 13, Hulu Besut, Besut, Terengganu.
Mengulas lanjut, Abdul Kadir berkata, kerajaan seharusnya mengambil tindakan segera apabila berhadapan dengan man-mana kumpulan ajaran sesat seperti Ayah Pin apabila ia terbukti menyeleweng dan bertentangan dengan akidah Islam.
Katanya, negara ini juga boleh mencontohi negara Islam lain seperti Arab Saudi yang berjaya menangani masalah ajaran sesat di negara itu dengan berkesan menerusi tindakan yang segera dan cepat bagi membendungnya dari awal.
``Kalau sudah terbukti ajaran sesat Ayah Pin ini nak menyebarkan kepercayaan Islam berdasarkan pendapat dan pandangan mereka yang tidak betul, kenapa kerajaan masih ragu-ragu lagi,'' katanya.
Dalam pada itu, Abdul Kadir berkata, kerajaan tidak perlu menunggu kumpulan ajaran sesat Ayah Pin menjadi sebuah kumpulan militan untuk bertindak kerana ajaran itu sudah terbukti jelas membawa pegangan salah dari segi akidah dan kepercayaan sebenar Islam.
Bahkan katanya, beliau bimbang kelewatan kerajaan mengambil tindakan ke atas Ayah Pin juga akan menimbulkan anggapan bahawa kerajaan masih belum dapat melaksanakan keputusan para ulama yang dibuat berdasarkan bukti dan perundangan yang sah.
``Lagipun Penasihat Agama kepada Perdana Menteri (Tan Sri Abdul Hamid Othman) iaitu pandangan dari pihak kerajaan sendiri yang menyatakan ajaran ini sesat dan boleh memudaratkan negara, kenapa nak tunggu lagi, bertindaklah segera sebelum terlambat,'' katanya.
assalamualaikum.,., tentang ayah pin dah kecoh satu dunia.,siap masuk BBC (US news channel).,kalau ikutkan hati memang patut perkampungan mereka di bakar.,tapi negara kita masih mempunyai undang˛.,biarlah undang˛ yang menetapkan apa hukumannya.,kalau boleh biarlah mereka yang berada dalam kelompok ni di adili undang˛ syariah.,kalau mereka di adili undang˛ sivil.,sudah terang˛ hukuman yang di jatuhkan x setimpal.,kalau setakat denda.,sebat.,@ penjara.,ayah pin senang˛ bolehmengupah peguam terhandaluntuk mewakilinya kerana ayah pin mempunyai sokongan kuat dari org˛ kafir di US.,oleh itu.,kita berharap ayang pin di hadapkan ke makhamah syariah.,senang sikit nak kembalikan ayah pin ke pangkal jalan., wassalam.,.,
askum to all,
masalah kdg2 undang2 syariah tak kuat berbanding undang2 sivil...sebab ada kes murtad diorg guna undang2 sivil utk membatalkan undang2 syariah...habih mcmmana nak adili org murtad mcm nih...melainkan mcm apa yg berlakulaa...bakar...ntah2 org kg situ pun dah tak tahan dgn perangai mrk yg sesat lagi nak menyesatkan org nih...so diorg buat la cara nih...apa kesss.. murid dia asp polis pun ada..patutla lama sgt dok terlepas..sampai beberapa thn....Hj kahar kat selangor tu baru 20 murid dah kena cekop....nih ayah pin 1000 lebih pengikut lambat kena cekop...aper kess...nasihat saya utk semua termasuk diri saya sendiri....jangan lah dok kaji kalamullah tu sampai melebihi dari ulamak(bukhary&muslim dll) dahulu...kalau kita rasa apa yg kita kaji tu betui...pasai apa ulamak dahulu tak dapat pun pengkajian mcm tu...apa beza kita dgn ulamak terdahulu...mungkin kelebihan pada mrk(ulamak) lagi sebab bahasa mrk al QuranFikirlah saudara seagama ku....
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
Ayah Pin sepatutnya dibunuh, bukan diISAkan Dilulus terbit pada Tuesday, July 19 @ 21:11:20 MYT oleh LinuxPro
Yaasin menulis - "Ajaran sesat Ayah Pin makin mendapat perhatian apabila perkampungannya dibakar oleh mereka yang tidak diketahui. Ia bukan kemuncak kemarahan umat Islam. Tetapi tentunya mereka tidak berpuashati terhadap ajaran tersebut yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam yang maha suci.
Menurut hukum Islam, mereka yang murtad hendaklah dibunuh. Nabi bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia”.
Ajarannya juga tetap menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam. Ia sebenarnya mengancam keselamatan negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi dan bercanggah dengan pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Keselamatan yang lebih penting adalah keselamatan Akidah, pegangan Islam bagi seseorang Muslim, yang boleh menyelamatkannya di dunia dan Akhirat. Bukannya keselamatan itu digambarkan melalui tiada pegeboman, kucar-kacir dan huru-hara sahaja. Justru, kenyataan Noh Omar sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri yang menyatakan Ayah Pin tidak mengganggu keselamatan negara ditolak.
Jangan ada orang yang mengaku sebagai pengawal dan pendokong hak asasi manusia cuba mempertahankan Ayah Pin. Ini bukan masalah hak asasi manusia. Ayah Pin sendiri telah mencabul hak asasi orang lain yang mahu beramal dengan Islam yang sebenar.
Jangan juga ada yang melenting apabila diminta Ayah Pin dibunuh atas dasar hak asasi manusia. Pengedar dadah pun kita boleh jatuhkan hukuman gantung kepada mereka kerana jenayah yang dilakukan. Tiada yang mempersoalkannya sebagai mencabul hak asasi manusia.
(satu copy dihantar kepada forum Utusan. Belum pasti ia akan disiar atau tidak)
askum to all, masalah kdg2 undang2 syariah tak kuat berbanding undang2 sivil...sebab ada kes murtad diorg guna undang2 sivil utk membatalkan undang2 syariah...habih mcmmana nak adili org murtad mcm nih...melainkan mcm apa yg berlakulaa...bakar...ntah2 org kg situ pun dah tak tahan dgn perangai mrk yg sesat lagi nak menyesatkan org nih...so diorg buat la cara nih...apa kesss.. murid dia asp polis pun ada..patutla lama sgt dok terlepas..sampai beberapa thn....Hj kahar kat selangor tu baru 20 murid dah kena cekop....nih ayah pin 1000 lebih pengikut lambat kena cekop...aper kess...nasihat saya utk semua termasuk diri saya sendiri....jangan lah dok kaji kalamullah tu sampai melebihi dari ulamak(bukhary&muslim dll) dahulu...kalau kita rasa apa yg kita kaji tu betui...pasai apa ulamak dahulu tak dapat pun pengkajian mcm tu...apa beza kita dgn ulamak terdahulu...mungkin kelebihan pada mrk(ulamak) lagi sebab bahasa mrk al QuranFikirlah saudara seagama ku....
Setuju tak klu saya katakan hukum hudud adalah penyelesaian kepada masalah ini.
Asm, Beginilah jadinya bila batas fikiran manusia mengatasi Al-Quran dan sunnah. Bukan ke Al Quran tu petunjuk segalanya semuanya telah diterangkan dalam Al-Quran... dan ianya tak kan lapuk ditelan zaman dan perlu dijadikan rujukan tak kira masa...
hmmm...depa ni pecaya kat hukum allah ataupun hukum mereka sendiri...moden konon...ikut peredaran zaman konon...inilah dikatakan kiamat semakin hampir..apabila kalimah allah dan sunnah di gubal menjadi moden ikut dengan peredaran zaman...ya allah..sedarkanlah mereka semua dari mimpi2 dunia ini...dan jauhkan kami dari berfikiran seperti mereka.
setau saya org Yahudi ngan Kristian jaa yg suka tukaq˛ depa punya kitab... kita ni org Islam dh ada Al-Quran utk diikuti pon depa xnak ikot... mintak maap laa kalo terkasaq bahasa...
maksud hamba hukum hakam yang dah sedia ada kenapa tak kita ikuti...sunnah nabi pernah juga dipermainkan dulu oleh bkas pemimpin kita...dan yang kata digubal tu macam tu lah..seanggota dengannya...macam kes aminah wadud yang menjadi imam perempuan kemudian kes jeslina hashim...macamlah2 rujuk semua kes2 yang besar dlam dunia ni...nampaklah mana yang tak diikut dari sumber al quran..dan di perbaharui mengikut peredaran zaman...bukannya maksud al quran itu di tokok tambah atau ape...tapi perlaksanaan yang dibuat itu sendiri...dengan alasan hukum allah tidak dapat digunakan dizaman yang serba canggih ni...
org yg dah terpesong dari jalan Allah... kita mempunyai cara..dalam Islam...mula2 kita nasihat dia supaya bertaubat...kalau enggan bertaubat, hukumnya dalam Islam dibunuh.... dia telah main2 dgn agama Allah...dan memesongkan org lain...entahlaa apa nak jadi dunia ni??? agak nak kiamat dah....ini la salah satu tanda2 nak kiamat....apa2 pon kita mempunyai undang2 negara... kita perlu bertindak menggunakan otak...dan jgn bertindak dgn nafsu jer.... aku harap Ayah Pin ni...kembali ke jalan benar...harap2...cahaya nurnya terpancar dalam diri dia...
Bagaimana dengan diri kita yang mungkin sesat di dalam terang sedangkan jalannya sudah nyata? Jangan di hina manusia, kerana manusia menyimpan rahsiaNya, setiap manusia adalah mahkluk mulia dari segala mahkluk ciptaan Allah, jadikan cerita Ayah Pin sebagai peringatan kepada kita. Ada hikmah di sebalik kejadian ini.
"Gunung boleh kita cangkul jadi rata; kalau tiada cangkul kita pakai jentolak. Tetapi untuk membetulkan manusia, hendak menghilangkan sikap negatif dan mengubahnya menjadi positif, tidak semudah seperti hendak meratakan gunung."
-- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
21 Julai, 2005 15:31 PM
Akidah Pengikut Ayah Pin Akan Dipulih
KUALA TERENGGANU, 21 Julai (Bernama) -- Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu sedang merancang satu program pemulihan pengikut kumpulan ajaran sesat Ayah Pin.
"Bukan semudah itu untuk kita memulihkan kembali akidah mereka. Kita kena panggil tokoh-tokoh tertentu bagi mengembalikan mereka kepada ajaran Islam yang sebenarnya," kata Pesuruhjaya JHEAT Shaikh Harun Shaikh Ismail ketika ditemui pada majlis perasmian Ekspo Pertanian dan Kerjaya Angkatan Tentera di Pantai Batu Buruk di sini hari Khamis.
Ekspo selama empat hari itu dirasmikan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin sempena sambutan Hari Keputeraan baginda ke-43.
Shaikh Harun berkata walaupun sebahagian pengikut ajaran sesat itu dianggap seolah-olah bukan beragama Islam lagi, tetapi sebenarnya bagi seseorang yang hendak keluar daripada Islam, ada proses tertentu yang perlu seperti diisytiharkan di Mahkamah Tinggi Syariah.
"Pada tahun 2001, Ariffin Muhamad (ketua kumpulan ajaran sesat Ayah Pin) pernah kita hadap ke mahkamah atas asas mengatakan bahawa dia bukan orang Islam lagi. Kita dakwa dia sebagai menghina Islam dan dia mengaku salah dalam kes itu. Sebab itu kita menganggapkan semua pengikut mereka masih lagi beragama Islam dan Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk membicara kes mereka," katanya.
Shaikh Harun berkata bahawa JHEAT masih lagi berusaha bersama-sama dengan polis dan pihak berkuasa yang lain bagi mengesan Ariffin supaya masalah mengenai ajaran sesat itu dapat diselesaikan dengan segera.
"Kita yakin setelah ketua mereka ditangkap, sebahagian besar masalah ini akan dapat diselesaikan," katanya.
Di perkampungan kumpulan itu di Besut semalam, pihak berkuasa menahan 28 lelaki dan 30 wanita berusia 14 hingga 65 tahun.
Seramai 55 daripada mereka dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Besut hari ini manakala tiga orang pengikut kumpulan itu yang dijamin akan didakwa kemudian.
Ketua Polis Terengganu Datuk Hussin Ismail pula berkata seorang lelaki yang ditahan berhubung satu serangan di markas kumpulan itu pada Isnin lepas, dibebaskan semalam.
Lelaki berumur 65 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Gong Kemuntong, Jertih, bagi membolehkan polis mengambil keterangannya untuk membantu siasatan.
Dalam kejadian pada 4 pagi Isnin lepas, sekumpulan lelaki menceroboh perkampungan itu serta merosakkan beberapa replika serta membakar beberapa kenderaan di situ.
-- BERNAMA
Harap-harap tindakan segera serta cara berlandaskan hukum agama dapat dijalankan dengan adil.