Apa kata saya cadangkan buka satu ruangan dimana kita sekeluarga boleh membantu satu sama lain dalam memajukan ekonomi adik beradik.. terutamanya dari segi pertanian... Bidang lain2 pun boleh juga...membantu bagi yg tahu bagaimana kita boleh mengatasi apa jua masaalah berkaitan ekonomi.
antaranya seperti kita ada teknologi pertanian moden dan bagaimana untuk mendapatkan teknologi yang lebih efisyen atau kita ada maklumat terkini. Ataupun ada yang ingin melibatkan diri dalam pertanian kelompok.. Apa dan bagaimana cara dan apa sokongan dan bantuan yang kita boleh bagi...maupun apa2 jua maklumat yang kita boleh salurkan.. kekadang ada maklumat2 yg tertentu yang tidak sampai pada umum..kekadang ada program dan projek pertanian yang kita sendiri tidak tahu akan kewujudannya.. antara yang saya dengar ada bantuan ternakan bagi yang berminat. Saya rasa perlu kita dedahkan peluang2 yang ada kepada orang2 melayu amnya dan ahli2 persatuan khususnya.... Apa kata survey........ Bila Lagi....... Ya allah cukupilah aku dengan kehalalanmu dari keharamanmu dan cukupilah aku dengan kurniamu dari selainmu....amin...
Btul tu ...saya sokong 100%, tapi jika btul apa yang di cadangkan...harap yang mencadang tu biar la mengaturkan langkah2nya supaya apa yang di kata boleh di kota...dan kita semua boleh memberi sokongan dan bantuan yang diperlukan....
saya sokong 100%, tapi jika btul apa yang di cadangkan...
harap yang mencadang tu biar la mengaturkan langkah2nya supaya apa yang di kata boleh di kota...dan kita semua boleh memberi sokongan dan bantuan yang diperlukan....
seperti yg hamba bold kan. itulah yg paling baik sekali. agar kita tidak jadi orang yg hanya suka berharap itu dan ini... pas tunggu org lain buatkan utk kita...
buatkan kertas kerja dan forwarkan ke r&d utk di kaji dan di laksanakan.
__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214
"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"
Kalau buat dengan betul dalam kertas pun kita sudah boleh nampak perniagaan itu berdaya maju atau sebaliknya. Adakan plan tindakkan. aturkan strategi, yang penting selepas itu usaha kita menjayakannya sahaja.
saya rasa ada baiknya uncleblues datang jumpa abang mas di R&D dan bincangkan dengan lebih teliti konsep dan perlaksanaannya. Nampak bagus gak idea ni...
Saya minta pendapat,cadangan dan pandangan dari rakan2 semua..kerana muafakat bawa berkat... ramai berfikir adalah lebeh baik dari pemikiran seorang... apa kata kita buat brain storming... Dalam usaha ini kita perlu kawasan/lokasi yang sesuai.. nak lebih baik.. kita cari kawasan forest reserve yg terbiar/ tanah pegangan baitulmal yang terbiar.. kita sewa/pajakan. Kawasannya mesti luas sekurang-kurangnya 100ekar.Kemahiran ternakan..tak susah..tentu ramai adek beradek kita yg ada kemahiran yang ternak secara kecil-kecilan.. cuma masalahnya untuk mendapatkan kawasan/mencari kawasan...
memang ada cadangan nak pergi RnD.. masa tak mengizinkan...kerana sahabat kita sibuk dengan perhimpunan UMNO di PWTC nak pergi sendiri altermaklumlah.. mungkin minggu depan saya pergi ke RnD... jumpa disana..sana..sana...
Assalamualaikum... Saya begitu menyokong cadangan ini. Ramai juga dikalangan jemaah yang ada perniagaan sendiri yg boleh dikongsi sistem/pengalaman perniagaan dari kedai makan(peniaga kecilan) sehinggalah ke usahawan. Apa kata jemput mereka atau golongan bussiness thinking ini dalam satu perjumpaan/forum. Contoh perniagaan yg saya banggakan sekarang yg telah dirancangkan oleh Unit R&D kita, yg berjaya seperti kedai buah/minimart di UPM. mencari golongan sasar yg sesuai terutama golongan remaja/belia supaya hidup lebih bertujuan(boleh buka bengkel motor ke/kereta ker secara perkongsian antara ahli jemaah. setiap orang ada percent sendiri).
brains storming... aper tuh?? klu bahse melayu dier brain = otak ribut, storming/storm(ing is pasive word)= ribut...
jangan mare sedara lawak ajer..
aper pun saya setuju gak.. cadangan tuh...klu nak naikkn ekonomi org kiter sindri...
tp nak gak bgtau.. jgn hanya cakap ajer.. tp tindakan atau susulan nak kna wat gak.. klu takder... biasanya.. cakap ajerr.. saperr pun boleh kan..??? aper org kata ??? cakap tara srupa bikin..!!!
kah..kah..kah...betul..juga kata abang syed kita.. kalau otak ribut.. tentu berserabut... ish..ish ish.. bijakkk..bijakk.. kekadang kita boleh cakap..tak boleh buat.. boleh buat.. tak boleh cakap.. dan yang teruknya cakap tak boleh..buat tak boleh... opokobondo yang boleh buek ontahla.... tapi kito yg ramai nie.. mesti idea ada yang menarik.. dan menawan... kita tunggu apa kata survey...... atau kita duduk di meja bulat... fikirrrrrrr
Buat kaijian dulu. siapa pesaing kita kekuatan mereka, lompang perniagaan, keuntungan yang boleh dibuat, siapa pembekal, siapa / sasaran pembeli / pengguna produk dll. 'jangan main terjun jer nanti mati lemas.'
saya bab2 bertani tak berapa pandai,jadi tak berani nak bagi idea...tapi janji benda tu mendatangkan kebaikan kepada bangsa melayu...saya sokong selagi mampu...
janji yakin,kuat berusaha ...semua benda boleh kita capai...