KUALA LUMPUR, 20 Julai - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi didesak supaya meneruskan siasatan berhubung isu permit import (AP) dan tidak berhenti setakat pendedahan nama penerima AP.
Pengerusi Institut Pengemblengan dan Pembangunan Komuniti (Impak), Haji Mahfuz Omar, berkata satu siasatan harus dilakukan untuk memastikan syarikat yang menerima AP benar-benar menjalankan perniagaan jual beli kereta.
"Kita bimbang jika terdapat syarikat-syarikat yang menerima AP ini bukanlah syarikat perniagaan kereta, tetapi syarikat yang memiliki AP dan menjual AP kepada syarikat lain.
"Lebih membimbangkan jika wujudnya penyelewengan dalam pemberian AP ini kepada pihak yang tidak sepatutnya, seperti kroni atau sebagainya," tegas beliau.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan nama pemegang-pemegang AP yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri di akhbar utama, semalam.
Senarai yang didedahkan meliputi 67, 158 AP yang diluluskan dari 1970 hingga 2005, iaitu 17,526 AP terbuka dan 49,632 AP Francais.
Antara pemegang AP terbanyak ialah Dato' Seri Syed Azman Syed Ibrahim, Dato' Mohd Haniff Abd Aziz, Dato' Azzuddin Ahmad sebanyak 15, 759; Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, Dato' SM Shalahuddin SM Amin, dan Datin Zaleha Ismail (12 524).
Mahfuz yang menerima baik pendedahan senarai pemegang AP juga mendakwa syarikat yang memiliki AP seperti Territorial Star Sdn Bhd yang dimiliki oleh Dato' Mohd Haniff Abd Aziz tidak mengedarkan kereta berjenama Audi, sebaliknya diedarkan oleh Euro Mobil.
Justeru, tegas beliau, siasatan perlu dilakukan untuk memastikan syarikat-syarikat yang memiliki AP ini benar-benar menjalankan perniagaan kereta dan ia perlu diumumkan kepada pihak awam.
"Impak benar-benar berharap Abdullah tidak berhenti setakat di sini. Beliau perlu meneruskan siasatan secara terperinci mengenai profil syarikat pemegang AP dan pembabitan menteri yang bertanggungjawab dan mendedahkannya kepada umum," tegas beliau lagi.
Pendapat saya,perkara ni mmg ada hubungkait dgn masalah kroni ni....sepatutnya perkara ni dah lama patut kita bongkarkan.Tapi saya secara peribadi rasa bersyukur kalau isu AP ini terus disiasat dan diselidak dengan segera sampai selesai 100% dan bukan hanya setakat lepaskan batuk di tangga.
hangpa x tengok kaa Rapidah Aziz menangis depan Al-Quran... dia kata mana ada pilih bulu... dia suruh org Melayu yg lain usaha utk dptkan kereta import bwk masok M'sia... depa bukan x tau org Melayu mana ada modal utk tu semua... nak harapkan bank utk dptkan pinjaman... kalo hangpa ada title senang laa nak dpt tu semua...
Saya rasalah secara peribadi..kalau bab AP nie..kalau betul apa yg dikatakan oleh to'ke naza.. itu kira sudah bagus.. dia buka peluang pada bumiputra pekerjaan dan pembekalan... kalau kita kaji balik apa terjadi kalau tak ada orang macam nie..kan susah semua.. kalau dilihat dari sejarah.. apa yang berlaku syarikat honda... boon siew.. sapa tauke..dulunya.. lagipun kalau orang kita tak buat orang lain akan buat kan rugi... tapi apa2 pun kena ada pantauan... saya sokong apa2jua yang baik..asalkan orang melayu dan pada masa yg sama bantu orang2 melayu...
bukan orang bangsat dan durjana yang menjual bangsa dan agama kerana kuasa dan harta kekayaan...
mmg itu boleh jadikan alasan...membuka peluang untuk bumi putera....tapi betu ke?atau nak cover line?Kalau tak silap mmg ada byk jugak yang naza ni taja utk aktiviti2 kebajikan...tapi kalau ikhlas tak pa...tapi mesti ada agenda kover line tuh.
kalo laa betoi nak tolong org MELAYU xkan naza jer org MELAYU... org MELAYU lain yg masih tekapai˛ ni sapa yg nak tolong... kalo dia tolong org MELAYU menguasai ekonomi negara xpa laa...