BALIK PULAU, 21 Julai (Hrkh) - Nelayan Balik Pulau mendedahkan 54 orang awak-awak pukat tunda hanya menerima wang RM500 dan bukannya RM1,000 sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan ketika berlaku tsunami pada 26 Disember 2004 lalu.
Sedangkan peristiwa hitam itu telah berlaku enam bulan lalu yang sepatutnya pengagihan peruntukkan kewangan sudah lama selesai.
Harakahdaily difahamkan, bukan sahaja janji sedemikian malahan ada lagi mangsa yang belum menerima dana untuk membaik pulih bot mereka.
Seorang wakil nelayan Teluk Bahang, Encik Ekhsan Bidin memberitahu, Kerajaan Barisan Nasional (BN) memang bijak melafazkan kata-kata manis tetapi tidak mengotanya bila sampai waktu.
Sepatutnya menurut beliau, masalah pengagihan kewangan kepada awak-awak di Pertubuhan Nelayan Kawasan (PNK) Teluk Bahang sudah selesai bukannya tergantung berbanding kawasan lain.
"Kenapa kami di sini dianak tirikan seolah kerajaan tidak mengiktiraf kerja kami sekian lama. Kami juga adalah aset penting dalam pembangunan negara, " jelasnya pada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman ketika beliau mengadakan lawatan susulan ke kawasan yang dilanda tsunami baru-baru ini.
Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Takiqudin Hamzah; Ketua Dewan Pemuda PAS Bukit Bendera, Saiful Lisan Mohd Yusuf; Setiausaha PAS Kawasan Jelutong, Shaik Kamarudin Ahmad dan Ketua Cawangan Teluk Bahang, Mohd Nasrudin Sultan.
Menurut rakan mangsa yang enggan disebut namanya menambah, masalah nelayan pantai terus terancam apabila pihak hotel meletakkan petanda zon larangan di kawasan laut hadapan permis mereka sedangkan kawasan berkenaan adalah kawasan yang menjadi himpunan ikan-ikan.
"Nak harapkan Umno bersuara bagi pihak kami jangan harap kerana mereka juga mempunyai skandal yang memalukan, " terangnya sambil membantu rakannya membaiki pukat. - mks.
masa bencana mcm² pihak bg derma berupa wang ringgit... bila duit dh banyak depan mata masing² terbeliak bijik mata... last² duit tu masok poket depa separuh... depa x takot kaa azab mkn duit derma org...
rasa kita tak elok nak salahkan umno dalam forum ni... nnti takut2 kita ditakrifkan anti kerajaan lak... naya je karang... kita persatuan kebajikan dakwah dan islamiah bukan pesatuan politik...
bagi pendapat tak salah..tapi jgn kita terus buat spekulasi terhadap sesebuah persatuan kerajaan ttg benda ni... sehinggaah kita tak tau sape dalang sebenarnya...
perkara ni memang secara umumnya kita dah tau.. byk desas desus mengatakan mangsa Tsunami tak dapat apa yg sepatutnya mereka dapat... benda ni sama berlaku di Acheh... mmg benar kerajaan yg beri bantuan ni... tapi bukan menteri2 yg agihkan kan?? mesti ada org tengah tapi kita tak tau org tgh tu siapa sbb ramai sukarela masa tu.. tak kira org BARISAN NASIONAL ATAU BARISAN ALTERNATIF... sbb itu sukarelawan utk negara bukan utk barisan....
kita sendiri ada.. persatuan pengguna (FOMCA), ada kementerian, ada tempat utk kita mengadu... tak perlu tunggu org suap nasi ke mulut kita... kita sendiri kene cari nasi utk suap ke mulut kita..
nasihat saya... jgn kita mendengar dari sebelah pihak saja... kita kene dengar dr kedua-dua belah pihak then baru kita buat kesimpulan... thats better.
rasa kita tak elok nak salahkan umno dalam forum ni... nnti takut2 kita ditakrifkan anti kerajaan lak... naya je karang...
Assalamualaikum...
Saudara Haikal...
Rata-ratanya saya setuju dengan apa yang saudara katakan di sini... xspecially bab pengagihan dan org tengah tu...
Sebenarnya apa yang perlu diperhatikan disini ialah mereka yang menaikan isu ini bukan anti kerajaan tetapi Pro Rakyat
(pro rakyat tak semestinya anti kerajaan, pro rakyat pun boleh jadi kakitangan kerajaan )
Adakah kita perlu berdiam diri apabila kita boleh melihat dengan jelas kepincangan pihak kerajaan?
Motif sebenar adalah agar kepincangan itu dapat diuruskan dengan segera... tambahan pula mereka yang mengalami kesukaran atas kepincangan itu adalah ORANG MELAYU.
NGO PERLU MEMAINKAN PERANAN POLITIK MEREKA SEBAGAI WACTHDOG KEPADA KERAJAAN.
Hakikat bersuara mengenai sesuatu isu jangan disalah ertikan sebagai kritikan untuk mendapat Mileage Politik.
Zaman berdiam diri ketika melihat kepincangan kerajaan sudah berlalu.
Assalamualaikum... Saudara Haikal... Rata-ratanya saya setuju dengan apa yang saudara katakan di sini... xspecially bab pengagihan dan org tengah tu... Sebenarnya apa yang perlu diperhatikan disini ialah mereka yang menaikan isu ini bukan anti kerajaan tetapi Pro Rakyat (pro rakyat tak semestinya anti kerajaan, pro rakyat pun boleh jadi kakitangan kerajaan ) Adakah kita perlu berdiam diri apabila kita boleh melihat dengan jelas kepincangan pihak kerajaan? Motif sebenar adalah agar kepincangan itu dapat diuruskan dengan segera... tambahan pula mereka yang mengalami kesukaran atas kepincangan itu adalah ORANG MELAYU. NGO PERLU MEMAINKAN PERANAN POLITIK MEREKA SEBAGAI WACTHDOG KEPADA KERAJAAN. Hakikat bersuara mengenai sesuatu isu jangan disalah ertikan sebagai kritikan untuk mendapat Mileage Politik. Zaman berdiam diri ketika melihat kepincangan kerajaan sudah berlalu. Ws. p/s Umno bukan maksum.
saya stuju ngan pendapat saudara wira513...bukan anti krajaan tapi pro rakyat...dh berpuluh² tahun krajaan yg sama memerintah negara...tapi nasib org MELAYU masih x terbela dr segi ekonomi dan sebagainya...spt di penang org MELAYU dok umah stinggan tp org cina dok umah mewah sedangkan tu tanah org MELAYU...mana pemimpin yg lantang menyatakan membela nasib org MELAYU...jgn sampei suatu ari nanti kg.baru dikuasai oleh org cina...