Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ISA '7': Nasib 6 pelajar tidak menentu


Veteran

Status: Offline
Posts: 55
Date:
ISA '7': Nasib 6 pelajar tidak menentu


ISA '7': Nasib 6 pelajar tidak menentu
Wednesday, July 20 @ 11:11:49 MYT


Oleh ANIS NAZRI
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Hrkh) - Nasib enam daripada tujuh pelajar yang digantung pengajian oleh universiti masing-masing untuk menyambung semula pengajian mereka masih belum diketahui ekoran sikap tidak bertanggungjawab pihak universiti terbabit.

Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), Abdullah Abdul Karim, berkata walaupun mereka sudah dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, mereka masih tidak mendapat tempat di universiti masing-masing seperti yang sewajarnya.


Abdullah yang menghubungi Harakahdaily, berkata sepatutnya pihak universiti bertindak mengambil semula mereka kerana telah dibuktikan mahkamah bahawa mereka tidak bersalah.

Mereka yang dikenali sebagai 'ISA 7' telah digantung pengajian mereka oleh universiti masing-masing setelah didakwa terlibat dalam 'perhimpunan haram', pada Jun 2001.

Bagaimanapun, Mahkamah Majistret telah membebaskan mereka setelah mendapati mereka tidak bersalah atas dakwaan tersebut, baru-baru ini.

Abdullah berkata, seorang daripada mereka iaitu Zulkefle Idris dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima jawapan dari pihak universiti untuk menyambung semula pengajiannya yang digantung sebelum ini.

Manakala, seorang pelajar, Helman Sanudin dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendapat surat jawapan dari UiTM yang mengatakan beliau tidak boleh menyambung semula pengajian.

"Alasan yang diberi ialah sudah tamat tempoh pengajian. Bukankah itu satu alasan yang tidak rasional? Sedangkan universiti sendiri yang menggantung pengajian beliau, " tegas Abdullah.

Pelajar lain iaitu Rafzan Ramli (UiTM), Wan Mohd Sanusi Wan Mohd Noor (Universiti Malaya-UM), Khairul Amal Mahmud (UM), Nik Noorhafizi Nik Ibrahim (UKM), dan Ahmad Kamal Abd Hamid (UKM) masih belum mendapat jawapan dari pihak universiti masing-masing.

Menurut Abdullah, pihak universiti sepatutnya membuat keputusan segera memanggil mereka untuk menyambung semula pengajian memandangkan keputusan mahkamah mendapati mereka tidak bersalah.

"Apabila mahkamah mendapati mereka tidak bersalah, universiti perlu bertindak segera mengambil semula mereka untuk menyambung pengajian tanpa sebarang pertikaian dan tipu helah. Pihak universiti memberi alasan bahawa pihaknya menunggu keputusan dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), manakala KPT pula mengatakan bahawa perkara ini di bawah bidang kuasa universiti masing-masing," tegas beliau lagi.

Justeru, Abdullah mendesak pihak yang berkenaan supaya mengambil langkah segera bagi mengelakkan hak mereka mendapatkan pendidikan semakin terhakis.

Lebih-lebih lagi, katanya minggu ini merupakan minggu terakhir pendaftaran pelajar di UKM.

"Saya bimbang faktor tempoh pendaftaran pula dijadikan alasan untuk tidak menerima pelajar ini semula. Saya tidak pasti tempoh pendaftaran di universiti lain, tetapi saya mengharapkan perkara ini selesai dengan segera supaya mereka mendapat hak mereka sebagai pelajar seperti sebelum digantung pengajian," katanya. - mks.



-- Edited by Sidik segaraga at 13:24, 2005-07-21

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Assalamualaikum...

mcm² laa...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 43
Date:

 


Assalamualaikum...


Perkara typical dalam malaysia ni...


Kalau ada Melayu teraniaya, paling besar kemungkinan yang aniaya Melayu tu adalah orang Melayu sendiri...


Bukan buka pekung di dada, saya pun Melayu...


tapi begitu lah hakikat masyarakat kita...


Cth Kes Boy di Penang



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 215
Date:

Boy Penang kes apa pulak Abg wira?Crita le skit

__________________
I've sworn the 36 oaths_\l/_ /l\ I


Veteran

Status: Offline
Posts: 43
Date:

 


Assalamualaikum...


Kes Boy Jelutong (Asrin) pukul sampai mati di Gurney Drive.


ws



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 200
Date:

assalamualaikum...///


macam-macam ada...



__________________
Amal Makruf Nahyil Mungkar
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard