Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Umno gagal isi pelajar Melayu di `fakulti kritikal’


Veteran

Status: Offline
Posts: 55
Date:
Umno gagal isi pelajar Melayu di `fakulti kritikal’



Umno gagal isi pelajar Melayu di `fakulti kritikal’
Thursday, July 21 @ 10:32:59 MYT


MARANG, 21 Julai (Hrkh) – Pemimpin Umno yang menerajui negara masih gagal untuk menempatkan para pelajar Melayu Islam di fakulti yang dianggap kritikal seperti perubatan dan kejuruteraan.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, ia berpunca daripada sikap pemimpin negara yang tidak mengambil berat terhadap masa depan umat Islam di negara sendiri menyebabkan ramai pelajar Melayu Islam tidak mampu untuk memasuki fakulti tersebut.


Beliau menambah, antara sebab mereka gagal melanjutkan pelajaran ke fakulti berkenaan kerana menghadapi masalah kewangan untuk membayar yuran pengajian.

“Sebagai pensyarah di universiti, saya tahu dengan keadaan yang berlaku itu, makin hari makin kurang orang Melayu yang dapat tempat dan mampu belajar, yang mampu bayar yuran di fakulti kejuruteraan, perubatan.

“Itu tujuh lapan tahun dahulu, keadaan sekarang makin kritikal,” katanya yang merujuk perkara itu semasa menjadi pensyarah universiti dahulu.

Beliau yang melahirkan rasa kesal dengan keadaan yang berlaku itu kerana tidak diatasi oleh pemimpin negara bertambah kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang terus melekakan orang Melayu dengan rancangan hiburan yang melalaikan.

“Umno sogok orang Melayu dengan rancangan hiburan yang melekakan seperti Akademi Fantasia, Mentor dan macam-mnacam budaya hedonisme yang terus menerus menyesatkan umat Islam,” katanya pada majlis ceramah yang diadakan di Kampung Ru Muda, dekat sini, malam tadi.

Beliau turut mengingatkan seluruh ahli dan penyokong PAS khususnya di negeri ini supaya melakukan perubahan mulai sekarang bagi mengembalikan semula pemerintahan Islam.

Beliau berkata, ahli-ahli PAS adalah agen perubahan yang perlu berdakwah dan menyampaikan maklumat semasa kepada rakan-rakan dan jiran-jiran bagi melakukan perubahan itu.

“Yang perlu kita buat sekarang ialah melakukan perubahan, kita semua agen perubahan, sampaikan maklumat kepada kawan, jiran, tugas kita semua perluaskan dakwah,” ujarnya.

Menurutnya, semua pendukung parti tidak seharusnya menumpukan kepada aktiviti jemaah semata-mata sehingga meninggalkan tugas untuk menyampaikan dakwah kepada kumpulan sasaran.

Sehubungan itu, katanya, apa sahaja maklumat dan ilmu yang diperolehi melalui program parti sewajarnya disampaikan kepada orang ramai supaya mereka turut melakukan perubahan bagi mengembalikan semula pemerintahan Islam di negeri ini.

“Maklumat dan ilmu jangan kita simpan seorang sahaja, kita sampaikan mesej Islam kepada semua barulah perubahan akan boleh berlaku,” ujarnya. – KAM/ayu



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Assalamualaikum...

salah posting ni...
patotnya kat ruang berpolitik...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

hehehe salah posting?

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Nasib baik aku dapat tempat buat kejuruteraan mekanikal kat ipta...


__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard