Apakah pandangan adik-beradik dlm forum ni mengenai ada sesetengah pihak mengatakan bahawa bendera kita menyerupai logo warna Bob Marley....?
Saya meminta pandangan ni kerana ia pernah berlaku pada diri saya apabila ada seorang saudara kita juga yang berkata begitu..dan saya perlu tahu apa yang harus di jawab dengan betul jika ia terjadi kepada anda semua...
(kadang-kadang tak puas hati gak bile orang cakap camtu)
Macam mana saudara putih membawa sesuatu yang saudara sendiri tidak paham sepenuhnya.
Dr Mas,
Boleh tolong berikan hukum mengerjakan sesuatu yang tidak dipahami / diketahui sepenuhnya tak?
(saya sendiri agak jahil berkenaan Al-Quran melainkan untuk pegangan diri saya sendiri.)
Sebenarnya saudara putih ... kalau yang kira pasal warna logo tu... ada perbezaan dari segi susunan. tengok bebetul.
Dan kalau perhatikan bebetul ada persamaan jugak logo Pekida ini dengan logo freemason (satu secret society international) lambang obor dan salam juga memainkan peranan penting dalam pertubuhan freemason.
perjuangan bukan berpaksi pada ukiran logo, pada ciptaan nama, pada nukilan falsafah dan motto.
IA TERUKIR DAN PERPAKSI PADA PERLAKSANAAN HARIAN.
Jangan terlalu fanatik sahingga menyamai sembahan kiranya Logo, nama, warna, sticker dll hazanah dan ukiran pada Pertubuhan kita, sampai peringkat apabila lihat saja warna tu jadi fanatik tak tentu pasal pulak kita. Sanggup pukul orang kerana pakai warna kita...
Lihat firman ini...
Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan bapak-bapak kamu mengada-adakannya; Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun untuk (menyembah)nya. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka, dan sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari Rabb mereka. (QS. 53:23)
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
PEKIDA telah dirangka sebaik dan seindah itu... malangnya kebanyakkan dari kita mengingkari dan mengabaikan janji. Kita tidak hirau Islam di cerca, bahkan setengah dari kita sendiri yg setiap hari mencerca Islam dengan katakata, dengan perbuatan dan banyak lagi.
Ini gambaran firman dari surah 5, al-Maidah ayat 13... khas utk WIRA513
(Tetapi) karena mereka melanggar janjinya, Kami kutuk mereka, dan kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka merobah kalimah dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit diantara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah mereka dan biarkanlah mereka, sesungguhya Allah menyukai orang-orang berbuat baik. (QS. 5:13)
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***