Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tanda Hari Kiamat


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Tanda Hari Kiamat



22 Tanda Hari Kiamat

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan
berleluasa disebarkan
melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan
kebanyakannya jahil mengenai
agama dan banyak memberi fatwa yang
menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi
benar. Sukar untuk
membezakan perkara halal dan haram kerana
yang haram dianggap halal
serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup
dan menganggap jika
tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan
pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama
ditindas dan hati mereka
sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi
mereka tidak
mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak
memberi keuntungan
kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki
(homoseksual) dan
perempuan berkeinginan kepada perempuan
(lesbian) semakin menjadi-
jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai
ubat guna-guna, sihir
dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu
bapa (ibu bapa menjadi
kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala
musuh diberi layanan
baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap
sahabat serta memusuhi
orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga
melakukannya seperti zina,
minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan
perempuan, meninggalkan
sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau,
berkunci dan banyak
berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan
berpura-pura. Di dalam
sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah
tetapi di luar
sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat
menguasai mereka yang
lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya
seperti mengikut cara
mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya
dijadikan perhiasan
dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun
terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku
pembunuhan,
peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan
suruhan agama dan tidak
mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita
(wanita yang tidak beriman
adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan
tujuan melancong,
yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang
miskin bermaksud
meminta sedekah.


__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 56
Date:

a,kum..


bagus info ni..


sbg peringatan...


w,slm..///



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard