Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: MAWI AF3


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:
MAWI AF3


MAKA suasana menjadi tenang seketika. Jalan raya agak lengang. Anak-
anak kecil tidak berkeliaran. Semua telah pun pulang ke rumah. Tiada
kelas mengaji muqaddam hari ini. Ustazah memang tidak mengadakan
kelas.


Anak-anak muda yang sering bersantai, lepak dan bersidai tepi tangga,
tepi tembok dan tepi kaki jalan sudah pun kembali ke rumah sejak awal
lagi. Tiada usik mengusik, tiada 'dating' dan tiada ke hulu ke hilir
dengan motosikal. Tiada jalan-jalan malam.

Kenduri pada malam ini telah ditunda keesokan malam dan ada kenduri
yang telah diawalkan. Ada yang tidak jadi pulang ke kampung atau ada
yang melewatkan perjalanan jauh.

Anak yang kecil, bayi telah ditidurkan awal dan makan malam telah pun
disantap seisi keluarga selepas solat maghrib. Ada yang telah
membatalkan ziarah ke rumah saudara dan kalau ada tetamu yang ingin
datang diminta melawat pada lain masa. Yang pasti bukan malam ini.

Kuliah kurang orang. Ceramah lengang. Aktiviti semua mati malam ini.

Semua ini kerana inigin memberi laluan kepada siaran langsung konsert
Akademi Fantasia.

Yang tiada rangkaian ini, masing-masing telah awal lagi menempah. Dua
bulan yang lalu. Yang tidak mampu menempah rangkaian ini sanggup pula
bersusah payah menumpang tonton rumah kaum kerabat yang ada.

Yang telah dipotong rangkaian ini kerana sudah lama tidak membayar,
telah berusaha mengumpul wang semula untuk membolehkan rangkaian
disambung kembali. Yang belum menambah nilai kad prabayar telefon
bimbit telah berkelam-kabut ke kedai berdekatan.

Sebutlah dan isytiharkanlah siapa yang tidak tahu tentang AF3 dan
Mawi.

Sekalian alam kenal dan arif benar. Yang tua muda, kecil besar,
miskin kaya, sakit sihat, kerajaan swasta, menteri atau orang gaji
semua mengenali.

Begitulah suatu arus dan fenomena (meminjam tajuk akhbar) yang
melanda. Tidak terelak lagi ledakan gelombang ini.

Yang mengulas pula datang dari segenap lapisan. Semua ingin menjadi
juri tak bertauliah. Dari pensyarah menara gading (professor
kangkung?) sehinggalah ke pesawah di tepi tebing.

Penghuni institusi pengajian tinggi hinggalah pekerja kuli yang hanya
mengaji jawi. Daripada yang berada di awan biru sehinggalah yang
berada di bawah tanah kubur menggali lubang baru. Hebat
memperkatakannya.

Tahniah Akademi Fantasia kerana menjadi pemangkin dan pencetus
suasana yang telah lama suram kerana pelbagai perkara. Terima kasih
kerana telah membawa rakyat Malaysia lari seketika daripada realiti
dan hakikat yang ditempuhi. Sekalung tahniah juga kerana telah
menemui seorang insan yang didambakan sejak sekian lama oleh rakyat.
Idola ramai dan teladan semua.



Mawi suatu nama keramat yang meniti dari bibir ke bibir dan menjadi
buah mulut orang. Dari Datuk Keramat ke Tumpat sehingga ke Kudat
semua tahu tentang perkara ini. Rakyat terutama remaja telah lama
menantikan seorang lambang atau tokoh yang boleh dijadikan contoh.

Telah lama kekosongan ini berlaku. Gersang. Kering. Kini panduan
hidup rakyat telah kembali pulih. Kiblat telah dibetulkan semula.
Mawilah pengubah segalanya.

Hampir tiada kedengaran cacat cela dan sopeknya makhluk ini. Kiranya
ada sekali pun, pasti ramai yang membela dan mempertahankannya. Penuh
dengan pujian dan kekaguman yang menggunung.

Apa yang dibuat, dituturkan dan didiamkan menjadi ikutan ramai dan
terasa seolah-olah seperti hadis pula.

Rakyat khasnya remaja serta khususnya Melayu Islam memang ingin
seorang yang 'beragama' membawa hala tuju matlamat hidup mereka.

Tetapi rakyat kebanyakan menantikan kemunculannya dari alam hiburan.
Rakyat tidak mengharapkan kewujudannya dari alam atau bidang lain
seumpama bidang ekonomi, politik, pendidikan kerana telah jelak dan
telah muak dengan masalah yang timbul dan kecewa dengan insan atau
pemimpin yang muncul untuk menjadi idola. Semua penuh bermasalah dan
janji kosong.

Kini hati rakyat terubat dengan manusia yang 'dilahirkan'
dan 'dibesarkan' daripada alam hiburan. Seorang yang ada nilai agama
terpacul dengan gaya yang tersendiri.

Syabas. Bagus. Tahniah. Hebat. Cemerlang. Terbilang. Gemilang.
Extravanganza. Penuh aura. Karisma. Ada 'x-factor'. Pakej yang
lengkap! Ada mesej dakwah!

Tiada siapa menafikan kehadiran dan kehebatannya.

Sehingga terdengar dicuping telinga. Seorang pendidik menasihati anak
muridnya "jadilah seperti Mawi. Mengaji boleh, menyanyi pun boleh.
Ini yang kita hendak. Contohilah dia."

Laksana seperti Anwar masuk Umno, kini Mawi masuk Astro.

Berdakwah dari dalam...

Begitulah komentar yang dikumpulkan serta dikoleksikan secara berguni
dan bergantang-gantang.

Akan tetapi...

Sedih betapa tipisnya iman kita.

Izinkan dibariskan kilasan pandangan tak seberapa untuk tatapan semua

Pandangan Pertama (1)

Dahulu Mawi; Seorang qari yang pernah melunakkan bacaan al-Quran.
Antara petikan surah yang pernah dibaca dan dilalui sepanjang
hidupnya: "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman; hendaklah
mereka menahan (merendahkan) pandangannya dan memelihara kemaluannya;
yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat" (Surah An-Nur ayat 30).

Dan mengakhiri surah-surah yang dibaca sambil duduk bersila penuh
tertib dan adabnya.


Kini Mawi Qari yang sama memerdukan dan menyaringkan nyanyian Antara
petikan lagu dendangannya: "siapa bilang gadis Melayu tak menawan,
tak menarik hati tiada memikat...Aduhaiiiiiiiii...lemah lembut
gayanya..." (lagu penyanyi lama)

Dan mengakhiri lagunya sambil menari lantas memandang tepat ke arah
wanita yang berdiri di sisinya.

Pandangan Kedua (2)

Dahulu Mawi seorang bilal yang pernah melaung azan sambil berdiri
tegak Antara terjemahannya membawa erti "...menuju kejayaan"

Kini Mawi Bilal yang sama menyanyi lagu tema rancangan sambil menari
rancak Antara alunannya berbunyi "...menuju puncak".

Pandangan Ketiga (3)

Memetik kata Mawi " ....dia mesti bertudung..."

Dengan petikan itu maka; 1.Tudung Mawi diberi nama dan laku
diniagakan 2. Seorang peserta bukan Islam memakai tudung secara
bergurau lantas mengejar Mawi 3. Seorang juri wanita Islam yang tidak
bertudung tidak semena-mena memakai tudung berbentuk selendang di
kepala seraya berkata "saya kalau nak komen Mawi mesti pakai
tudung..."

Lantas disambut gelak hilai, sorakan, teriakan dan jeritan penonton
menyambung gurauan dan perbuatan main-main ke atas tudung ini.

Main-main dengan hukum Allah.

Pandangan Keempat (4)

Fanatik, penyokong dan penonton Islam Mawi akan mempertahankan Mawi
habis-habisan apabila dimaki tetapi apabila Nabi dan agama Islam
sendiri dicaci, di mana kalian 'bersembunyi' selama ini?

Pandangan Akhir

Apa pendirian PAS dan Harakah tentang fenomena ini?

Saya tinggal kilasan ini untuk direnungi dan dihadami bersama.

Saya pernah dinasihati oleh rakan-rakan agar tidak melawan arus.
Sambung mereka Arus 'TsuMawi' ini boleh menyebabkan kau 'mati'!!!

Akhirnya jawab saya "biarlah saya 'mati' dan mati kerana Ilahi." –
lanh



p/s: komen komen...

__________________
hidup demi alif ba ta


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

"Pandangan Akhir

Apa pendirian PAS dan Harakah tentang fenomena ini?

Saya tinggal kilasan ini untuk direnungi dan dihadami bersama.

Saya pernah dinasihati oleh rakan-rakan agar tidak melawan arus.
Sambung mereka Arus 'TsuMawi' ini boleh menyebabkan kau 'mati'!!!

Akhirnya jawab saya "biarlah saya 'mati' dan mati kerana Ilahi." –
lanh"



Tanya kepada kerajaan itu sendiri... kerana kerajaan telah meluluskan  konsert maksiat atau konsert menghina Islam itu sendiri... er... sekiranya konsert akademi fantasia di tukar kepada konsert akademi tilawah fantasia ker?... kan bagus.... kenapa lah kerajaan nie bodoh sangat dlm membasmi akhlak masyarat?... nak buat Islam hadhari ker macam nie?.. ni ker negara islam?... aduh... nie lah kerajaan Islam Plastik... bawah pimpinan umno bodoh


 


p/s: AFUNDI MAWI dan hantar kan ke 999



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 74
Date:

Suara Islam wrote:


"biarlah saya 'mati' dan mati kerana Ilahi." –lanh"Tanya kepada kerajaan itu sendiri... kerana kerajaan telah meluluskan  konsert maksiat atau konsert menghina Islam itu sendiri... er... sekiranya konsert akademi fantasia di tukar kepada konsert akademi tilawah fantasia ker?... kan bagus.... kenapa lah kerajaan nie bodoh sangat dlm membasmi akhlak masyarat?... nak buat Islam hadhari ker macam nie?.. ni ker negara islam?... aduh... nie lah kerajaan Islam Plastik... bawah pimpinan umno bodoh."


 


Makan jangan sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap, tulis jangan sebarangan nak tulis.


"Pandang diri dulu, adakah kita itu islam, sebenar-benar islam, di mana kedudukan kita sekarang"


"Kulit indah berseri tapi isi berulat."


Saya tidak sokong mana-mana pihak, itukan semua sekadar hiburan.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

kalau remaja,mat2 jalanan..yg penuh dgn budaya kuning... minatkan mawi.. mungkin itu satu jalan utk mereka ubah diri mereka... berpakaian kemas spt mawi...jujur seperti mawi...pandai mengaji seperti mawi...jadi bilal seperti mawi..suka perempuan bertudung seperti mawi...  dlm hal itu...sedikit demi sedikit mereka terdidik.. tapi rasanya org yg fanatik ngan mawi jela yg nak tuka diri macam mawi...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

diri sendirilah yang menentukan mana yang penting...


jangan salahkan sesiapa...



__________________
k


Senior

Status: Offline
Posts: 312
Date:

askum hahahahahah..mawi yang dulu but now has turn into bilal yang melaungkan "menuju puncak",imam(ketua) bagi bakal penghibur penghibur,haha...lepas ni agaknya imam imam atau bilal bilal pon dah takmau jadi bilal dan imam depa nak pi tukau jadi penghibur plak..sebab terikut sangat dengan akhlak baik mawi itu sendiri....haha nak ikut sgt perbuatan mawi kan?jadi camtu la..awak tak nak ikut ke haikal?cakap macam bersemangat je..

__________________
ive sworn the oath of many thing .3 things if im not mistaken.


Veteran

Status: Offline
Posts: 56
Date:

a,kumm...kepada jemaah sekalian..


hmm...dalam bab ni mmg susah nak katakan...


semuanya terletak pada diri sendiri...bagaimana dia membawa dirinya di dunia yg penuh permainan ni...hmm...


yg baik kita ikut...yg jahat..kita jdkan sempadan...


w,slm..



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 28
Date:

Assalamualaikum...
huih.. memang sedap topik kali nie utk dibahaskan!!
tapi tak pa lah saya jadi pemerhati jerlah kali nie!!
tapi tang nak salah dek kerajaan 100% tu tak bolehlah!!bukan kerajaan yang dok buat acara tu semua. Yang dok buat tu semua manusia yg nak mencari duit dengan cara mudah, diminati dll lah lagi agenda ...
Yang menjadi hangatnya sebab peminat/masyarakat tu sendiri!!manusia sekarang dah banyak digelami oleh arus dunia terutama hiburan yg menjadi nadi atau sumber keseronokan. ada baik dan sebaliknya.
Cuma kadang2 tue saya rasa betul2 terkilan dan sedih bila ada yang dengan penuh perasaan menitiskan airmata kononnya peminat setia pada artis idola mereka itu. sedih betul terutama orang islam kita. Kenapalah bila negara islam lain berperang, banyak yg terkorban, takder pun secara terang-terang menitiskan airmata.. kononnya malu... tapi apa terjadi pada Af adalah sebaliknya...renungkanlah..

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 145
Date:

betui tue, mawi memang.. lain kali klo nak sokong, kita sokong kefli..praap.. rasanya adk beradik gak tue..hehehe jgn mare...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 256
Date:

A`kum...


 


 


Mawi nie sape???



__________________
DONT SANGKA KELIAK WATA NO BOYA...29 yang bertauliah...


Senior

Status: Offline
Posts: 296
Date:

hehehehehe

__________________
||| Bercinta Tak Semestinya Memiliki,Menentang Tak Semestinya Membenci |||


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

haks haks haks


pitching ada lari sikit...................




__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 99
Date:

isk....apa pitching tu.... apoko bondonya.... yg saya tahu fishing je... kalau nak ilmu fishing boleh le.... tapi kena ingat.. apa pesan kekanda mas.. jangan pisang berbuah 2 kali....Terror macam mana sekali pun kena beringat-ingat.....


Kail karat... Umpan baru... Ikan berat.. makan kail aku..... (Jangan ikan yu cicak sudah..)


 



 



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

k wrote:


askum hahahahahah..mawi yang dulu but now has turn into bilal yang melaungkan "menuju puncak",imam(ketua) bagi bakal penghibur penghibur,haha...lepas ni agaknya imam imam atau bilal bilal pon dah takmau jadi bilal dan imam depa nak pi tukau jadi penghibur plak..sebab terikut sangat dengan akhlak baik mawi itu sendiri....haha nak ikut sgt perbuatan mawi kan?jadi camtu la..awak tak nak ikut ke haikal?cakap macam bersemangat je..


kemas spt mawi...jujur seperti mawi...pandai mengaji seperti mawi...jadi bilal seperti mawi..suka perempuan bertudung seperti mawi...


BUKAN menyanyi spt mawi...menari spt mawi....


rasanya tak salahkan apa yg saya tulis?? tak salahkan kalau kita nak ikut...mawi yg dulu...


judge person by positive think... kanda Mas selalu ckp... think positive...practice it..



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


Betul kata Bro Haikal...Ikut mana yg baik...Tapi apa2 pun Mawi ni ada kebaikannya lebih dari keburukan...So,jgn tunggu lagi...Undilah Mawi... Saya pun tak tahu akan kebenaran cerita yg saya dengar...Minta maaf kalau ianya tak betul...


Untuk pengetahuan semua Mawi tu adik-beradik kita kat Johor... Member saya bagi tau sbb dia peminat setia kat Stadium Melawati...Si Kefli tu tak tau la pulak samada dia adik-beradik atau tidak...


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 215
Date:

salam..
ni pulak pendapat saya la kan?
nak kena undi ke?nak ka subahat....bg saya banyak juga la benda2 tak berfaedah yang saya buat tiap2 hari secara sedar atau tak....so saya rasa undi2 astro ni melalaikan,merugikan dan melemahkan mental.
Pengaruh realiti TV ni mmg buruk spp media ni mmg mampu pengaruhi sesebuah pemikiran masyarakat.

saya kesian kat mak saya yg fanatik sgt/demam dgn AF ni...ya la...mmg mak saya tak penanh lalai tanggung jawap dgn famili and tak penanh la dia tinggal semayang tapi mianat nya terhadap AF ni agak melampau...Di sini saya dapat lihat sendiri kesan media massa kepada minda masyarakat.

Mawi ka...kiflie atau sapa pun....saya takkan undi sapa2 walaupun kadang2 tu mlm2 minggu layan gak AF...tapi tak la sampai tak senang kalau terlepas konsert atau diari.


ok...tu ja..

__________________
I've sworn the 36 oaths_\l/_ /l\ I


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 2
Date:

akum.........


ada butul itu suma.........sy ingat ini mawi cerita kasi tutup la......... pasal ini mawi...... suma mau b'telagah ka........ haiya........ kita melayu ma...... jgn ini mcm la kwn........


 


 


p/s.......... peace..........



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 99
Date:

tumpang lalu..lagi...  nie yang kecoh22 nak buat apa...yang baik jadi tauladan.. yang buruk.. buat sempadan... sekarang nie juaranya.. semua orang dah tahu..... Ananda.. yang tolong kayakannya...majoriti orang2 melayu.... sepatutnya kita bicarakan macam mana nak elak.. orang2 melayu dari membuang duit sms kononnya nak cari..atau sokong seseorang untuk jadi juara......     sedangkan juaranya kita dah tahu.....fikirrrrrrrr....




__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 256
Date:

A`kum..




Bagus juga kalo duit dalam telefon mudah alih tu digunakn untuk mende berfaedah...

Afundi nie amende???

__________________
DONT SANGKA KELIAK WATA NO BOYA...29 yang bertauliah...


Senior

Status: Offline
Posts: 215
Date:

mana ada bertelagah....semua kan tgh bg pendapat...


apo laa...


 


afundi tu Akademi Fant Undi...



__________________
I've sworn the 36 oaths_\l/_ /l\ I


Senior

Status: Offline
Posts: 145
Date:

dusun mu, dusun ku jua..hehehe

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 215
Date:

kome...dhroyan udan luruh banyok ke?

__________________
I've sworn the 36 oaths_\l/_ /l\ I


Senior

Status: Offline
Posts: 145
Date:

isk, udah ar tue ang_loong..burok bebenor bunyinyer..hehehe

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 215
Date:

eleh..kome jeles kat teman le tu...hihihi

__________________
I've sworn the 36 oaths_\l/_ /l\ I


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

sekarang musin duku langsat pulakk....

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 99
Date:

ish..kome nie crita bab buah pule.... moh kita bramai....le.....kedusun.... tak ade ke yang nak menjemput.. kedarat ke ke baruh... ke..... pekene.. buah kayu.... bior sampei.. laeh.....


muntakedarah......... bukan papan kaku tarah...


 


X



-- Edited by uncleblues1963 at 17:15, 2005-07-27

__________________


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 1
Date:

A'kum.....yee...mari kita sokong kefli..biarpun performance dia biasa je...aku yakin dia pun adik beradik gak....tgk masa dia buat lukisan n buat patung a.f....dia sendiri kata 3 calit.....salam perkenalan dr adik beradik sebelah ipoh,perak..lll...



__________________
chotgenki


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

Akum, saya pun setuju gak pendapat bro haikal sb apa yang baik kita ikut dan yang tak baik kita ketepikan.Lagipun kitakan dah besar panjang so pandai2la nak membezakan yang mana intan dan yg mana kaca...Saya yakin yang mawi bukan begitu orhnya...di bukan kacang lupakan kulit dan mudah lupa diri...tp jika didikan dia kukuh kita akan dapat lihat sejauh mana dia pergi dalam dunia baru dia....adakah kepada arah keislaman atau ke arah kebaratan.sama2 doakan dia tetap melayu yang tak mudah lupa.....wasalam

__________________
affende


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

Assalamualaikum...///


Apa2 Pun...Tetap Di Hati...


(((((((((( WORLD ))))))))))


(((((((((( WORLD ))))))))))


(((((((((( WORLD ))))))))))


Versatile...Tau Agama...Lelaki Melayu Terakhir...


Mawi!!!



__________________
Aku Hanya Hamba-Nya...Dan hanya Pada-Nya aku berserah... |||aJiMsEnT|||


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:

haushinka wrote:


Assalamualaikum.../// Apa2 Pun...Tetap Di Hati... (((((((((( WORLD )))))))))) (((((((((( WORLD )))))))))) (((((((((( WORLD )))))))))) Versatile...Tau Agama...Lelaki Melayu Terakhir... Mawi!!!


''' world '''



__________________
penyatuan bangsa itu yg dituju
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard