Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PENGEBOMAN LONDON 7/7 SUATU DRAMA


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:
PENGEBOMAN LONDON 7/7 SUATU DRAMA


Assalamualaikum...

Ramai yang terus menunding jari kepada Islam dan pejuang-pejuang Islam
apabila berlakunya pengeboman di London pada 7 Julai yang lalu, dan
seperti biasa media-media barat memainkan peranan mereka seperti yang
telah diaturkan dengan kemas dan teratur.

Dalam masa yang sama, banyak persoalan-persoalan lain yang masih belum
terjawab kini.

1. Ramai yang tidak mengetahui (atau tidak diberitahu media) bahawa
pada pagi 7 Julai tersebut pasukan keselamatan Britain sedang membuat
"Underground Bombing 'Exercises'" atau latihan menyelamat jika bandar di London diserang oleh penganas. Yang peliknya, latihan seperti ini tidak pernah dijalankan sebelum-sebelum ini di bandar London. Dan bertambah pelik apabila kejadiaan pengeboman ini berlaku pada masa yang sama dan tempat yang sama di mana latihan ini hendak dijalankan. Perkara ini diberitahu sendiri oleh Peter Power, Pengarah Urusan Visor Consultants (Syarikat yang mengendalikan latihan ini) kepada BBC radio 5 dan ITN TV pada hari kejadian (sila rujuk http://www.prisonplanet.com/arti ...
mbingexercises.htm)

2. Menurut laporan dari akhbar Britain, the Mirror pula pada 9 Julai, menurut seorang pegawai atasan polis, keempat-empat camera CCTV yang diletakkan dalam bas bernombor 30 tersebut tidak berfungsi pada hari
pengeboman tersebut. CCTV dalam bas tersebut akan diperiksa setiap 2 hingga 3 kali dalam masa seminggu. Alasan yang diberikan pula adalah kemungkinan pemandu bas tersebut terlupa untuk mengaktifkan camera tersebut pada hari itu. ( sila rujuk http://www.mirror.co.uk/archive/ ...
4762-name_page.html )

3. Kenyataan yang telah disiarkan dalam satu website kononnya diterbitkan oleh "Kumpulan Rahsia Al-Qaeda di Eropah" mengandungi ayat
Al-Quran yang salah dan ini diakui sendiri oleh Jacob Keryakes penterjemah saluran TV MSNBC dan beliau menambah bahawa kesalahan seperti ini bukanlah sesuatu yang biasa dilakukan oleh pertubuhan
Al-Qaeda dalam pengakuan-pengakuan sebelum ini. ( sila rujuk
http://www.msnbc.msn.com/id/8496293/ )

4. Tiada sebab untuk kesemua suspek yang dituduh melakukan pengeboman itu.
a. kesemua suspek telah membeli tiket pergi dan balik dan telahpun membayar untuk meletakkan kereta di tempat letak kereta masing-masing.
b. kesemua suspek membawa bersama dompet beserta dengan kad bank, lesen memandu dan lain-lain barangan peribadi (biasanya dalam pengeboman berani mati, pengebom tidak akan membawa bersama barangan
peribadi supaya sukar dikesan pihak berkuasa.)
c. Dua daripada pengebom yang didakwa terlibat mempunyai sebab yang sangat kukuh untuk hidup iaitu Jermaine Lindsay yang mempunyai seorang anak berumur setahun dan menanti kedatangan anak keduanya dalam masa terdekat. Mohammed Sidique Khan yang juga mempunyai anak berumur 14 bulan dan isterinya juga masih mengandung.

5. Pengebom keempat Hasib Hussain tidak meletupkan bomnya di tengah-tengah bas dimana lebih ramai orang boleh terbunuh, sebaliknya
meletupkannya di bahagian belakang tingkat atas bas tersebut.

6. Matawang Pound telah jatuh kira-kira 6% dari nilai asalnya 10
hari sebelum kejadian ini berlaku. Matawang sesebuah Negara yang stabil seperti Britain tidak akan jatuh sebegitu dalam masa yang singkat iaitu kira-kira 1.82 to 1.72 berbanding Dollar Amerika
tanpa sesuatu sebab yang kukuh. Ini menampakkan terdapat pihak yang sudah mengetahui hal ini lebih awal dan mula menjual matawang Pound pada harga tinggi untuk membelinya semula apabila telah jatuh. (sila rujuk graf di http://www.x-rates.com/d/USD/GBP/graph120.html dan
http://infowars.net/Pages/Jul05/170705pound.html

7. Seperti biasa pihak berkuasa Britain memainkan drama yang sama
seperti yang berlaku pada 9/11 dahulu dimana mereka mendakwa menjumpai
barangan kepunyaan pengembom seperti pasport dan sebagainya. Yang peliknya bagaimana dalam pengemboman yang begitu dasyat paspot dan lesen memandu yang diperbuat dari kertas dan plastik tidak terbakar atau hangus ? Samalah seperti cerita FBI semasa serangan 11/9 dimana mereka mendakwa menjumpai paspot suspek yang berada di dalam kapal > terbang berdekatan dengan WTC.

8. Bob Kiley, Pengerusi pengangkutan London pernah bekhidmat dengan
CIA sebagai Pengurus operasi CIA dan kemudiannya sebagai Penolong
Eksekutif kepada Pengarah CIA (Manager of Intelligence Operations and then as Executive Assistant to the Director.) (sila rujuk
http://www.tfl.gov.uk/tfl/chief_officers.shtml )

9. Akhir sekali, dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh jurucakap Taliban Abdul Latif Hakimi kepada France-Presse melalui percakapan telefon bahawa Taliban tidak mempunyai sebarang kaitan dengan serangan tersebut. (sila rujuk http://www.iii.co.uk/news/?type= &action=article )

Melalui semua bukti di atas kita dapat membuat kesimpulan bahawa
pengeboman ini didalangi pihak-pihak tertentu yang akan mendapat mendapat keuntungan samada dari segi sokongan ataupun tindakan pihak tertentu untuk menghina agama Islam. Alasan ini juga ada diguna untuk menghambat orang-orang Islam dari Britain secara tidak langsung.

"Apa yang kamu dapat, kamu beri...apa yang kamu belajar, kamu ajar.."

:~:~: siswamalaysia - MAHASISWA ~ ONLINE :~:~:


__________________


Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:

 


hmm...siar kat TV bagus niii.....bagi depa tau



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:

uih.. btulker...??? tak sangka.... yekkk drama ajer... kerana drama umat ISLAM yg kena padah..


dah laaa tersilap tembak suspek(berita ahad-24/7/2005).... ishh.. klu laa... mcm nih rerasanya.. nak pigak serang btul-btul..


tp nak wat serangan minda(face to face)... klu derang mau...


 



__________________
SYED tambun tulang,perlis


Senior

Status: Offline
Posts: 256
Date:

A`kum...


 


 


Drama nie dasyat sangat nie...sape org leh mati...



__________________
DONT SANGKA KELIAK WATA NO BOYA...29 yang bertauliah...


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

apa depa nak heran kalo stakat x sampei 100 org rakyat depa mati...
umat Islam dh brapa puluh ribu...ribu...ribu...org terkorban dh...
alasan ni laa depa pakai utk serang negara Islam...


__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Agenda mereka untuk menjatuhkan umat Islam...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 145
Date:

yang tersurat dan yang tersirat...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard