Ramai yang terus menunding jari kepada Islam dan pejuang-pejuang Islam apabila berlakunya pengeboman di London pada 7 Julai yang lalu, dan seperti biasa media-media barat memainkan peranan mereka seperti yang telah diaturkan dengan kemas dan teratur.
Dalam masa yang sama, banyak persoalan-persoalan lain yang masih belum terjawab kini.
1. Ramai yang tidak mengetahui (atau tidak diberitahu media) bahawa pada pagi 7 Julai tersebut pasukan keselamatan Britain sedang membuat "Underground Bombing 'Exercises'" atau latihan menyelamat jika bandar di London diserang oleh penganas. Yang peliknya, latihan seperti ini tidak pernah dijalankan sebelum-sebelum ini di bandar London. Dan bertambah pelik apabila kejadiaan pengeboman ini berlaku pada masa yang sama dan tempat yang sama di mana latihan ini hendak dijalankan. Perkara ini diberitahu sendiri oleh Peter Power, Pengarah Urusan Visor Consultants (Syarikat yang mengendalikan latihan ini) kepada BBC radio 5 dan ITN TV pada hari kejadian (sila rujuk http://www.prisonplanet.com/arti ... mbingexercises.htm)
2. Menurut laporan dari akhbar Britain, the Mirror pula pada 9 Julai, menurut seorang pegawai atasan polis, keempat-empat camera CCTV yang diletakkan dalam bas bernombor 30 tersebut tidak berfungsi pada hari pengeboman tersebut. CCTV dalam bas tersebut akan diperiksa setiap 2 hingga 3 kali dalam masa seminggu. Alasan yang diberikan pula adalah kemungkinan pemandu bas tersebut terlupa untuk mengaktifkan camera tersebut pada hari itu. ( sila rujuk http://www.mirror.co.uk/archive/ ... 4762-name_page.html )
3. Kenyataan yang telah disiarkan dalam satu website kononnya diterbitkan oleh "Kumpulan Rahsia Al-Qaeda di Eropah" mengandungi ayat Al-Quran yang salah dan ini diakui sendiri oleh Jacob Keryakes penterjemah saluran TV MSNBC dan beliau menambah bahawa kesalahan seperti ini bukanlah sesuatu yang biasa dilakukan oleh pertubuhan Al-Qaeda dalam pengakuan-pengakuan sebelum ini. ( sila rujuk http://www.msnbc.msn.com/id/8496293/ )
4. Tiada sebab untuk kesemua suspek yang dituduh melakukan pengeboman itu. a. kesemua suspek telah membeli tiket pergi dan balik dan telahpun membayar untuk meletakkan kereta di tempat letak kereta masing-masing. b. kesemua suspek membawa bersama dompet beserta dengan kad bank, lesen memandu dan lain-lain barangan peribadi (biasanya dalam pengeboman berani mati, pengebom tidak akan membawa bersama barangan peribadi supaya sukar dikesan pihak berkuasa.) c. Dua daripada pengebom yang didakwa terlibat mempunyai sebab yang sangat kukuh untuk hidup iaitu Jermaine Lindsay yang mempunyai seorang anak berumur setahun dan menanti kedatangan anak keduanya dalam masa terdekat. Mohammed Sidique Khan yang juga mempunyai anak berumur 14 bulan dan isterinya juga masih mengandung.
5. Pengebom keempat Hasib Hussain tidak meletupkan bomnya di tengah-tengah bas dimana lebih ramai orang boleh terbunuh, sebaliknya meletupkannya di bahagian belakang tingkat atas bas tersebut.
6. Matawang Pound telah jatuh kira-kira 6% dari nilai asalnya 10 hari sebelum kejadian ini berlaku. Matawang sesebuah Negara yang stabil seperti Britain tidak akan jatuh sebegitu dalam masa yang singkat iaitu kira-kira 1.82 to 1.72 berbanding Dollar Amerika tanpa sesuatu sebab yang kukuh. Ini menampakkan terdapat pihak yang sudah mengetahui hal ini lebih awal dan mula menjual matawang Pound pada harga tinggi untuk membelinya semula apabila telah jatuh. (sila rujuk graf di http://www.x-rates.com/d/USD/GBP/graph120.html dan http://infowars.net/Pages/Jul05/170705pound.html
7. Seperti biasa pihak berkuasa Britain memainkan drama yang sama seperti yang berlaku pada 9/11 dahulu dimana mereka mendakwa menjumpai barangan kepunyaan pengembom seperti pasport dan sebagainya. Yang peliknya bagaimana dalam pengemboman yang begitu dasyat paspot dan lesen memandu yang diperbuat dari kertas dan plastik tidak terbakar atau hangus ? Samalah seperti cerita FBI semasa serangan 11/9 dimana mereka mendakwa menjumpai paspot suspek yang berada di dalam kapal > terbang berdekatan dengan WTC.
8. Bob Kiley, Pengerusi pengangkutan London pernah bekhidmat dengan CIA sebagai Pengurus operasi CIA dan kemudiannya sebagai Penolong Eksekutif kepada Pengarah CIA (Manager of Intelligence Operations and then as Executive Assistant to the Director.) (sila rujuk http://www.tfl.gov.uk/tfl/chief_officers.shtml )
9. Akhir sekali, dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh jurucakap Taliban Abdul Latif Hakimi kepada France-Presse melalui percakapan telefon bahawa Taliban tidak mempunyai sebarang kaitan dengan serangan tersebut. (sila rujuk http://www.iii.co.uk/news/?type= &action=article )
Melalui semua bukti di atas kita dapat membuat kesimpulan bahawa pengeboman ini didalangi pihak-pihak tertentu yang akan mendapat mendapat keuntungan samada dari segi sokongan ataupun tindakan pihak tertentu untuk menghina agama Islam. Alasan ini juga ada diguna untuk menghambat orang-orang Islam dari Britain secara tidak langsung.
"Apa yang kamu dapat, kamu beri...apa yang kamu belajar, kamu ajar.."
apa depa nak heran kalo stakat x sampei 100 org rakyat depa mati... umat Islam dh brapa puluh ribu...ribu...ribu...org terkorban dh... alasan ni laa depa pakai utk serang negara Islam...