Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Nasihat Al-Ghazali


Veteran

Status: Offline
Posts: 42
Date:
Nasihat Al-Ghazali


Al-Ghazali nasihat jangan buang masa cari kebesaran diri


IMAM Al-Ghazali atau Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad Al-Tusi as-Shafi juga dikenali sebagai Ibn Al-Sam'ani. Beliau ialah tokoh tasawuf, usuluddin dan perundangan Islam ulung serta guru yang agung.




 


Melalui karya agungnya Ihya Ulumuddin, Al-Ghazali memimpin dan mengembalikan umat Islam kepada dasar asalnya dengan mencantumkan ilmu fikah, ilmu kalam dan ilmu tasawuf.

Al-Ghazali banyak meninggalkan pedoman berguna hingga hari ini.

Al-Ghazali ketika menasihati anaknya berkata: “Wahai anak! Nasihat itu mudah, yang sulit adalah menerimanya.

Hal ini kerana terasa pahit oleh hawa nafsu yang sememangnay amat menyukai segala yang terlarang, terutama di kalangan penuntut ilmu yang membuang-buang waktu dalam mencari kebesaran diri dan kemegahan duniawi.”

Iman Al-Ghazali dalam menjelaskan proses pendidikan (merujuk kepada soal mendidik akidah) berkata, ia terbahagi kepada empat tahap iaitu:


  • Mestilah dimulakan dengan hafaz.


  • Kemudian diikuti dengan proses memahaminya iaitu dengan membentuk kefahaman menerusi cara mendedahkan pengertian isi kandungan akidah itu sedikit demi sedikit.


  • Selepas itu diiktikadkan dengan penuh kepercayaan.


  • Ditasdiqkan (dibenarkan) dengan penuh keyakinan.

    Dalam tulisannya, Iman Al-Ghazali ada menyatakan: "Sesungguhnya badan anak Adam diibaratkan seperti jala yang digunakannya untuk mengusahakan segala amal dan perbuatan yang baik.

    Apabila dia berjaya dalam tugasnya di dunia dan kemudian mati, maka itu sudah mencukupi untuk dirinya.

    Dia tidak memerlukan kepada jala itu lagi, iaitu badan yang dipisahkan oleh kematian.

    “Kematian akan melenyapkan keinginan kepada dunia, apa yang diinginkan adalah amal salih untuk menjadi bekalan kuburnya. Jika bekalan itu berada di sampingnya terasa kekayaannya.

    “Sebaliknya, jika ia tidak mempunyainya, sangat malang baginya dan ia akan minta untuk kembali ke dunia bagi mendapatkan balik bekalannya."


  • __________________
    "Perjalanan yang panjang menjanjikan sejuta pengalaman, sebentar terlena menuju kesesatan"
    Page 1 of 1  sorted by
     
    Quick Reply

    Please log in to post quick replies.

    Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


    Create your own FREE Forum
    Report Abuse
    Powered by ActiveBoard