Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: JaNgaN KetAWa


Veteran

Status: Offline
Posts: 42
Date:
JaNgaN KetAWa


Dari : Riwayat Abu Daud

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !"

i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.

ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.

iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:

a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .

b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.

c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.

d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.

e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.

f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.

g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.


__________________
"Perjalanan yang panjang menjanjikan sejuta pengalaman, sebentar terlena menuju kesesatan"


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Assalamualaikum...

dulu ada org ternama memperlekehkan nabi...
ada kaa patot dia kata zaman dulu² xdak pisau cukur tu laa pasal nabi x cukur janggut...
maknanya celaka laa org yg memperlekehkan nabi tukan...

__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

As'kum,sama lah dgn org melayu sekarang yg semakin berubah,ni tgh azan,mereka ckp mereka nak balik sembahyang tapi lepas ckp tu dia gelak dan ckp "SGT",masyaallah,mereka dah lupa yg mereka ni ISLAM,dan perkara2 ini tidak boleh dipermain2kan..


"BERJUANG DEMI AGAMA,BANGSA,dan NEGARA..


w'slm..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard