Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak
lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin.
Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.
Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya, "Macam mana percutian kita kali ni?"
Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah,""Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"
"Ya,"
Bertanya lagi si ayah, "Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?"
Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,
"Kita ada dua ekor anjing dan mereka ada empat. Kita ada kolam
yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak
berpenghujung.
Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam. Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga ke kaki langit,"
"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai
padang yang sangat luas saujana mata memandang. Kita ada pembantu untuk
membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta.
Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding
sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka,"
Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya. Si anak tersebut
kemudiannya berkata,
"Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita,"
miskin,kaya,tiada bezanya,yg penting kita kena belajar dari cerita ni adalah keikhlasan hati,ingat kita semua manusia,rupa lain tetapi pereka yg sama,iaitu ALLAH,ingat2 lah,pangkat,kenamaan,tiada gunanya,pentingkan suruhan allah dan jalankannya,jgn lah kita melanggar larangan allah..