Assalamualaikum... JOHOR BAHRU: Majlis Fatwa Johor mengarahkan lapan barangan termasuk jubin yang tertera tulisan ‘Allah’ supaya membuang, menukar atau menampal kalimah suci itu selepas difatwakan sebagai haram dan masyarakat Islam perlu mengelak daripada membeli atau menggunakannya, mulai semalam. Majlis Fatwa Johor mendapati jubin itu mungkin digunakan di kawasan pejalan kaki, tandas, pejabat dan pusat beli-belah diharamkan penggunaannya. Sehubungan itu, Majlis Fatwa Johor meminta pengilang, pembekal, pembeli dan orang ramai tidak lagi menggunakan jubin berkenaan kerana dianggap menghina ayat suci. Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut, berkata pengharaman itu berkuat kuasa semalam selepas pihaknya menerima aduan orang ramai pada 18 Jun lalu mengenai jubin yang ada kalimah ‘Allah’. Beliau selaku Pengerusi Majlis Fatwa negeri, berkata pengguna Islam juga perlu peka dengan penggunaan jubin itu dan bagi menjaga kesucian kalimah ‘Allah’ mereka perlu membuang, menukar atau menampal ayat suci itu. “Mereka juga boleh memulangkan jubin itu kepada kami untuk tindakan selanjutnya,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Fatwa Johor di Kompleks Islam di sini. Turut hadir, Timbalan Mufti negeri, Datuk Mohd Tahrir Samsudin. Nooh berkata, antara barang lain yang diharamkan penggunaannya ialah kain bercorak batik yang ada kalimah ‘Allah’ dan ‘Bismillah’. “Kain ini bercorak batik dan apabila diteliti kami dapati ada kalimah suci,” katanya. Selain itu, beliau berkata, kain yang boleh dibuat sarung bantal serta kain cadar yang ada kalimah ‘Allah’ dan salib bersebelahannya juga diharamkan. “Kita dapati beberapa peniaga menjual barangan ini secara meluas tanpa mengambil kira kesucian ayat al-Quran. “Selain itu selipar yang ada kalimah ‘Allah’ dengan tulisan khat Kufi di tapaknya juga diharamkan. “Selipar berjenama Maybach dan Bowling ini diharamkan dipakai kerana tapaknya ada kalimah ‘Allah’,” katanya. Menurut Nooh, Jabatan Mufti juga mengesan ada pakaian kanak-kanak dan dewasa menggunakan kalimah Allah dan ayat suci al-Quran. “Pakaian ini kalau dibawa masuk ke tandas adalah haram dan tidak sepatutnya dipakai,” katanya. Selain itu katanya, Jabatan Mufti turut mengesan sejadah mempunyai lambang salib. “Lambang salib ini, apabila umat Islam sujud betul-betul diletakkan di atas dahi,” katanya. Menurutnya, umat Islam perlu mengelakkan penggunaan semua barangan tenuk kerana ia menghina Allah dan mencemari kesucian agama. “Jika umat Islam tidak yakin, ia boleh diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah atau Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) untuk dimusnahkannya,” katanya. Ditanya sama ada terdapat tempoh masa untuk pengguna yang memiliki barang itu menyerahkan atau memusnahkannya, Nooh berkata, sebaik Majlis Fatwa memutuskan barangan itu haram, ia tidak boleh digunakan sama sekali. Katanya, penguatkuasaan terhadap penjualan barangan itu adalah bidang kuasa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan ia akan dirampas jika masih ada peniaga yang menjualnya.
Aku pernah tengok kes macam ni kat laman web BRUNEI dulu...
Bagus jugak negara kita dah ambil pendekatan sama....
__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............