Dahulu Mawi; Seorang qari yang pernah melunakkan bacaan al-Quran. Antara petikan surah yang pernah dibaca dan dilalui sepanjang hidupnya: "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman; hendaklah mereka menahan (merendahkan) pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat" (Surah An-Nur ayat 30).
Dan mengakhiri surah-surah yang dibaca sambil duduk bersila penuh tertib dan adabnya.
Kini Mawi Qari yang sama memerdukan dan menyaringkan nyanyian Antara petikan lagu dendangannya: "siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati tiada memikat...Aduhaiiiiiiiii...lemah lembut gayanya..." (lagu penyanyi lama)
Dan mengakhiri lagunya sambil menari lantas memandang tepat ke arah wanita yang berdiri di sisinya.
Pandangan Kedua (2)
Dahulu Mawi seorang bilal yang pernah melaung azan sambil berdiri tegak Antara terjemahannya membawa erti "...menuju kejayaan"
Kini Mawi Bilal yang sama menyanyi lagu tema rancangan sambil menari rancak Antara alunannya berbunyi "...menuju puncak".
Pandangan Ketiga (3)
Memetik kata Mawi " ....dia mesti bertudung..."
Dengan petikan itu maka; 1.Tudung Mawi diberi nama dan laku diniagakan 2. Seorang peserta bukan Islam memakai tudung secara bergurau lantas mengejar Mawi 3. Seorang juri wanita Islam yang tidak bertudung tidak semena-mena memakai tudung berbentuk selendang di kepala seraya berkata "saya kalau nak komen Mawi mesti pakai tudung..."
Lantas disambut gelak hilai, sorakan, teriakan dan jeritan penonton menyambung gurauan dan perbuatan main-main ke atas tudung ini.
Main-main dengan hukum Allah.
Pandangan Keempat (4)
Fanatik, penyokong dan penonton Islam Mawi akan mempertahankan Mawi habis-habisan apabila dimaki tetapi apabila Nabi dan agama Islam sendiri dicaci, di mana kalian 'bersembunyi' selama ini?
Pandangan Akhir
Apa pendirian anda tentang fenomena ini?
Saya tinggal kilasan ini untuk direnungi dan dihadami bersama.
Saya pernah dinasihati oleh rakan-rakan agar tidak melawan arus. Sambung mereka Arus 'TsuMawi' ini boleh menyebabkan kau 'mati'!!!
Akhirnya jawab saya "biarlah saya 'mati' dan mati kerana Ilahi."
tak salah nak berhibur tapi jangan la.... sampai fanatik sangat. sampai hukum agama pun leh wat main main.... sapa nak kita salahkan?? tepuk dada tanya iman...
Inilah yang dikatakan fenomena TSUMAWI.........hehehe...
Harap-harap MAWI khususnya dan kita semua amnya kembali ke jalan yang diredhai ALLAH...
__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............
As'kum,betul gak,tepuk dada tanya iman,apa nak jadi sekarang nie,semuanya dah berubah,tak mereka tau yg allah tu lebih besar dan lebih penting dan kacak dari Mawi,dan patutnya mereka perlu tau yg allah juga telah mencipta mereka,bukan Mawi,pasal tudung pula,masyaallah,patut ke dia cakap cam tue,kalau la saya jadi Mawi tue saya dah ceramahkan dia,tak kisah la dia pengkritik ke siapa ke,tapi Mawi hanya tunggu dan tgk,itu la cerita nye,semua telah lupa diri dan lupa akan allah sentiasa memerhatikan mereka,saya tak la baik sgt,tapi leh berfikir yg AGAMA tidak boleh buat main2 dan menghina,kerana kita sebagai umat ISLAM,yg memegang teguh pada AGAMA patut tau yg ape yg telah tulis dlm al-quran itu adalah hukum dan patut dibuat jika tidak berdosa,saya minta maaf kalau ade tersilap ckp atau tersinggung sesiapa,berjuang demi AGAMA,BANGSA,dan NEGARA..
sebenarnya biala depa nak idup lagu mana pun... selama ni mawi idup ssh bukan kita semua dok bantu, manalah tau dgn idup camni dia buleh bantu kluarga... jadi cuba pikiaq skit betapa besarnya pahala dia bantu kluarga... mgkjin ada yg kata "ala klu dgn duit menyayi tu berdosa tau" tp adakah kita pikir, duit tu la yg dia bakal bantu keluarga dia n diri dia, mungkin utk hamba allah yg lain juga. jadi kalau takat kita dok sembang tu la, inila, melalak la, berzanji la... kita cuma mampu berkata tanpa membuat apa2... marilah kita doakan supaya dia mampu menjadi penyayi yg membawa "world music" smg, attitude yg ada padanya (yg baik) menjadi ikutan para belia.. smg belia kita akan kenal apa itu muqaddam, apa itu al-quran... insyaallah..