Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Melayu terus bergayut dengan bantal busuknya


Veteran

Status: Offline
Posts: 57
Date:
Melayu terus bergayut dengan bantal busuknya


MANUSIA lahir dengan tangan kosong. Manusia juga akan kembali dengan tangan kosong. Sepanjang perjalanan kehidupan daripada saat lahir ke detik kematian, seseorang itu menghimpun segala-galanya – daripada harta benda, anak pinak, ilmu pengetahuan, amal baik dan buruk, dosa serta pahala.


Antara harta seorang bayi ialah botol susunya, kemudian pada zaman kanak-kanak ada bantal busuk, seterusnya ada permainan, beg sekolah, waktu bujang ada bilik sendiri, kemudian kereta, rumah, saham dan akhirnya meninggalkan dunia fana ini dengan harta bernilai berjuta-juta ringgit. Sesetengahnya pula meninggalkan dunia tanpa apa-apa selepas diisytiharkan muflis.

Jika sesetengah kanak-kanak tidak lekang dengan bantal busuknya, demikian juga orang Melayu, tidak selesa untuk meneruskan kehidupan tanpa idolanya.

Daripada zaman kecilnya sehinggalah hampir ke liang lahad, sebahagian Melayu memerlukan wira, idola, tokoh, legenda dan ikon semasa untuk dijadikan dahan, tempat berpahut sama seperti seorang kanak-kanak mendambakan bantal busuknya.

Keperluan orang Melayu untuk bergantung kepada legendanya, tergambar daripada perbualan penulis dengan beberapa orang pelawat Perigi Hang Tuah ketika berehat-rehat di beranda Masjid Duyong, Melaka selepas solat zuhur baru-baru ini.

Mereka bertanya, adakah penulis orang tempatan, dan kemudian memuji, berkata orang Kampung Duyong adalah keturunan Hang Tuah, pahlawan Melayu termasyhur itu. Secara kebetulan sumur lama yang digelarkan ‘Perigi Hang Tuah Tuah’ ada di kampung itu.

Kehebatan dan kemasyhuran Hang Tuah menjadi idola orang Melayu, dulu dan sekarang, terutama kepada yang berpegang kepada slogan ‘dulu, kini dan selamanya’.

Penulis tersenyum sendirian, teringat satu kisah yang ditulis berdasarkan satu tinjauan sendiri di 'kampung Hang Tuah' itu hampir 20 tahun lalu.


Berdasarkan tinjauan dan daripada perbualan orang-orang tua kampung itu, apa yang dinamakan ‘Perigi Hang Tuah’ itu sebenarnya tidak wujud sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Telaga dihebohkan sebagai ‘Perigi Hang Tuah’ itu hakikatnya hanyalah tempat mandian dan sumber air penduduk bernama Mat Segel dan keluarganya pada zaman sebelum merdeka.

Ia menjadi masyhur selepas airnya dikatakan menjadi penyebab sembuhnya penyakit seorang pelawat dan bertambah terkenal apabila dikepung dan dibina tembok di sekitarnya oleh seorang tabib Cina yang digelar penduduk kampung sebagai ‘Nyonya Lilin’ pada tahun 60-an dan 70-an.

Tetapi disebabkan orang Melayu bagaikan kanak-kanak yang memerlukan bantal busuknya, maka perigi lama itu ‘dinaik taraf’, sekali gus diiktiraf sebagai ‘Perigi Hang Tuah’, dan dicatatkanlah kononnya di perigi itulah Hang Tuah mandi-manda manakala di kawasan sekitarnya adalah tempat Hang Tuah membesar.

Hang Tuah adalah idola dan ikon Melayu. Sama ada dia benar-benar hidup atau wujud sebagaimana yang digambarkan (keperkasaan dan kehebatan), perkara itu tidak dapat dibuktikan. Tetapi Hang Tuah tetap membawa kehebatan dan keperkasaan Melayu yang juga mahu dikaitkan dengan keturunan Iskandar Zulkarnain yang turun di Bukit Seguntang dan Mahameru.

Zaman berubah, sepanjang sejarahnya, Melayu berusaha mendekatkan diri dengan idolanya. Idola Melayu turut berubah daripada Hang Tuah yang digambarkan sentiasa berkeris kepada ‘pahlawan’ Melayu berkot dan bertali leher atau berpakaian Melayu bersampin dengan ‘brief case’ dan ‘hand set’nya.

Melayu baru adalah jelmaan Melayu lama. Ia tidak berubah sepenuhnya kerana sebahagian ciri, sifat dan sikapnya masih kekal. Ia masih mengekalkan pemujaan idola Hang Tuahnya (perhatikan bagaimana Melayu baru tetap bangga dengan keris seperti yang dipertunjukkan dalam perhimpunan agung sebuah parti Melayu), dan juga sikap PhDnya (perasaan hasad dengki) tetapi mencari idola sampingan untuk disesuaikan dengan zamannya.

Melayu baru mungkin menjadikan tokoh seperti Dr Mahathir Mohamad sebagai idola. Tetapi pencarian itu tidak berakhir di situ. Mereka masih dan akan terus tercari-cari, maka lahirlah idola untuk menjadi pegangan kelompok-kelompok tertentu seperti Nur Amalina kepada budak sekolah, Nurhaliza sebagai artis 'bersopan' dan kini Mawi daripada Akademi Fantasia yang turut dibahaskan secara panjang lebar pelbagai pihak termasuk oleh profesor universiti.

Melayu dambakan wira, idola, mentor

Melayu baru yang mendakwa kontemporari masih mengekalkan cara hidup Melayu lama, jadi tidak hairanlah semoden mana seseorang Melayu itu, ia mengekalkan ‘apa-apa yang diajarkan datuk neneknya’ seperti adat bersanding, kenduri kendara dan menghidupkan budaya lama berdondang sayang, mak yong, berkuda kepang dan mendendangkan lagu unsur khurafat seperti Ulik Mayang atau Puteri Santubong.

Dalam pencarian Melayu terhadap hero (wira), mentor,idola, tokoh korporot dan politik sanjungan untuk menjadi payung dan sandarannya, ada sejenis lagi Melayu yang mencari pelindung di kalangan manusia sesat bertopengkan agama; ada yang mengaku Rasul, Nabi umat Melayu, Ayah, Penyelamat dan sebagainya.

Mungkin Melayu yang begitu sibuk mencari hero, idola dan mentor inilah menjadi penyebab mengapa rancangan realiti TV kini macam 'pisang goreng panas'.

Manusia Melayu yang bertuhankan sesama insan, harta benda, wang ringgit, pangkat, nafsu serakah dan iblis syaitan ini adalah kemuncak kepada pergantungan kepada idola seperti yang menjadi amalan sesetengah orang Melayu. Tidak hairanlah jika banyak Melayu baru ‘kaki ekor’ (tahi judi) dan ramai pula membiarkan banyak masjid besar dan indah, kosong pada kebanyakan waktu.

Slogan-slogan seperti ‘hanya……saja mampu buat itu dan ini. Hanya ……saja yang mampu memerintah negara adalah antara manifestasi kebergantungan orang Melayu kepada idola dan pujaannya (ini termasuklah parti politik).

Slogan berbentuk indoktrinasi inilah sebahagian faktor penghalang minda Melayu untuk berkembang dan keluar daripada kepompong menyanjung idolanya sama seperti seorang kanak-kanak yang berpegang kejap kepada bantal busuknya.

Sejak kecil sehingga dewasa dan seterusnya tua, kebanyakan manusia Melayu menerima apa saja yang disogokkan tanpa berusaha menyelidiki kebenaran atau hakikat sesuatu perkara itu.

Kebanyakan menggunakan alasan, ‘itu adalah ajaran datuk-nenek (budaya) kita’ sedangkan dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 170, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: ‘Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah,’ mereka menjawab: ‘(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami.’ “(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?”

Indoktrinasi ke atas orang Melayu begitu berkesan sehingga sebahagiannya tidak bergerak akal fikiran mereka – asyik memikirkan laba dunia – dengan semata-mata berpegang kepada idola, tidak lebih daripada kanak-kanak yang mahukan bantal busuk mereka sekalipun ia hapak, busuk dan meloyakan.

Jika tiada ajakan paradigma Melayu, orang Melayu dikhuatiri akan terus kekal hanyut dengan idolanya itu tidak kira dalam apa bidang pun, sama ada politik, ekonomi, budaya dan sebagainya sekalipun parti Melayu terbesar di dunia terus bersidang saban tahun.

Selagi Melayu tidak meninggalkan slogan ‘……dulu, kini dan selamanya’, jangan harap Melayu lama akan bertukar Melayu baru yang hidup bertunjangkan al-Quran dan hadis, bukannya menghunuskan keris lama ke udara seperti idola lamanya, Hang Tuah!



__________________
Tuah setia pada raja,Jebat pembela saudara


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Panjangnya...Berpinau mata nak bacanya...


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 215
Date:

saya rasa org melayu ni kurang penerapan roh/semangat/identiti melayunya...
sbb itu kita muda sgt terima sogokan sogokan luar...

itu yg menyebabkan kita lemah sekarang ni.

Dan bagi pandangan saya,kita perlu ada identiti sendiri....identiti melayu yg bukan kita ciplak....yang bukan kita ikut....cara kita sendiri.

Jadi saya mencari cari roh melayu dahulu dalam diri saya....hayati macam mana org melayu dari zaman kita hidup....bawak dari zaman mula tanah semennanjung sampai skrg.
cara melayu bekerja,perwatakan.pemikiran,berhibur,dll.....tapi nak try amik yg jernih saja (walaupun kadang2 tu yang keruh pun saya sapu jugak...heheheheh).....

org melayu kita ni,dari perspektif saya yang lemah dan daif ni la kan.....kita patut kaji nasab kita...keturunan kita...dari mana nenek moyong keluarga belah bapak dan emak kita....baru kita boleh paham dan halusi peribadi kita sendiri.Betul tak cara saya ni?....


__________________
I've sworn the 36 oaths_\l/_ /l\ I


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Assalamualaikum...

ni laa masalah org Melayu kita skang ni...
suka mengagung²kan bangsa asing drpd bangsa sendiri...
kononnya bangsa x bagus mcm bangsa lain dr segi filem sampei laa segala² jenis yg ada kat M'sia ni...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 221
Date:

Ang_Loong wrote:


saya rasa org melayu ni kurang penerapan roh/semangat/identiti melayunya... sbb itu kita muda sgt terima sogokan sogokan luar... itu yg menyebabkan kita lemah sekarang ni. Dan bagi pandangan saya,kita perlu ada identiti sendiri....identiti melayu yg bukan kita ciplak....yang bukan kita ikut....cara kita sendiri. Jadi saya mencari cari roh melayu dahulu dalam diri saya....hayati macam mana org melayu dari zaman kita hidup....bawak dari zaman mula tanah semennanjung sampai skrg. cara melayu bekerja,perwatakan.pemikiran,berhibur,dll.....tapi nak try amik yg jernih saja (walaupun kadang2 tu yang keruh pun saya sapu jugak...heheheheh)..... org melayu kita ni,dari perspektif saya yang lemah dan daif ni la kan.....kita patut kaji nasab kita...keturunan kita...dari mana nenek moyong keluarga belah bapak dan emak kita....baru kita boleh paham dan halusi peribadi kita sendiri.Betul tak cara saya ni?....

TEPAT SEKALI BRO ANGLONG...:biggrin:

__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214 "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:

alhamdulillah...


terima kasih bebanyak. satu posting yang begitu tinggi nilai ilmu nya bagi saya.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 215
Date:

apa yang tepatnya sufian?


sebenarnya dari artikel tu banyak lagi yg kita boleh bincangkan iaitu,penerimaan terus suapan fikiran ke dalam minda org org melayu (agama,sosio-ekonomi,adat budaya dan agama Islam),kenapa org melayu suka sangat hiburan?,hero atau idola2 yg dipuja dan dikeramaykan oleh org melayu,kenapa org melayu perlu ada anjakkan paradigma dan bagai mana, apa makna dahulu,kini dan selamanya (yg tersurat n tersirat)...etc...etc...


Saya hairan jugak knp topik topik sebegini menarik tidak dijadikan sticky...dan akhirnya hilang....sayang sekali.Mungkin kerana topic ini kurang menarik sbb mungkin tak da unsur hiburan.Sepatutnya tajuk posting ini perlu diubahsuai kpd Mawi terus bergayut dengan bantal busuknya...Mungkin org melayu lebih berminat untuk membaca,betul tak?....jadi?Cubalah...!


 


 



__________________
I've sworn the 36 oaths_\l/_ /l\ I


Senior

Status: Offline
Posts: 221
Date:

TEPAT BERITANYA...


tepat faktanya... kena kat batang hidung aku...



__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214 "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard