Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Renungkan


Veteran

Status: Offline
Posts: 82
Date:
Renungkan


Jalan di situ berlopak-lopak besar, terhinjut-hinjut toyota ini
dilambung
graviti. Ery duduk disebelah sudah   berapa kali bangun tidur,
dengkurnya
makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap
radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya. Aku
terpaksa
memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor,
beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di
muka
berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli. Ada
orang
tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin
kereta, melepaskan rengusan garang.


  Ery  sudah  bangun,  mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar.
Mengeluarkan
bunyi  seperti  kerbau.  Perempuan  sial,  sopannya  cuma  didepan 
jantan,
tersipu-sipu  dan  bersimpuh  malu.  Hipokrit  ini  cuma  tahu bersolek
dan
berdandan  bila  mahu  keluar, di rumah dia seperti perempuan baru
beranak,
t-shirt  goboh  dengan  kain  pelekat senteng dan rambut usai seperti
orang
gila,  mengeluarkan  bau  hapak  dan  masam.  Ada sebuah jeti buruk
disitu.
Beberapa  nelayan  baru  sampai  dari  laut di sambut peraih-peraih
buncit.
Memunggah  ikan.  Ery  sudah separuh menggelepar diluar meliar mata
mencari
shafik,  tunangnya.  Aku  duduk sahaja di dalam kereta, aku bencikan
pantai
hanyir  seperti  ini.  Beberapa  gadis  bertudung labuh lalu dengan
menaiki
basikal  dan memberi senyuman. Aku hempas pintu  serta merta. Memang
benar.
Perempuan  kolot  seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat
busuk
ini.Tolol! 

    Kemudian,  datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku
sedikit
marah, mengetap bibir.


"Nak apa?!"  Dia terketar terkejut, sedikit berundur.


  " Assalammualaikum Nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."


  Dia  bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan
seperti
takut.  Di  tangannya  ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala
koyak di
bahu.  Baju  kemeja  kusam  koyak  di  poket, cuma dibutang dua
menampakkan
dadanya  yang  leper  ditolak  tulang selangka. Seluar hijau pudar
senteng.
Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan.


"  Basuh  sajalah, tapi, awas. Kalau calar kereta aku. Tahulah macamana
aku
nak   ajar   kau."    Berkata   sambil  meliarkan  mata  pada  Ery. 
Tengah
tersengih-sengih  meramas-ramas  tangan  dengan  tunangnya  itu. Duduk
pula
bersimpuh,    membelai-belai  rambut.  Boleh  pula  kaki  yang  asyik
duduk
terkangkang di   rumah itu di tutup rapat.


  Orang  tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin
seperti
ini  tunduk-tunduk  meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia
menggosok
satu  demi  satu  tayar  kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk,
meludahkan
kahak  hijau.  Pengotor,  sial!  Aku  mengalihkan  mata  ke  pantai.
Peraih
berdekah  ketawa  menepuk-nepuk  belakang  nelayan  kurus  itu.
Menyerahkan
beberapa  ringgit.  Nelayan  itu  tersenyum  pahit. Menyelitkannya di
celah
kopiah.  Itulah,  siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar
pandai-pandai,
masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu.
Bodoh!


  " Sudah nak?E" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas
hendak
tengok,  dan bagi sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk
fakir
seperti  dia.  Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang
lama
duit  itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan
mengelap
mata dengan hujung kemeja.


"Kenapa ni? Gila?!"


  "  Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik
kelapa,
mencuci  tandas  di  restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah
pakcik
terima   upah   sebanyak   ini.   Paling   banyak   pun   seringgit."  
Dia
bersungguh-sungguh  melihat ke dalam mata aku. Timbul pula sedikit
simpati,
sedikit  sayu.  Rasa  yang  tidak  pernah  bertakung   dalam hati keras
aku
selama  25  tahun  ini. Dia melipat kecil wang itu diikat   simpul di
dalam
sapu  tangan  biru  muda.  Pergi  dengan terhinggut menangis   dengan
baldi
buruk  ke  arah sekumpulan nelayan. Aku pandang sahaja dengan   kosong.
Ini
warna  kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam   hutan
batu,
di  kota  lumpur.  Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar  
dengan
segulung  ijazah.  Bekerja  seperti orang gila untuk duit. Biarlah,  
kalau
aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja.


    Ery  memanggil  aku  dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10
minit ,
melayan meluat- melihat ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu
dan
garfu.  Kemudian,  kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua
beg
besar  hitam  berisi  barang.  Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia
boleh
membeli  barang  sebanyak  itu.  Mustahil.  Atau  dia memang ada duit
tapi,
berlagak seperti fakir. Mungkin.


  Dengan  rasa  ragu,  aku menghapirinya. Dia memberi senyum lembut dan
aku
dengan rasa curiga bertanya terus.


  "  eh,  pakcik.  Tadi  saya  bagi  lima ringgit, takkan dapat beli
barang
banyak    macam  ini?"  .   Bunyinya  seperti  meninggi. Pakcik itu
seperti
terkejut.


  Dia  diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua
beg
plastik  di  atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan
terketar.
Aku  terkedu.  Terkejut  dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan
tadi
dan membuka simpulannya.


  Wang aku tadi, masih terlipat kemas.


  "  Nak,  pakcik  tahu.  Kami  ini  orang susah, nak. Hidup seperti
najis,
dibuang   dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah
ini
semula.    Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih
tinggi
dari  kamu    orang  kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga
diri
kami masih  kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah
memijak
harga  diri   pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual
sial
yang berpura-pura susah?EAmbillah semula,nak."


  Pakcik   itu   meletakkannya   di  atas  tangan  aku,  dan  aku 
menolak,
berkali-kali.    Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak
mahu
menyentuh   langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.


  "  Lihat,  itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi
jangan
sampai  ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan
kita
angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan.


  Pakcik  kutip  ikan-ikan  kembung  pecah  perut ini yang sudah
dibuang ke
tepi.    Dengan  bangkai  busuk  ini pakcik sambung hidup anak-anak
pakcik,
jangan  sampai kelaparan, jangan mati."


  Mendatar  sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan
ombak.
Dia  terbatuk-batuk  berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima
ringgit di
hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung
lalat.


  Aku  terduduk  menangis  semahu-mahunya.  Aku  mempunyai  wang yang
boleh
membeli   segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu
yang
ada dalam diri orang tua itu.


  Harga diri.

__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

As'kum,saya tersentuh bila dgr cerita yang dimotivasikan oleh saudara,saya tahu kerana ramai yg saya tgk skrang melupakan diri pabila mempunyai wang ataupun telah mewah,hinggakan orang tua seperti dlm cerita tersebut di pandang rendah dan dipandang jijik,mengikut pandangan saya kita semua manusia,tak tgk pada pangkat,tak tgk pada taraf diri,dan tak tgk pada kemewahan,yg penting kita lihat diri kita,kita dilahirkan untuk menjalankan tugas iaitu taat pada allah dan tidak menyekutukan allah,mengikut perintah allah dan menjauhi larangan allah,pada semua org yg baca forum ini,ingat la yg kita semua manusia,walaupun rupa tak sama,tapi kita perlu ingat yg allah mencipta kita dan allah juga yang menentukan kedudukan kita semasa di akhirat nanti,ingat2 la diri dan hormatilah org2 tua anda..tima kasih juga pada saudara yg menuliskan motivasi ini dan saya menyokong saudara teruskan motivasi saudara dan sedarkan masyarakat sekarang yg makin sesat dan melupakan diri,akhir sekali teruskan forum seperti ini dan berusaha membuat forum yg lebih bagus dan menyedarkan masyarakat kini..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Senior

Status: Offline
Posts: 145
Date:

dengan adanya bnyk wang boleh membuatkan manusia lupa akan dirinya.. isk, insaf..insaf..

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 82
Date:

sama samalah kita ingat mengingati....

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 39
Date:


Zee wrote:





As'kum,


saya tersentuh bila dgr cerita yang dimotivasikan oleh saudara,saya tahu kerana ramai yg saya tgk skrang melupakan diri pabila mempunyai wang ataupun telah mewah,hinggakan orang tua seperti dlm cerita tersebut di pandang rendah dan dipandang jijik,mengikut pandangan saya kita semua manusia,tak tgk pada pangkat,tak tgk pada taraf diri,dan tak tgk pada kemewahan,yg penting kita lihat diri kita,kita dilahirkan untuk menjalankan tugas iaitu taat pada allah dan tidak menyekutukan allah,mengikut perintah allah dan menjauhi larangan allah,


pada semua org yg baca forum ini,ingat la yg kita semua manusia,walaupun rupa tak sama,tapi kita perlu ingat yg allah mencipta kita dan allah juga yang menentukan kedudukan kita semasa di akhirat nanti,ingat2 la diri dan hormatilah org2 tua anda..


tima kasih juga pada saudara yg menuliskan motivasi ini dan saya menyokong saudara teruskan motivasi saudara dan sedarkan masyarakat sekarang yg makin sesat dan melupakan diri,akhir sekali teruskan forum seperti ini dan berusaha membuat forum yg lebih bagus dan menyedarkan masyarakat kini..





Dah jelas kebaikan dari wadah ini, laman web dan forum ini. Oleh itu terimalah sokongan padu dari saya juga. motivasi sebegini lah yg kita cari selama ini, bukan dok asyik cerita tiga L**e lah, 3* la, 2* laaa, me**h, lah P***h la... Pe***a laa, P***ma la... habis tersirat tersurat berterabur dan berselerak.


Sendiri yang buat silap tak pandai jaga diri, lepas tu nak salahkan web master lak, nak arah tutup web lak... SAYA TAK SETUJU BETUL PENDIRIAN SEBEGINI ...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:

sayu~

__________________
...


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:

ok_ery wrote:


sama samalah kita ingat mengingati....

insyaallah. Tegur juga saya jika esuk lusa saya tersilap. paling takut sekali kesilapan saya menyebabkan web ini di tutup, kerana dari web ini lah saya dapat petunjuk jalan yang lurus seperti sekarang.

__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

As'kum,insyaallah kalau org tau akan laman web ini,ramai yg akan sedar akan zaman sekarang ni semakin maju dan mewah,tapi mereka lupa akhirat itu lebih MEWAH dari dunia,dunia hanya sementara tapi akhirat untuk selama2nya,saya walaupun baru join dalam forum ini,tapi saya byk baca ttg bahagian motivasi ini,byk mengajar kita ttg menjaga diri dan jgn lupa siapa diri kita,insyaallah kalau saya bleh beri idea saya akan cuba,yg penting kita sama2 berjuang demi agama,bangsa dan negara,jgn sesekali lupa siapa diri kita,dan sentiasa ingat allah sentiasa melihat kita,dan mendengar tutur kata kita,akhir sekali saya minta maaf kalau ader tersalah cakap atau tersinggung sesiapa,renungla masa depan dan masa di akhirat nnt,w'slm..berjuangla demi agama,bangsa dan negara..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Renungkan Sesuatu yang tak ternilai dan tak mampu dimiliki walau dengan segunung emas... "Maruah & harga Diri... "
Demi Agama Bangsa & Tanahair...

__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

As'kum,


Moga2 yg tesesat itu dibukakan hatinya untuk berubah,insyaallah dgn didikan dan kekuatan iman yg kuat dari ibubapa,rakan2 dan pembimbing yg membawa kita ke arah jalan yg lurus kita juga akan terikut ke arah jalan yg lurus,dan jika sebaliknya,maka sesat dan terperangkap lah manusia..


w'slm..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard