Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Perbandingan kos bina landasan kereta api Australia/Malaysia


Veteran

Status: Offline
Posts: 55
Date:
Perbandingan kos bina landasan kereta api Australia/Malaysia


PEMBACA budiman, sila buka link ini http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/asia-pacific/3449389.stm


Saya mahu membuat perbandingan kos membina landasan kereta api di Malaysia dan Australia. Pembinaan jalan kereta api Australia dari Alice Spring ke Darwin untuk jarak 1,410 km berharga A$1.3bilion bersamaan RM3.64 bilion (A$1=RM2.8).

Kos pembinaan landasan kereta api KL-Penang dengan jarak sekitar 360 km yang diumumkan pada tahun 2002 selepas 'dikira semula'ialah RM13.9 bilion (Kos asal disebutkan menjangkau RM18 bilion)?

Pada perkiraan saya, Kerajaan Australia boleh bina jalan kereta api KL-Penang (360km) dengan kos hanya RM0.93 billion!!!

Perlu diingatkan bahawa landasan kereta api KL-Pulau Pinang ini sebahagian besarnya dibina di atas tanah rezab KTM sedia ada, dengan sedikit sahaja pengambilan tanah awam dan estet.

Pada masa ini, kerajaan hanya membina fasa sehingga ke Ipoh, dan fasa seterusnya ke Pulau Pinang ditangguh sementara.

Saya rasa untuk RMK-9, kerajaan mungkin menyambung semula fasa seterusnya, mungkin dengan kenaikan kos berlipat ganda akibat kenaikan harga minyak dan sebagainya.

Saya berharap ada pihak dapat memberitahu rakyat Malaysia berkenaan rompakan terbesar kereta api yang lebih besar dari kisah legenda Barat 'The Great Train Robbery' yang pernah difilemkan pada tahun 1903. Terima kasih. Allahuakbar!!! - lanh



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

perlu jelas................


landasan berkembar? ketapi letrik / biasa? tanah rata, sungai, paya?


anyway tq beb



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard