Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Apakah pak lah setuju dengan islam hadhari cara ini?????


Veteran

Status: Offline
Posts: 55
Date:
Apakah pak lah setuju dengan islam hadhari cara ini?????


Tindakan JAWI bertentangan dengan Islam Hadhari!



Perspektif daripada sebelah sana...
----------------------------------------
Serbuan di Zouk:
Tindakan JAWI bertentangan dengan Islam Hadhari!
Oleh Sharifah Shahirah Syed Barakbah

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk melahirkan rasa simpati terhadap Jeslina Hashim, seorang artis yang terlibat dalam satu serbuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di kelab Zouk di Kuala Lumpur baru-baru ini. Saya juga turut bersimpati dengan lebih kurang 100 orang pemuda dan pemudi yang turut ditahan oleh JAWI.

Saya ingin jelaskan di sini bahawa serbuan dan tangkapan yang dibuat oleh JAWI ini amat bertentangan dengan konsep Islam Hadhari. Islam Hadhari yang bertamadun tidak pernah membenarkan seseorang diperlakukan dengan kasar oleh pegawai-pegawai JAWI apatah lagi dia ditahan di tempat yang jelek bagi seorang Islam untuk kunjungi serta dalam keadaan yang mengaibkan sehingga mendapat layanan seperti seorang ‘banduan’.

Saya ingin mempersoalkan mengapa tiada peraturan yang jelas mengenai pengunjung yang dibenarkan pergi ke pub-pub atau kelab-kelab malam, adakah orang Islam dibenarkan? Apakah pakaian yang dibenarkan? Mengapa tidak dijadikan ia peraturan, dan jika sesiapa yang langgar peraturan tersebut?

Ini tentunya membawa maksud tindakan ini amat bertentangan dengan Islam Hadhari. Islam Hadhari yang memfokuskan tentang ketamadunan bangsa dan kemajuan negara tidak pernah menyalahkan individu apabila individu terbabit tidak menutup aurat. Apatah lagi jika seseorang itu memakai baju tanpa lengan. Ini kerana individu terbabit bukanlah seksi sehingga meniru artis barat yang terang-terangan lari dari nilai ketimuran.

Islam Hadhari juga tidak mengharamkan hiburan kerana pemuda-pemudi Islam juga wajar mendapatkan hiburan selepas penat lelah bekerja atau belajar di siang harinya. Apakah mereka bersalah sekiranya mereka ingin bersuka dan berhibur sambil mendengar lagu kesukaan mereka secara ’live’?

Tindakan JAWI itu telah mencemarkan imej Islam Hadhari yang tentunya melarang seseorang menghina remaja wanita berikutan pakaian mereka yang dikatakan kurang sopan dan tidak membenarkan salah seorang daripada mereka ke tandas untuk membuang air kecil.

Saya amat menyokong tindakan yang diambil oleh kepimpinan Pergerakan Puteri Umno Malaysia yang menyediakan sebuah pasukan peguam untuk membantu remaja-remaja wanita yang terlibat bagi mendapatkan hak pembelaan yang sewajarnya di mahkamah.

Saya juga menyeru agar pihak JAWI atau mana-mana pihak berkuasa agama negeri supaya tidak menjalankan operasi penguatkuasaan tanpa mengikut garis panduan umum dan etika yang disediakan di samping mendapatkan aduan awam terlebih dahulu.

Saya juga mengambil kesempatan di sini mengingatkan para mufti dan agamawan tanahair khususnya Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria agar tidak membelakangi pihak berkuasa agama dengan mengeluarkan fatwa sebarangan seperti yang beliau katakan bahawa Konsert Sure Heboh TV3 adalah haram.

Saya berpandangan Konsert Sure Heboh TV3 patut diteruskan kerana ia mendatangkan keuntungan kepada syarikat televisyen terbabit yang secara tidak langsungnya menambahkan hasil pungutan cukai kerajaan.

Sekiranya pihak terbabit menganggap konsert tersebut menghalang orang ramai menunaikan solat Maghrib, orang ramai sebenarnya tidak dihalang untuk menunaikan solat Maghrib sebelum menyaksikan konsert terbabit.

Saya berharap kejadian yang memalukan sebegini rupa haruslah dijadikan iktibar oleh JAWI dan pihak berkuasa agama negeri yang lain supaya ia tidak lagi berulang di masa hadapan. Marilah kita sama-sama memajukan negara kita dengan memberikan sumbangan yang lebih berfaedah.

Sharifah Shahirah Binti Syed Barakbah
Alor Setar, Kedah.
Bekas Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia - 18.02.2005

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 221
Date:

mmmm 2 x 5 dengan penyangak agama si MARINA MAHATHIR tuuu... ! entah dia pun kaki lepak tonggang terbalik kat kelab zouk tu.

__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214 "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"


Veteran

Status: Offline
Posts: 99
Date:

Setuju dengan bang suffian.... Jangan lah kondem Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria. dengaq betui2 apa dia kata..... jangan kerana kelabu mata.... Jangan tepuk dada tanya nafsu... Sendiri mau Ingat...


 Untuk peringatan diri sendiri


 Selimut Putih


Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan

Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara

Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita

Janganlah mahu disanjung - sanjung
Engkau digelar manusia agung

Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan

Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman


X



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

Dah lama dah.....
Cakap mufti ramai je nak bangkang!!

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 50
Date:

Serbuan di Zouk:
Tindakan JAWI bertentangan dengan Islam Hadhari!


Oleh Sharifah Shahirah Syed Barakbah...


SIAPA DIANI NAK BAGI KOMEN ITU DAN INI...?



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 57
Date:

Diana wrote:



Serbuan di Zouk:Tindakan JAWI bertentangan dengan Islam Hadhari! Oleh Sharifah Shahirah Syed Barakbah... SIAPA DIANI NAK BAGI KOMEN ITU DAN INI...?



Bekas Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia




-- Edited by jebatderhaka at 15:48, 2005-07-29

__________________
Tuah setia pada raja,Jebat pembela saudara


Senior

Status: Offline
Posts: 215
Date:

salam...


aku tak setuju dgn syarifah ni....Tapi aku nak cakap pasal Jeslina.Dia ni pun aku mmg dah pangkah besar2....kalau korang ingat lagi masa Sambutan Hari Bapa lepas,jeslina ada masuk iklan kat Hitz FM...kalau kluar je iklan tu aku terus tukar channel...meluat...penah nampak JesBODOlina ni berkepit dgn mat saleh (maybe yg skrg kawin dgn dia tu la.) kat KLCC ..mcm minah poyo(cantik)...tersengih2 jalan macam bangga.....pegi dah.


 



__________________
I've sworn the 36 oaths_\l/_ /l\ I


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:



__________________
...


Veteran

Status: Offline
Posts: 57
Date:

Ang_Loong wrote:



salam... aku tak setuju dgn syarifah ni....Tapi aku nak cakap pasal Jeslina.Dia ni pun aku mmg dah pangkah besar2....kalau korang ingat lagi masa Sambutan Hari Bapa lepas,jeslina ada masuk iklan kat Hitz FM...kalau kluar je iklan tu aku terus tukar channel...meluat...penah nampak JesBODOlina ni berkepit dgn mat saleh (maybe yg skrg kawin dgn dia tu la.) kat KLCC ..mcm minah poyo(cantik)...tersengih2 jalan macam bangga.....pegi dah.  



"Wah betul punya marah orang niee yea...."


Mmg betul pun encik Ang_Loong.kekadang tu mmg hangat betulllll.


Ada lagi satu jenis manusia nie bila kita ceritakan kepadanya ttg apa yang berlaku sukar untuk diterima hakikat sebenarnya.Manusia nie sebenarnya cuba untuk membutakan mata dan menulikan telinganya walhal dia tahu kemungkaran itu ada di depan mata tetapi kerana terlalu fanatik dan taksub hingga lupa ttg yang mana baik dan sebaliknya.


Mereka lebih gemar menyokong membabi buta seperti kata webmaster...



-- Edited by Sufian at 16:12, 2005-07-31

__________________
Tuah setia pada raja,Jebat pembela saudara


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 143
Date:

Keruntuhan nilai moral dalam masyarakat...Itu yang terjadi bila benda yang salah dianggap tidak salah...gunapakai konsep Machiavellen niat menghalalkan cara...Kalau Islam dah kata jangan, jadi jangan buat, jangan banyak soal...

Tau babi dan arak haram...Babi memang takder orang melayu makan tapi sesetengah orang kita arak tonggang selamber...

Maaf jika ada yang terasa...

__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. Surah Al-Anfaal. Ayat 2
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard