Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KEMPEN KURANG SERINGGIT (RM 1)


Veteran

Status: Offline
Posts: 68
Date:
KEMPEN KURANG SERINGGIT (RM 1)


Assalamualaikum..

Hari minggu yang lepas saya pergi membeli handphone untuk menggantikan handphone saya yang telah rosak. Setelah puas 'round' area Ampang dan Melawati saya akhirnya terjumpa sebuah kedai kecil menjual handphone yang dimiliki oleh 'orang kita'. Memang telah menjadi kebiasaan saya setelah akil baligh ini, untuk membeli apa saja barang yang diperlukan dari peniaga melayu walaupun kekadang kos minyak kereta untuk mencari lokasi peniaga melayu ini agak'terasa'.

Setelah terjumpa kedai tersebut saya pon berunding tentang harga apabila saya dapati harga yang diletakkan lebih tinggi sebanyak RM 50 dari harga yang ditawarkan oleh peniaga handphone berbangsa cina (yang saya survey di Ampang Point). Ketika dalam proses tawar-menawar itu, saya tanya kan "berapa boleh kurang", jawapan yang saya terima adalah seperti biasa, "tak boleh kurang abang, ini dah murah, kedai cina boleh jual murah sebab dia dapat harga lebih murah".

Saya akur dengan alasan yang diberikan, walaubagaimanapun saya tetap hendak mengajar peniaga berbangsa melayu ini untuk menurunkan harga. Melalui pengalaman saya membeli barangan dari peniaga melayu, mereka rela tidak menjual barang daripada menurunkan harga (bukan semua macam tu, tetapi kebanyakannya begitu.)

Saya meminta kurang RM 1, peniaga itu terus ketawa. Dia tanya kepada saya "tadi mintak kurang sampai RM 30 kenapa tiba-tiba sekarang RM1". Dia ingat saya bermain dengannya. Saya pun menjelaskan kepadanya tujuan saya meminta kurang RM1 adalah untuk mengajarnya supaya belajar untuk menurunkan harga walaupun sedikit, belajar untuk untung sedikit, jika tadi saya minta kurang RM30, satu sen pon dia tak kasi, sekarang saya cuma minta RM1. Saya cuma ingin menekankan kepadanya, bila menjual, jangan bongkak! RM 1 atau RM 50 tidak besar nilainya bagi saya yang ingin melihat bangsa melayu maju dan mara menguasai ekonomi. Jika peniaga berkeras tidak mahu menurunkan harga walau sedikit, pelanggan akan jadi meluat.

Peniaga itu akhirnya faham maksud saya dan memberi diskaun RM 5. Mulai saat itu, saya berazam untuk meminta kurang RM 1 apabila membeli barang dari peniaga melayu untuk memberi peluang mereka belajar untuk kurangkan untung sedikit. Untung per produk kurang, namun jika unit yang dijual lebih tinggi, untung keseluruhan akan lebih baik (semua kita tahu ini), tetapi amat susah untuk bangsa melayu melakukannya (kurangkan harga).



p/s: Mintak maaf jika ayat/penulisan saya ini sukar difahami. Saya bekerja dengan syarikat 'orang putih' sejak saya mula tamat belajar. Segala urusan dan penulisan dalam bahasa depa. tapi saya amat bangga dengan darah melayu yang mengalir dalam tubuh saya dan sedang mencuba untuk menghasilkan penulisan didalam bahasa melayu dengan cara yang betul dan 'flow' yang menarik.


"Takkan melayu hilang didunia"

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 221
Date:

satu pelajaran yang baik utk semua peniaga Melayu. R&D akan amalkan nasihat itu. Terima kasih Haikal.

__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214 "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Wa'alaikumsalam...

kalo semue org Melayu mcm saudara yg sedar diri betapa perlunya membantu sebangsa dan seagama... insyallah...x mustahil suatu ari nanti ekonomi negara dikuasai oleh org Melayu kite yg beragama Islam...


__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

As'kum,betul tu bang haikal,kebanyakkan org melayu berkira jika dirunding,tetapi cina boleh dirunding,ni kan malaysia,takkan nak tunjukkan yg melayu ni tamak?org luar pun akan naik benci dan akhirnya mereka akan mencaci hamun org melayu dan yg pentingnya ISLAM,org2 melayu zaman sekarang kebanyakkan berkira walaupun 10sen,adanya forum seperti abang ni,insyallah mana yg baca akan sedar dan ikut pandangan saya pula,kalau kita hendak membeli sesuatu ataupun yg melibatkan duit,tegur2 la org melayu yg engan berunding dan berkira..HIDUP MELAYU...MELAYU BERSATU..TAAT SETIA..


w'slm..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Senior

Status: Offline
Posts: 215
Date:

salam...


Dalam seharian,mmg kita selalu berdepan dgn pilihan harga yg pelbagai untuk sesuatu barang.Dari pengalaman,mmmg benar,peniaga cina lebih mudah berunding dan bermuka manis berbanding dgn org melayu.mereka lebih bertolak ansur dan mampu menerima keuntungan yang sedikit.Berbanding dengan peniaga melayu yang sangat memandang kepada keuntungan jualan.Pada mereka lebih baik tiada jualan daripada mendapat untung yang kecil.Kadang kadang sesetengah peniaga melayu sanggup menekan harga kepada pelanggan melayu tanpa memberi muka.Mereka seolah olah tidak pernah terfikir bahawa ada antara pelanggan mereka yang sanggup membeli barangan dari mereka walaupun bangsa lain menawarkan harga yang lebih rendah untuk barang yang sama.


Secara ikhlas,saya sokong tindakan haikal idm,kerana saya juga selalu buat macam tu( walaupun cara saya tak lah selembut haikal) tapi saya akan sedarkan juga peniaga bumi yang cuma nak jual barangan dengan harga terlalu tinggi.Org melayu memang nak cepat untung,sehingga terlupa budi bicara melayu yang terhormati.


kepada peniaga dan pengguna sebangsaku,sama samalah kita hormat menghormati dan menghargai satu sama lain...


 


 



__________________
I've sworn the 36 oaths_\l/_ /l\ I


Senior

Status: Offline
Posts: 145
Date:

amboi haikal_idm... mintak diskaun pon guna 30 ka??? heheheh jgn marah yer..

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Tips yang boleh dicuba... terima kasih...

__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

dbodyguard30 wrote:


Tips yang boleh dicuba... terima kasih...


As'kum,


..Betul tu dbodyguard,tips yg sgt beharga nilai ilmunya..


w'slm..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

selain dari kempen kurang seringgit ni.... kita boleh ajar peniaga melayu ni guna cara kos volum untung. analisis ini penting utk perniagaan membuat perancangan dan kawalan kos supay matlamat yang telah ditetapkan dapat dicapai

__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

As'kum,


Betul,kita patut tunjuk ajar pada peniaga2 melayu supaya merancang perniagaan dgn betul dan terancang..


w'slm..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard