Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya, Pernah Rasulullah saw apabila berpidato merah menyala matanya, lantang suaranya dan bersangatan marahnya, sehingga seolah-olah Baginda seorang pemberi amaran yang menyatakan kepada angkatan tentera (tentang kedatangan musuh) dengan katanya: Bahawa musuh akan datang menyerang kamu pada pagi-pagi hari dan (mungkin) pada waktu petang!; serta Baginda bersabda "(Masa) aku diutuskan dan masa berlalunya qiamat seperti dua jari ini," lalu Baginda menyatukan kedua jari tangannya - jari telunjuk dan jari tengah... serta Baginda bersabda lagi: "(Ketahuilah) selain dari itu, maka sebenar-benar perkataan ialah kitab Allah, dan sebaik-baik jalan ialah jalan pimpinan Muhammad (saw) dan (sebaliknya) sejahat-jahat perkara ialah perkara-perkara yang baharu (yang diada-adakan dalam agama), sedang tiap-tiap perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama) itu adalah bid'ah, dan tiap-tiap bid'ah itu sesat".
terlebih dahulu saye ingin memohon kemaafan sekiranya teguran saye ini mebuatkn saudare tersinggung atau berkecil hati, tetapi ini adalah untuk kebaikan kite bersame. Diharapkan saudara dpt membetulkan semule ejaan bagi tajuk posting ini kerana didapati kesalahan dalam ejaan "akabar" sepatutnye "akbar". seperti yg kita sedia maklum bahsa arab ini begitu sensetif dengan barisnya jika berubah barisnya maka berubahlah maksudnya...