Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KISAH DAJJAL DALAM HADITH


Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:
KISAH DAJJAL DALAM HADITH


KISAH DAJJAL DALAM HADITH


KISAH DAJJAL DALAM HADITH
Persoalan tentang al-ghaibiyyah, iaitu persoalan
alam ghaib yang hanya didengar melalui dalil-
dalil namun, hakikatnya hanya Allah sahaja
yang mengetahuinya.

Antara perkara berbentuk al-ghaibiyyah ialah kapal
nabi Nuh, tongkat Nabi Musa, syurga, neraka dll.
Kita tidak digalakkan untuk memperincikan
bangaimana bentuknya, bila berlaku, adakah
berjasad atau tidak serta seumpamanya. Begitu
juga dajjal yang termasuk dalam persoalan al-
ghaibiyyah.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau
berkata: Rasululah s.a.w telah berkhutbah di
hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda
banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah
bersabda: Sesungguhnya tidak ada fitnah
(kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain
daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap
Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada
mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah
nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat
yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada
generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang
sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu,
maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap
mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku,
maka setiap orang menjaga dirinya. Dan
sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang
mukmin.

Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat
antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi
manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai
hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di
sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri
Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi
sebelumku kepada umatnya.

Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya
sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah
aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan.
Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin
kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat
matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat,
bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di
antara dua mata Dajjal itu tertulis kafir, yang
dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai
membaca atau buta huruf.

Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa
syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya
syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu
panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya
dengan nerakanya, hendaklah dia meminta
pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia
membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya
itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar
Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada
orang Arab: Seandainya aku sanggup
menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama
meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku
sebagai Tuhanmu? Orang Arab itu akan
berkata: Tentu. Maka syaitan pun datang
menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya
sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun
sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: Wahai
anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah
Tuhanmu.

Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang,
iaitu dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia
katakan kepada orang ramai: Lihatlah apa yang
akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang
akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah
orang mati tadi hidup semula. Kemudian
Laknatullah Alaih itu bertanya: Siapa Tuhanmu?
Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang
beriman, menjawab: Tuhanku adalah Allah,
sedangkan engkau adalah musuh Allah. Orang itu
bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk
orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.

Kata Rasulullah s.a.w lagi: Di antara tipu dayanya
juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan
tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya
mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba
tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi
manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-
orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai
Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-
tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang
percaya kepadanya dan penduduk kampung itu
mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang
demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-
tanaman mereka pun menjadi.

Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang
tidak didatangi Dajjal, kecuali Makkah dan
Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi
oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia
hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan
Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke
pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah
bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-
orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak
tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan
pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah
menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari
pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, di antara fitnah atau tipu
daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu
tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak
beriman kepadanya), maka disebabkan yang
demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi
dan hujan pun tidak turun di daerah mereka.
Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak
mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun
beriman kepadanya. Maka disebabkan yang
demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya
menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya
menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka
mereka mudah mendapatkan air dan tanam-
tanaman mereka subur.

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w
bersabda: Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-
tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta
dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai.
Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang
amanah tidak dipercayai.

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w
ada bersabda: Bumi yang paling baik adalah
Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia
dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup
memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal
(di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali.
Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki
atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan
kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah.
Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika
itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan.
Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang
besi membersihkan karat-karat besi.

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari
Aisyah r.a. mengatakan: Pernah satu hari
Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku
sedang menangis. Melihat saya menangis beliau
bertanya: Mengapa menangis? Saya
menjawab: Ya Rasulullah, engkau telah
menceritakan Dajjal, maka saya takut
mendengarnya. Rasulullah s.a.w
berkata: Seandainya Dajjal datang pada waktu
aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu
dari gangguannya. Kalau dia datang setelah
kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan
cacat.

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w
bersabda: Dajjal muncul pada waktu orang tidak
berpegang kepada agama dan jahil tentang
agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari,
yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada
satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu
hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari
berikutnya seperti hari biasa.

Ada yang bertanya: Ya Rasulullah, tentang hari
yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami
solat lima waktu juga? Rasulullah s.a.w
menjawab: Ukurlah berapa jarak solat yang lima
waktu itu.

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan
berkata: Akulah Tuhan sekalian alam, dan
matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu
bermaksud menahannya? Katanya sambil
ditahannya matahari itu, sehingga satu hari
lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan
matahari itu, dia berkata kepada
manusia: Sekarang apakah kamu ingin supaya
matahari itu berjalan? Mereka semua
menjawab: Ya, kami ingin. Maka dia tunjukkan
lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari
begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w
bersabda: Akan keluarlah Dajjal kepada umatku
dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka
selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti
apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau
empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus Isa
bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin
Masud dan kemudian membunuh Dajjal itu.


 



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 88
Date:

good posting ...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 74
Date:

Walaupun diantara kita selalu atau pernah dengar cerita ni tapi........artikel-artikel sebegini bagus diulang-ulang supaya kita sentiasa ingat dan bersedia menghadapi fitnah dajjal.


Saudara Mohd Firdaus;


Teruskan dengan menulis artikel sebegini supaya kita sentiasa ingat mengingati antara sesama umat.



__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard