Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Polis kesan kegiatan seludup bayi di sempadan


Senior

Status: Offline
Posts: 221
Date:
Polis kesan kegiatan seludup bayi di sempadan


Oleh Rashidi Karim


Peroleh RM2,000 sebelum dijual dengan harganya belasan ribu ringgit
 
SATUN (Selatan Thailand): Polis Thailand mengesan kegiatan menyeludup bayi dari negara itu ke Malaysia dan Singapura menerusi beberapa pintu sempadan Malaysia-Thailand.


Bayi Thailand dikatakan diperoleh dengan bayaran RM2,000 sebelum dijual dengan harganya mencecah belasan ribu ringgit.


Ketua Polis Wilayah Satun, Mejar Jeneral, Thanacharon Suwanno, berkata pihaknya meminta kerjasama pihak berkuasa Malaysia, terutama di sempadan supaya memberi perhatian dan mengawasi kegiatan penyeludupan dan penjualan bayi itu.


"Kes terbaru membabitkan cubaan menyeludup bayi berusia tiga bulan berlaku di sempadan wilayah Songkhla-Malaysia pada penghujung Jun lalu.


"Bagaimana mereka yang terbabit berjaya ditahan pihak polis Songkhla berhampiran pintu sempadan dekat Malaysia. Bulan itu saja tiga kes cubaan menyeludup bayi berjaya dikesan.


"Bayi ini dibeli di sini (Thailand) dengan harga RM2,000 seorang dan dijual dengan harga berlipat kali ganda di negara berkenaan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Satun, di sini, semalam.


Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan delegasi keselamatan dari Perlis yang diketuai Timbalan Ketua Polis negeri, Asisten Komisioner, Raja Mohd Zamani Raja Abdullah.


Beliau berkata, kegiatan penyeludupan dan penjualan itu dilakukan kumpulan sindiket Malaysia-Thailand dengan menawarkan wang kepada keluarga di Thailand yang miskin bagi mendapatkan bayi.


"Masalah yang sama turut membabitkan penyeludupan wanita muda dari Thailand ke Malaysia dan Singapura yang mana disyaki dilakukan kumpulan sindiket yang sama," katanya.


Beliau yang enggan menyatakan modus operandi penyeludupan bayi itu menyatakan pihak Thailand memberi perhatian serius dengan meminta pihak berkuasanya memeriksa dokumen perjalanan kanak-kanak yang melintasi sempadan ke Malaysia.


Selain itu, Thanacharon turut meminta pihak berkuasa Malaysia mengesan penjenayah dari Thailand yang melarikan diri ke Malaysia selepas melakukan jenayah di negara itu.



__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214 "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

WOW PANAS NI???????



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard