Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Umno sendiri yang gagalkan DEB???????


Veteran

Status: Offline
Posts: 55
Date:
Umno sendiri yang gagalkan DEB???????


PULAU PINANG, 31 Julai - Ahli Parlimen Tanjung (DAP), Chow Kon Yeow berpendapat, kepimpinan Umno harus mengkaji bagaimana Dasar Ekonomi Baru (DEB) boleh gagal kerana kepimpinan negara diterajui oleh pemimpin mereka.

Beliau menambah, DEB memerlukan penelitian dan perhatian sekiranya ingin berjaya.

"Saya berpendapat kegagalan DEB sejak diperkenalkan ada hubung kait dengan politik dan sikap kepimpinannya, " jelas beliau.

DAP sambung beliau, bukan bertujuan masuk campur urusan DEB yang diperuntukkan khas untuk bumiputera tetapi sebagai sebuah parti yang berdaftar DAP juga perlu bersuara untuk kepentingan semua agar dasar yang bakal dilaksanakan kerajaan nanti tidak buntu.

Katanya, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sepatutnya tidak melatah dalam isu tersebut sebaliknya mengkaji bagaimana punca kegagalan serta mencari jalan mengatasinya.

"Kami bukan masuk campur urusan DEB tetapi sebagai parti yang sah kami boleh juga bersuara demi semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Nada suara Umno selepas Perhimpunan Agung mereka baru-baru ini macam sentimen perkauman, " tegas beliau lagi.

Kemungkinan besar ujar Chow, sikap sedemikian menjadi amalan kepimpinan sekarang.

Hari ini ramai pimpinan Barisan Nasional (BN) terdiri dari Umno, MCA dan MIC mempunyai skandal maka sudah pasti DEB yang diperkenalkan oleh pemimpin yang prihatin di era 70-an itu sukar dihayati.

"DEB dan orang Melayu boleh ke hadapan jika pemimpin mereka sendiri memberi perhatian terhadap pembangunan bangsa tetapi apa yang terjadi sebaliknya. Isu ini bukan sahaja menimpa golongan bumiputera bahkan Cina dan India juga ekoran pemimpin yang berkepentingan, " jelasnya.

Semasa Perhimpunan Agung Umno lalu ramai perwakilan membangkitkan isu kegagalan DEB maka untuk membendungnya Pergerakan Pemuda Umno telah menjadikan isu ini sebagai isu agenda Melayu yang harus dibincangkan.



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:

Hari ini ramai pimpinan Barisan Nasional (BN) terdiri dari Umno, MCA dan MIC mempunyai skandal maka sudah pasti DEB yang diperkenalkan oleh pemimpin yang prihatin di era 70-an itu sukar dihayati.

Nak kata 'tak' pun,ada kebenarannya jugak....

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Wait and see...



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard