KUALA LUMPUR 31 Julai - Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga runcit petrol dan diesel masing-masing 10 sen dan 20 sen seliter - berkuat kuasa esok.
Dengan keputusan terbaru itu, harga runcit baru petrol premium (RON 97) di Semenanjung ialah RM1.62 seliter, petrol (RON 92) RM1.58 seliter dan diesel RM1.281 seliter.
Di Sabah dan Sarawak pula, harga runcit baru RON 97 ialah masing-masing RM1.60 dan RM1.61 seliter, RON 92 RM1.58 seliter di kedua-dua negeri, manakala diesel RM1.284 dan RM1.278 sen seliter.
Kali terakhir kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel ialah Mei lalu, juga sebanyak 10 sen dan 20 sen.
Kenaikan itu turut membabitkan harga gas petroleum cecair (LPG) iaitu sebanyak lima sen.
Harga baru LPG bagi Semenanjung ialah RM1.45 seliter, sementara bagi Sabah dan Sarawak RM1.53.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan akhbar malam ini menyatakan, ia sebagai usaha menangani kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran bagi membendung pertambahan subsidi yang ditanggung kerajaan.
Walaupun wujud kenaikan, harga petrol di Malaysia masih termurah di ASEAN kecuali Brunei. Sementara harga diesel pula adalah yang terendah kecuali di Indonesia dan Brunei.
Ini juga merupakan kali ketiga harga petrol dinaikkan pada tahun ini di mana pada Mac lalu ia membabitkan kenaikan sebanyak lima sen.
Sementara itu, untuk mengurangkan beban golongan nelayan, mereka akan menikmati kadar harga diesel yang sama dengan pengusaha pengangkutan darat iaitu RM1.20 seliter.
kerajaan terpaksa naikkan harga minyak mengikut pasaran .....kalau gitu...harga barang naik lagi lah............nampaknya kita terpaksa menyuruh kerajaan minta majikan naikkan gaji......lebih2 lagi orang kampong....
kalau boleh ader sesiapa yang boleh tolong hamba ubah suai kereta hamba (iswara) dari pakai minyak petrol ke NGV atau pakai kedua2nya sekali....tolong,,,
eee...sronoknya harga petrol naik lagi...taun ni jer dh 3x naik...baguh laa mcm ni naik slalu...pastu harga brg pon naik laa...yg bestnya org˛ Melayu yg berpendapatan rendah makin telinkup laa...kalo pembangunan lebeh penting xyah laa rakyat ramei sgt...buat bazir jer duit kerajaan blajakan utk rakyat...kene buat jamuan ni sempena kenaikkan harga petrol...///
Asm... Kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak disebabkan beberapa faktor salah satunya faktor kenaikan harga minyak mentah dunia. ia sebagai usaha menangani kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran bagi membendung pertambahan subsidi yang ditanggung kerajaan.Walaupun ada kenaikan, harga petrol di Malaysia masih termurah di ASEAN kecuali Brunei. Sementara harga diesel pula adalah yang terendah kecuali di Indonesia dan Brunei. Walaubagaimana pun memang tidak dapat dinafikan ianya akan turut mempengaruhi kenaikan harga bagi barangan lain... tetapi pihak kerajaan dibawah KPDN & HEP memberi jaminan bahawa akan memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barang dengan sewenang-wenangnya...
saya pun setuju dgn yus padi...kalau boleh tiap tiap 2/3 bulan kita naikkan lagi harga minyak...pastu gaji jgn naik. boleh sapa sapa critakan apa kena dgn budget kita,sbb kalau nak ikutkan harga minyak mentah naik,dah lama dah.kalau tak silap saya sejak awal tahun 2005 ni,mmg tiap tiap satu tong minyak mentah dah naik,jadi kenapa kenaikkan harga minyak di naikkan secara berperingkat peringkat,adakah belanjawan yg dibuat baru baru ni tak tepat?kalau iapun,kenapa la sampai 3/4 kali naik 10sen..10sen...kan ke lumpsum terus naik 40sen lagi sen...interest subsidi pun tak la banyak....ataupun kerajaan dah terover budget tak?... hmmm.....konpius....
kita ader minyak sendiri tak import pun kiter eksport lagi ader....naper nak susah kan rakyat tak paham ahhhhh minyak dah nak kering ker kalau nak kering tak per ahhhh
Asm... Kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak disebabkan beberapa faktor salah satunya faktor kenaikan harga minyak mentah dunia. ia sebagai usaha menangani kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran bagi membendung pertambahan subsidi yang ditanggung kerajaan.Walaupun ada kenaikan, harga petrol di Malaysia masih termurah di ASEAN kecuali Brunei. Sementara harga diesel pula adalah yang terendah kecuali di Indonesia dan Brunei. Walaubagaimana pun memang tidak dapat dinafikan ianya akan turut mempengaruhi kenaikan harga bagi barangan lain... tetapi pihak kerajaan dibawah KPDN & HEP memberi jaminan bahawa akan memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barang dengan sewenang-wenangnya...
Ini bukan langkah yang tepat walaupun ianya dapat kurangkan sikit beban kerajaan.Sptnya kerajaaan perlu mengkaji langkah2 jangkamasa panjang untuk menangani masalah ini.kerajaan perlu fikirkan juga nasib rakyat kelas bawahan...
pihak kerajaan dibawah KPDN & HEP memberi jaminan bahawa akan memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barang dengan sewenang-wenangnya...
Ini kenyataan yang langsung tak menyakinkan saya.Setakat mana kerajaan nak buat pemantauan kenaikan harga ????
Nak memantau VCD haram pun tak cukup kakitangan,inikan pulak nak tambah beban pegawai2 dan penguatkuasa KPDN & HEP lagi....
Pihak kerajaan melalui jawatankuasa yang ditubuhkan sebenarnya telah mengkaji dan mengambil kira segala kepentingan umum sebelum membuat sesuatau keputusan dan untuk mengimbanginya daripada kerajaan menanggung kerugian besar maka tindakan ini (menaikkan harga) terpaksa diambil... untuk pengetahuan bro mrbean KPDN & HEP sememangnya telah ada bahagian Harga yang sememangnya bertugas untuk membuat pemantauan dan mengambil tindakan berhubung dengan hal-hal penguatkuasaan harga barangan... kalau nak tahu lebih lanjut lagi bolehlah berhubung dgn pihak mereka...
Pihak kerajaan melalui jawatankuasa yang ditubuhkan sebenarnya telah mengkaji dan mengambil kira segala kepentingan umum sebelum membuat sesuatau keputusan dan untuk mengimbanginya daripada kerajaan menanggung kerugian besar maka tindakan ini (menaikkan harga) terpaksa diambil... untuk pengetahuan bro mrbean KPDN & HEP sememangnya telah ada bahagian Harga yang sememangnya bertugas untuk membuat pemantauan dan mengambil tindakan berhubung dengan hal-hal penguatkuasaan harga barangan... kalau nak tahu lebih lanjut lagi bolehlah berhubung dgn pihak mereka...
Pihak kerajaan melalui jawatankuasa yang ditubuhkan sebenarnya telah mengkaji dan mengambil kira segala kepentingan umum sebelum membuat sesuatau keputusan dan untuk mengimbanginya daripada kerajaan menanggung kerugian besar maka tindakan ini (menaikkan harga) terpaksa diambil...
Satu contoh yang saya nak bagi.Klu kamu ada dusun durian dan kamu pajak dusun durian itu dengan harga yang telah dipersetujui selama beberapa tahun.kamu akan dapat hasil yang ditetapkan melalui hanrga itulah.Klupun harga durian itu melambung selepas kamu pajak,maka hasi yang kamu dapat sama camtu jugak.kerana hasil pajakan telah kamu ambil secara lumsum.
Dan klu pun kamu ada dusun durian dan anak isteri kamu nak makan durian, maka kamu terpaksa membayar dengan harga semasa jugak bukan harga asal yang kamu pajak.Jadi klu dan ada dusun durian,usahalah sendiri tak payah nak jadi kaya cepat dan buat kerja malas.Supaya nanti bila durian naik harga,yang untungnya kita.
Begitu jugak dengan minyak di Malaysia.Klu kerajaan dah pajak pada syarikat swasta untuk satu tempoh yang ditetapkan.Maka pendapatannya ialah harga rundingan.bukan harga semasa.Biarpun harga minyak naik tinggi KLCC.
So,jawatankuasa yang ditubuhkan itu biarpun benar2 mengkaji masalah rakyat tetapi itu hanyalah wayang sahaja.Sepatutnya pihak kerajaan kena kaji secara mendalam ttg perkara ini kerana yang akan menderita adalah rakyat.mengapa harus dipajak sedangkan petronas telah diwujudkan sebagai syarikat Petrolem negara??????
untuk pengetahuan bro mrbean KPDN & HEP sememangnya telah ada bahagian Harga yang sememangnya bertugas untuk membuat pemantauan dan mengambil tindakan berhubung dengan hal-hal penguatkuasaan harga barangan... kalau nak tahu lebih lanjut lagi bolehlah berhubung dgn pihak mereka...
Bab ni saya rasa klu sdr ada kelapangan,saya boleh bawa sdr jumpa dengan pengarah KPDN & HEP salah sebuah negari di Malaysia dan kita boleh dapatkan penerangan yang lebih lanjut.
Nak kata main wayang atau tidak susah jugak sebab kita tidak dengar dari dalam, tapi pantauan dan tindakan tegas yang KPDN & HEP sememannya harus dipuji, dan kita lihat sendiri kesungguhan mereka membentras vcd haram, walaupun tak cukup kakitangan dan menanggung beban yang besar dan kadangkala sampai keselamatan diri terancam kita nampak kesungguhan mereka dan pujian dan keyakinan harus diberi kepada KPDN & HEP, namun untuk benteras 100% agak sukar selagi ada deman dari luar ... maila kita pakat naik komuter err ... tambang komuter tak naik kan? :)
Kalau ada barang naik jugak kita pengguna kenalah report ... mana nak report ni?
wassalam
__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -
Syukur...Harga minyak naik lagi...Ni dah tiga kali naik dalam tempoh kurang dr 10 bulan...Lepas ni confirm barang akan naik...Perkhidmatan awam pun akan meningkan harga...Senang cakaplahkan...Harga minyak naik...Gaji naik tak??? Kalau naik pun paling kurang RM80 - RM200 setahun...Cukup kah???Dulu gaji skit pun tak pa tapi barang murah...Sampai nak pakai kereta pun ada yg tak mampu...Lepas ni bersepahla kereta secondhand kat kedai...
Sebelum ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.
Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.
Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.
Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.
Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki.
Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.
Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda.
Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.
Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran.
Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.
Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta.
Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan.
Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.
Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.
Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.
Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.
Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.
Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.
wahhh ini sudah bagus bro anakomar siap bagi tips lagi tu... for bro Bentara aduan Boleh dibuat di Bahagian Aduan, KPDN & HEP di Negeri masing-masing... kalau HQ putrajaya 03-88826083. atau di talian bebas tol tribunal tututan untuk buat tututan 1 800 889 811...
wahhh ini sudah bagus bro anakomar siap bagi tips lagi tu... for bro Bentara aduan Boleh dibuat di Bahagian Aduan, KPDN & HEP di Negeri masing-masing... kalau HQ putrajaya 03-88826083. atau di talian bebas tol tribunal tututan untuk buat tututan 1 800 889 811...
Bukan apa, sekadar nak lepaskan tension!!
minyak naik 2 bulan sekali, gaji setahun sekali je...