Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: TPM tegur program realiti


Veteran

Status: Offline
Posts: 57
Date:
TPM tegur program realiti


TPM tegur program realiti -- Stesen televisyen kita tidak perlu mengikut budaya Barat secara membuta tuli

PULAU PINANG 1 Ogos - Kerajaan memandang serius kemunculan rancangan-rancangan hiburan realiti di stesen-stesen televisyen yang dikhuatiri boleh mengancam budaya masyarakat Timur dan meruntuhkan akhlak rakyat.


Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan stesen-stesen televisyen tempatan supaya tidak terlalu didorong oleh pertimbangan komersial dan pasaran semata-mata sehingga mengabaikan soal etika dan moral rakyat.


``Kita tidak perlu mengikut budaya Barat secara membuta tuli termasuk mencedok secara bulat-bulat rancangan seperti Mencari Cinta, Mentor dan Akademi Fantasia yang adegan-adegannya melencong daripada kebiasaan dan adat resam budaya orang Timur,'' katanya.


Ini merupakan pendirian rasmi pertama kerajaan berhubung rancangan hiburan realiti yang kini sudah menjadi trend di kalangan stesen-stesen televisyen swasta di negara ini. Kebanyakan rancangan realiti tempatan itu dicedok konsepnya dari luar negara.


Pada masa ini rancangan hiburan realiti yang paling popular ialah Akademi Fantasia (AF) terbitan Astro.


Najib berkata demikian dalam ucapan perasmian Seminar Pemikir Media dan Wawasan 2020 anjuran Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kumpulan Utusan di sini hari ini.


Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal.


Menurut Najib, penerbit rancangan televisyen di negara ini tidak perlu mengikuti budaya Barat membuta tuli termasuk mencedok secara bulat-bulat program mereka.


Beliau berkata, budaya penerbitan yang mendasari dan menguasai sesetengah media negara perlu dilatih dan diingatkan berkenaan lunas dan amalan baik masyarakat.


``Usaha untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan bermoral perlu bermula dengan program televisyen yang sihat serta luhur meskipun ia memerlukan penglibatan adunan mesej serta tarikan atau daya kreatif,'' katanya.


Menurut Najib, dalam kemelut meningkatkan jati diri masyarakat Malaysia yang bermoral, beretika serta progresif, mesej dan santapan rohani seperti filem, iklan, akhbar dan televisyen perlu diawasi dan dipantau secara serius dan teratur.


Begitu juga setiap penulis dalam agensi iklan, penerbit program TV dan sebarang bentuk genre program, penulis lakon layar, penulis siaran akhbar, wartawan termasuk penggemar media baru perlu dididik dengan segala macam budaya Malaysia yang bertunjangkan budaya Islam dan Melayu.


Kata beliau: ``Kita mesti berusaha mewujudkan komuniti media dan khalayak yang saling memahami keperluan dan aspirasi negara yang menuntut keyakinan diri untuk memajukan segala bidang dan berbangga dengan keupayaan anak-anak tempatan.


``Bukankah juga Wawasan 2020 menuntut keterampilan dalam acuan kita dan bukannya berbangga dengan identiti luar, jiwa yang tidak bebas dan masih tidak tenteram kerana kiblat kita buka lokal tetapi kebaratan.''


Najib berkata, industri media negara ini sudah berkembang pesat manakala akta atau dasar yang digubal bersifat kawalan sendiri atau menerusi perundangan yang memperlihatkan kematangan pengusahanya mengorak langkah dan bersaing di persada dunia.


Namun, pada masa sama agak malang kerana sejak arus globalisasi dan liberalisasi melanda dunia, pengusaha media seolah-olah terpaksa menyerahkan semangat juang kepada konglomerat besar.


``Banyak yang sudah diambil alih khususnya industri iklan dan perhubungan awam manakala perfileman kita masih berorientasikan luar.


``Akibatnya, industri tempatan dan sokongan semakin tenat dan usaha untuk menggalakkan industri media bersandarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak kesampaian,'' katanya.


Hadir sama di seminar itu ialah Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dzulkifli Abdul Razak dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.



__________________
Tuah setia pada raja,Jebat pembela saudara


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:


jebatderhaka wrote:




``Kita tidak perlu mengikut budaya Barat secara membuta tuli termasuk mencedok secara bulat-bulat rancangan seperti Mencari Cinta, Mentor dan Akademi Fantasia yang adegan-adegannya melencong daripada kebiasaan dan adat resam budaya orang Timur,'' katanya


 


ni la cara stesen tv cari keuntungan cepat... satu sms 60sen... katakan 1.5 juta rakyat malaysia vote...dah berapa dah?? tu tak termasuk chatting lg tu... sanggup ke mereka berhentikan penyiarannya semata-mata nak menyahut seruan...  



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

stesen tv dah tentu ambil kesempatan untuk mengejar keuntungan..


kitalah yang patut beringat dan tidak mudah terpedaya..



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:

kita memang tak mudah terpedaya,sebab kita tahu baik buruknya.tetapi anak-anak yang sedang dok membesar ni lah yang selalunya menjadi mangsa.mereka masih tak tahu apa-apa lagi.mereka pakai ikut saja apa yang ada di depan mata.contohnya:-akedemi fantasia,mentor,mencari cinta,malaysian idol.bukan setakat budak-budak remaja saja yang suka rancangan ni.orang tua-tua pun turut melupok sama.penyakit ini pasti mengancam budaya masyarakat Timur dan meruntuhkan akhlak rakyat.macam mana nak jadi roolmodel kat anak-anak.sebab itulah ilmu dan amalan itu sangat penting.

__________________
amal ma'aruf nahi mungkar


Senior

Status: Offline
Posts: 145
Date:

heheh, jgn kata org muda je...orng tua pon join sekali...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 256
Date:



__________________
DONT SANGKA KELIAK WATA NO BOYA...29 yang bertauliah...


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

dean wrote:


heheh, jgn kata org muda je...orng tua pon join sekali...

Ada yang rugi duit..
Ada pulak yang rugi airmata..

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 66
Date:

 


Assalamualaikum,


786 Syukur, Alhamdulillah semua ahli kita sedar perkara ni. Tapikan,siapa yang luluskan tayangan tu?Sampaikan bersiri-siri dan tahun ke tahun.Tiada tindakan ke?Renung..renungkan...




__________________

Panglima 7 @ Ayahanda Mr.T



Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Syukur...



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

sindri mau ingat........


tegur menegur membawa kebaikan




__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 115
Date:

nak wat cam ner pokok nya diri sendiri lah kan

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

PULAU PINANG 2 Ogos - Para cendekiawan menyeru masyarakat terutama golongan muda
agar tidak terperangkap dalam `zon memabukkan' termasuk yang dibawa oleh
program-program realiti televisyen yang kini semakin hangat melanda negara.

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dzulkifli Abdul Razak
berkata, ia dikhuatiri akan menghakis sifat-sifat kemanusiaan dan kerohanian
menyebabkan manusia tidak lagi berpegang kepada nilai-nilai tradisional yang
kaya dengan budi bahasa.

Menurutnya, `zon memabukkan' itu akan mewujudkan budaya hedonistik yang
menyebabkan masyarakat tenggelam dalam perkembangan teknologi.

``Program realiti televisyen yang semakin banyak disajikan kepada masyarakat
menyebabkan golongan remaja sanggup menghabiskan masa dan wang semata-mata untuk
`tenggelam' dalam dunia keseronokan,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada perasmian Persidangan Krisis Budi
Bahasa Di Malaysia: Peranan Sastera, yang disempurnakan oleh Yang Dipertua
Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di sini hari ini.

Persidangan itu dianjurkan bersama oleh Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK)
USM dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.

Pada majlis itu, pelancaran Buku PPIK Kelima turut diadakan meliputi 67 buku
hasil penulisan pensyarah dari tahun 2000 hingga 2004 dalam pelbagai bidang
termasuk falsafah, pemikiran kritis, sejarah dan bahasa Inggeris.

Dzulkifli menarik perhatian hadirin bahawa sikap terlalu mendewa-dewakan program
realiti televisyen wajar dibendung ekoran teguran kerajaan ia boleh mengancam
budaya masyarakat timur dan meruntuhkan akhlak.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan
stesen-stesen televisyen tempatan supaya tidak terlalu didorong oleh
pertimbangan komersial dan pasaran semata-mata sehingga mengabaikan soal etika
dan moral.

Antara program yang disiarkan yang rata-rata diciplak dari barat ialah Mencari
Cinta, Malaysian Idol, Mentor dan Akademi Fantasia.

Dalam pada itu, Dekan PPIK, Prof. Madya Dr. Norizam Mohd. Nor berkata,
program-program realiti televisyen yang kian membanjiri negara bersifat
melekakan dan hanya menjurus kepada populariti semata-mata.

Menurutnya, masyarakat kini dilanda budaya seluloid dan siber yang melunturkan
tata susila dan budi bahasa yang disanjung sejak zaman-berzaman.

``Sangat menyayat hati apabila orang tua tidak lagi dihormati, guru tidak lagi
disanjungi, semangat hormat menghormati semakin terhakis, undang-undang
dilanggar manakala sifat kebinatangan semakin menebal dalam masyarakat.

``Kita perlu kembali kepada nilai-nilai murni dan budi bahasa, jika tidak ia
akan menyebabkan negara berubah seperti barat yang semakin rosak tata susila dan
akhlaknya,'' kata beliau.



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 62
Date:

Inilah yang dihadapi oleh masyarakat ketika ini sibuk mengejar hiburan semate-mate dan terlampau taksub...

__________________
pantang berundur sebelum ajal///


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:


Bila agama dipinggirkan maka...

masyarakat kini dilanda budaya seluloid dan siber yang melunturkan tata susila dan budi bahasa yang disanjung sejak zaman-berzaman. Sangat menyayat hati apabila orang tua tidak lagi dihormati, guru tidak lagi disanjungi, semangat hormat menghormati semakin terhakis, undang-undang dilanggar manakala sifat kebinatangan semakin menebal dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada nilai-nilai murni dan budi bahasa, jika tidak ia akan menyebabkan negara berubah seperti barat yang semakin rosak tata susila dan akhlaknya"





__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 83
Date:

Huh.. macam2 hal lah sekarang ni..

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard