ADA APA DENGAN 21 OGOS? MENGAPA HARI ITU DIINGATI?
Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin). Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.
Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael 'gila'. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Maka sejak itu 21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-Quds sedunia.
Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan kita, seluruh lapisan Ummah—pemilik tanah Palestin yang sah. Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjidil Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah dirampas terus keseluruhannya secara haram oleh Zionis Yahudi.
Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama-sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal yang boleh dilakukan dengan mengoptimakan kemahiran dan sumber yang ada demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin. Semoga usaha kerdil kita demi mewujudkan keadilan dan keamanan di bumi Palestin diberkatiNya. Islami Ya Quds!
Risalah Pergerakan Pemuda Islam
Musthafa Muhammad Thahan
14 Momen-Momen penting dalam Sejarah pp.209
__________________
"Perjalanan yang panjang menjanjikan sejuta pengalaman,
sebentar terlena menuju kesesatan"
Sampai bilakah isu Palestin ini akan selesai? Sanggupkah kite sebagai umat islam sekadar melihat dan memerhati tanpa melaksanakan tanggungjawab kite sebagai saudara seagama bagi rakyat palestin di sane. Sehingga kini Masjid Al-Aqsa itu tidak dapat dirobohkan dan masih kukuh walaupun sudah dibakar dan dibom bertalu-talu oleh kaum yahudi laknatullah. Itu sudah terbukti menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T yang Maha Berkuasa...
Organize lah satu function........kita buat bacaan yasin ke ape ke....
Mintak la bantuan R&D...
Aku setakat join aje boleh la...
__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............
perjuangan menentang yahudi perlu dimulakan dengan memulau barangan keluaran syarikat yahudi.... produk yahudi yang paling banyak digunakan ialah rokok... dunhill, marlboro, etc.... dan boleh dikatakan semua jenama rokok yang ada di malaysia... jadi bagi perokok - perokok sekalian, cuba-cubalah beralih selera dengan rokok gulung atau alternatif lain
tips: 1. ada rokok jenama "John", slogannyalebih kurang begina.. "Jenama Rokok Bangsa Malaysia" ..khabarnya keluaran syarikat malaysia (perlu diselidik lagi latarbelakangnya dan akan dimaklumkan jika ada info terkini). 2. ada rokok jenama "Premium", keluaran syarikat indonesia, juga dikenali sebagai ROKOK JIHAD dikalangan pelajar2 universiti. (budak budak u dah blajaq isap okok...hehehe). 3. rokok jenama SAMPOERNA kalau boleh, ELAKKAN, kerana pemilik syarikat adalah seorang KRISTIAN yang menggunakan sebahagian keuntungannya untuk membiayai program ANTI-ISLAM, di indonesia.