Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Rasulullah boleh beri syafaat Udhma di Padang Mahsyar


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
Rasulullah boleh beri syafaat Udhma di Padang Mahsyar


DI Padang Mahsyar seseorang itu mungkin mendapat syafaat atau
pertolongan daripada seseorang untuk memohon kepada Allah agar meringankan
seksaan rasa cemas, ketakutan dan kesulitan pada persidangan mahkamah Allah
kelak.
 
Orang yang dimaksudkan mempunyai kelebihan memberi syafaat atau
pertolongan memohon daripada Allah itu adalah Rasulullah SAW.

Syafaat dibahagikan kepada dua iaitu Safa'atul `Udhma (yang besar) dan
Syafa'atus Shughra (yang kecil).

Safa'atul `Udhma dimiliki oleh Rasulullah yang mana doa Baginda untuk
memberi syafaat kepada seseorang akan kemudiannya dimakbulkan oleh
Allah.

Perkara ini dijelaskan dalam beberapa hadis sahih. Umpamanya hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Daud: "Jika hari kiamat telah tiba, maka akulah
yang menjadi imam semua nabi, juru khutbah mereka dan aku sajalah yang
memiliki syafaat (udhma), demikian ini tidak bererti bermegah-megah."

Hadis yang riwayatkan at-Tirmizi pula menyebut: "Aku adalah penghulu
sekalian manusia pada hari kiamat dan bukanlah bermegah-megah,
ditangankulah bendera pujian dan bukan berlebih-lebihan. Dan tiada seorang nabi
pun pada hari itu, baik Nabi Adam dan lainnya melainkan berada di bawah
benderaku, akulah orang yang pertama kali memberikan syafaat dan orang
yang pertama kali dikabulkan untuk memberikan syafaat, dan ini tidak
berlebih-lebihan."

Syafaat sughra atau syafaat kecil pula diberikan kepada selain
Rasulullah. Menurut hadis, orang yang memberikan syafaat ini adalah ulama dan
syuhada (orang yang mati syahid).

Ia berdasarkan hadis yang diriwayatkan Imam Ibnu Majah selepas
mendengarnya daripada sahabat Nabi, Uthman, "Tiga orang dapat memberikan
syafaat di hari kiamat ialah, nabi, ulama dan syuhada."

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda, Rasulullah bersabda yang
bermaksud: "Orang yang mati syahid itu dapat memberikan syafaat kepada
70 orang di kalangan keluarganya."

Golongan yang dikatakan mempunyai kelebihan memberikan syafaat kecil
termasuk solehin dan shadiqin serta anak yang meninggal dunia sebelum
ditaklifkan (dipertanggungjawabkan) hukum syarak (Islam).

Banyak syafaat sughra yang dilaksanakan Rasulullah seperti syafaat

memasukkan orang tanpa hisab lebih dulu ke syurga, mengeluarkan ahli

tauhid dan maksiat daripada neraka serta menambah darjat orang di
syurga hingga berada di tahap lebih tinggi daripada yang semestinya.

Namun, di sebalik pemberian syafaat ini, pada hakikatnya ia cuma

terlaksana dengan keizinan Allah seperti mana firman-Nya bermaksud:
"Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya?" (Surah
al-Baqarah, ayat 155).

Dalam surah al-Anbiya, ayat 28 pula Allah berfirman bermaksud: "Dan
mereka tiada memberi syafaat melainkan kepada orang yang diredai Allah."

Jelaslah bahawa Allah, hakim di Padang Mahsyar kelak tidak akan

memperkenankan syafaat sewenang-sewenang terhadap orang didakwa.





__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Info yg panjang... tapi berguna...



-- Edited by tongkat30 at 21:30, 2005-08-03

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

Info yg amat berguna bg kita yg mencari2 jalan menuju kebahagian di akhirat kelak...

Semoga kita berada di kalangan org 2 yg beriman dan mendapat syafaat dari Nya....Amin....

__________________
affende
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

As'kum,


Jgn la kita lupa mana asal kita,kalau kita tidak lupa akan diri kita maka kita senang menghadapi hari kiamat kelak,kerana ilmu agama telah dipelajarinya dan memahaminya,itulah ilmu yg terpenting didunia mahupun di akhirat,segala2nya memerlukan ilmu agama,tidak mempunyainya maka sesatlah org itu..


w'slm..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

renung-renungkanlah...




__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard