Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: BAPA BOREK ANAK RINTIK... OH AYAH


Senior

Status: Offline
Posts: 221
Date:
BAPA BOREK ANAK RINTIK... OH AYAH


BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang
terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian
itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:

Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan
minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam
persekolahan.

Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi
ejen `penyelesai masalah' yang baik apabila dewasa berbanding kanak-
kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya
serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi
lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.

Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika
zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa
yang seimbang.

Anak yang tidak berbapa.

Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai
hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan
prestasi pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan
ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:

Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.

Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.

Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit
dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.

(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)

Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan.

Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang
ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield,
pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam
penyelidikannya mengenai `kebapaan' ada tujuh rahsia menjadi ayah
yang berkesan:-

Bapa yang komited dan bertanggungjawab.

Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.
Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga.
Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah
tangga, disamping ibu mereka.

Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka
peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa
atau terlalai melakukan tugas anda di rumah.

Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas
di rumah. Bayangkan `hadiah' atau `anugerah' yang bakal didapati
(sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!

Kenali anak anda.

Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak
anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai,
ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba
ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.

Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling
memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada
mereka

Istiqamah (tetap pendirian)

Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa
yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi,
istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.

Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood
(jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu
menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa yang
dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan
adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan
kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.

Melindungi, menyara dan mendoakan.

Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan
respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan
dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada
mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi
tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana
normal, sebenarnya `mengajar' anak menangani krisis. Jangan lupa
doakan untuk anak selepas solat.

Mencintai ibu mereka.

Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk
menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna.
Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan `keibubapaan', bukan
hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak.

Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai
daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan
berkasih sayang.

Menjadi pendengar yang baik

Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia.
Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan.
Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka `berhak' untuk didengari dan
diberi perhatian.

Jadikan diri anda `pemimpin' kerohanian.

Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan `keimanan'
dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat
bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah
mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu
bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.


__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214 "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

Syukur kerana masih ada ayah...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Terima kasih saudara Sufian...Insyallah saya akan jadikan info ni sebagai seorang bapa yg menyayangi anak2 dan keluarga...


__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 68
Date:

terima kasih...persiapan awal bagi yang belum mendirikan kan masjid(seperti saya).

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 115
Date:

ayahTU LAH PERKATAAN keramat dalam hidup aku yg tak per nah merasai kasih sayang seorng ayah......nak ceter sikit selepas itu aku kawin pun tak dapat bapakmertua sebab ayah dia pun lamer meninggal....ciannn aku tapi aku mesti jadi ayah yg baik kalau aku ader anak nanti.....................saper yg ader ayah hargaii lah mereka...



__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

As'kum,


Ambillah pengajaran dari cerita diatas,saya walaupun kurang merasai kasih sayang bapa saya tapi perlu juga kita ingat jika kita dimarah itu tanda yg mereka sayang pada kita,dan yg penting kita perlulah rapatkan hubungan kekeluargaan walaupun tak seberapa..


w'slm..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard