Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Suara hati seorang anak...


Veteran

Status: Offline
Posts: 48
Date:
Suara hati seorang anak...


Assalamualaikum...///


 


Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih dan disambut baik oleh anaknya yang


berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....



Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?



Ayah: Hmmm....nak tanya apa?



Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?



Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk- sebuk nak tanya?

 Si ayah mula menengking.

 Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan

ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada

ayahnya.



Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah

ayahnya lagi.



Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.



Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit

dari ayah?



Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu

ke sebabnya kamu

tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa

dengan duit tu? Mintak

sampa! i 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah

penat-penat kerja cari

duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah,

pergi masuk bilik..

tidur! Dah pukul berapa nih...!!"



Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali

ke biliknya. Si

ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa

anaknya yang sekecil itu

meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam

kemudian, ayah

kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar

anaknya benar-benar

memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana

anaknya tak pernah

meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.



Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju

ke bilik anaknya.

Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil

ni" Si ayah

mengeluarkan sekeping duit kaler merah.



Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

"Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan

sekepin! g note 10 ringgit yang sudah renyuk

terhimpit oleh bantal.

Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.



"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah

ada duit sebanyak

itu?? Dari mana kamu dapat duit tu??"



Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia

menerangkan.....



"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang

ayah bagi hari-hari tu.

Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak

cukup duit..."



"Tak cukup duit nak beli apa??"

Jerkah ayahnya lagi.



"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..

Nah..ayah ambil duit ni.



Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu.

Amin nak ayah balik

kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan

ayah.."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...



The moral of this story...



Kongsilah cite ni ngan sesape je yg anda suka

tapi..yang penting

skali, sharelah masa sebanyak 20 ringgit itu

bersama2 dgn insan yang

anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan

kepada sesiapa yang

bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja

sok lusa... atau

sesiapa saja yang selalu sibuk...



Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa

dinikmati bersama2

dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang

sentiasa berada di

hati kita..



Bayangkan...bila dah kerja nanti...kalau kita

mati.. pihak syarikat

akan senang2 cari orang lain..gantikan kita.

Tapi..keluarga, rakan2

yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan

berasa suatu kehilangan

sepanjang hidup mereka.....



Fikirlah...selama ni.. apa yang kita dah buat

untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??


 


Wassalam...///



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 256
Date:

A`kum...


 


bagus jugak posting nie...



__________________
DONT SANGKA KELIAK WATA NO BOYA...29 yang bertauliah...


Senior

Status: Offline
Posts: 115
Date:

sediah ahhhh ceter tu

__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

As'kum,


Saya sebagai remaja,sampai sekarang tidak rasa kasih sayang dari keluarga,ataupun saudara mara,semuanya mementingkan diri sendiri tanpa hendak tahu perasaan saya,tapi saya tak mahu cerita panjang,mmg dah biasa dgn hidup keseorgn,dan yg hanya saya ingat sejak temu forum ni,baru saya sedar,Allah menyayangi saya,walaupun tak nampak,tapi terasa kasihnya kepada saya..


w'slm..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

ikut hati mati


ikut rasa binasa




__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Sedih citer ni...
Lepas ni kena la bawak anak aku gi jalan2....

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

sayangilah keluarga kita walaupun dimana kita berada... Rumahku Syurgaku

__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

sorii nak tanyer putihsalju..Nama ayah Amin tu saper yer???sian org tua tu

__________________
nor mazwan bin mazlan


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

uiks..
sodih den baco...
hu tp ayh den busy sepnjg..
so sad...

__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


Senior

Status: Offline
Posts: 200
Date:

walaupun saya belum beranak.. kekee... takder anak r tu... tapi sedey gak... best citer dier... sempoi... bleh menaikkan semangat ibu bapa...

__________________
Amal Makruf Nahyil Mungkar
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

ja;an cerita yang menarik....


sungguh dramatik.



__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

Assalamualaikum,


Ingat anak kita adalah Emas kita,bukannya duit yg ada,itu hanyalah kegunaan untuk kehidupan..


"Sentiasa Bebaik2 Ngan Anak Kita(Jika Ada)"


waalaikumusalam..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard