Saya sebagai seorang bekas pelajar ajaran Ayah Pin merasa terpanggil untuk memperjelaskan tentang ajarannya yang telah memesongkan saya selama tiga tahun sebelum ini.
Saya telah memasuki ajaran Ayah Pin melalui kawan karib saya iaitu anak lelakinya yang glamour dengan panggilan Lepat yang satu masa dulu pernah menjadi tajuk berita apabila anaknya dibawa lari ke England oleh bekas isterinya.
Saya adalah seorang yang selama ini jauh daripada Allah, oleh itu saya ingin mendekatiNya setelah banyak berdosa. Inilah yang membuatkan saya boleh memasuki ajaran Ayah Pin yang saya fikir dapat menenangkan jiwa kosong saya.
Tetapi lama kelamaan, saya menjadi keliru kerana sepanjang berada dalam pengajian Ayah Pin, dia menyeru para pengikutnya agar tidak menunaikan sembahyang kerana menurutnya bagaimana kita mahu sembahyang sedangkan kita belum lagi mengenal Allah.
Tambahan pula, dalam majlis-majlis pengajiannya, percampuran di antara lelaki dan perempuan berleluasa dan saya pernah terserempak Ayah Pin melakukan zina dengan isteri Rosly Abdul Samad (orang paling rapat dengannya) dan saya terus melaporkan perkara terkutuk itu kepada Rosly.
Malangnya Rosly dengan selambanya menjawab bahawa dia meredakan persetubuhan haram Ayah Pin dengan isterinya kerana dia cuma mengharapkan syafaat dari Ayah Pin. Saya amat keliru dengan kata-kata Rosly itu yang merupakan bekas pemain drum kumpulan muzik Def Geb C.
Saya semakin keliru apabila Rosly memberitahu saya bahawa Ayah Pin adalah Imam Mahdi. Saya berfikir seorang diri bagaimana Ayah Pin boleh menjadi Imam Mahdi sedangkan dia bergelumang dengan perzinaan dan sering mabuk arak.
Satu peristiwa lagi yang telah menyedarkan saya hingga membuatkan saya meninggalkan ajaran karut Ayah Pin ketika saya mendapati Ayah Pin membina kekayaan peribadi melalui kutipan duit daripada kami semua pengikut ajarannya. Ayah Pin mengatakan bahawa beliau perlukan wang yang banyak untuk meneruskan perintah kerajaan langit untuk “menyedarkan semua insan” khususnya di Malaysia dan amnya di dunia.
Ayah Pin juga selalu menanamkan dalam minda kami bahawa dia akan menjadi perdana menteri tidak lama lagi dengan bantuan kerajaan langit.
Saya menyeru kepada Rosly dan rakan-rakan saya yang lain agar segera kembali ke pangkal jalan dan bertaubat sebelum Allah mengenakan azab ke atas mereka semua yang memesongkan ajaran Islam yang sebenar.
Bagus la saudara Hanif dah kembali ke jalan yang diredhai ALLAH.......semoga taubat anda diterima....banyak-banyakkan amal ibadah supaya diri kita akan lebih dekat denganNya.
__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............
Alhamdulillah...Hanif telah kembali kepada Allah...Dulu Hanif berada di bawah pemerintahan Kerajaan langit tapi syukur sekarang Hanif telah kembali kepada pemerintahan kerajaan Barisan...
Tumpang tanya sikit, Lepat yang dimaksudkan itu bukankah ahli pekida dan juga tinggal di pulau pinang? bukan orang jelutong kah dia? kalau lepat yang dimaksudkan itu adalah Lepat yang di pulau pinang, yang selalu bersantai di chulia street, pelik jugaklah... macam mana pulak saya tak tau dia anak ayah pin sebab abg sepupu saya agak akrab dengan si lepat ni. mintak tolong clarify kan fakta. maklumat anda didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Saudara2 ku sekalian.................Rukun Islam ada 5 kan...rukun Iman ada 6...semua tahu kan..tak yah di detail kan ye............So, jika ada ajaran yg kononnya Islam tapi lain dari berpegang kepada perkara2 di atas..maka, pembohongan lah itu.....tinggallah ia sebaik saja tersedar.........InsyaAllah...
__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.
ayah pin juga telah menyebabkan mesin atm di seluruh dunia hang..kerana takbleh masuk no pin...
__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
Baguslah saudara dah taubat. saya rasa time tu mungkin saudara kene pukau dgn ayah pin laknatullah ... pasal takan saudara begitu daif ingin bergurukan penyembah berhala. Anyway, rajin2 lah pergi ke masjid, banyak ilmu yg boleh diperolehi disana.
Baguslah saudara dah taubat. saya rasa time tu mungkin saudara kene pukau dgn ayah pin laknatullah ... pasal takan saudara begitu daif ingin bergurukan penyembah berhala. Anyway, rajin2 lah pergi ke masjid, banyak ilmu yg boleh diperolehi disana.