Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor telah memohon maaf kepada Anwar. Apa berlaku di malam itu sebenarnya.
Oleh Anwar Ibrahim (Petikan dari buku Warkah Anwar)
Setelah rumah saya diserang dalam keadaan kelam kabut di malam tersebut, diiringi OCPD dan UTK yang ada dalam kereta. Saya diberi jaminan akan dapat menemui keluarga. Jadi saya pun mengharap sebab tak sempat jumpa anak-anak sebelum dibawa pergi.
Kemudian di tengah perjalanan dari rumah ke Bukit Aman, panggilan telefon diterima dari Ketua Polis Negara yang mengarahkan mata saya ditutup.
Pegawai UTK dengan sopan memberitahu saya: “Dato’ Seri, minta maaf, saya dapat arahan supaya mata Dato’ Seri ditutup.” Saya jawab, “tak apalah kalau itu tugas anda.”
Dengan kesedihan pegawai tersebut sambil mengeluarkan air mata memeluk dan mendakap saya sambil menyatakan maaf. Lalu mata saya ditutup. Dan saya dibawa ke satu tempat yang kemudian diberitahu Bukit Aman.
Apabila dibawa turun dari kereta, dalam keadaan mata tertutup, daripada bawah saya nampak kaki ramai pegawai polis beratur.
Kemudian saya dengar satu suara menjerit, “Why he is not hand-cuffed like a common criminal (Kenapa tangannya tidak digari seperti penjenayah lain!?)” Saya dapat tahu kemudiannya suara tersebut datang dari Pengarah CID, Dato’ Yaakub Amin.
Maknanya saya dapat baca bahawa pada masa itu saya bukan dituduh, tetapi walaupun belum dihadapkan ke mahkamah, saya dianggap sebagai penjenayah. Jadi saya telah menjangka bahawa wujud rencana politik jahat terhadap saya. Saya dimasukkan ke dalam lokap.
Kemudian gari dan penutup mata saya dibuka. Saya berdoa dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Kemudian masuk pegawai polis dan menyatakan mereka menerima arahan untuk menutup mata dan menggari semula tangan saya.
Pukulan maut
Maka, mata saya ditutup dengan kain ikatan dan saya digari semula.
Kemudian saya mendengar bunyi derapan kaki, disertai tabik dan sebagainya serta bunyi orang berdeham.
Dua orang masuk ke dalam lokap saya lantas saya dipukul dengan keras dan ganas mengakibatkan saya terjatuh. Dan saya terus membaca ayat al-Quran yang diperingatkan kepada saya dua malam sebelumnya oleh Dr Yusuf Qardhawi.
Pukulan yang saya terima amat kuat dan kencang sekali dan ditujukan di muka, di kepala dan di leher. Saya mendapat kesan bahawa tujuannya ganas dan untuk merosakkan, kalaupun tidak untuk membahayakan.
Walau kesannya tidak teruk, tetapi kerosakan di bahagian kepala amat berbahaya. Saya dapati pukulan itu mahir dan ditujukan bukan saja di bahagian kepala dan leher, tetapi oleh kerana saya terjatuh di atas pangkin simen yang keras, maka kesan sakit amat saya rasakan di tulang belakang.
Kaki ditendang beberapa kali tetapi saya tidak merasa kesan yang banyak. Paling kuat ialah di bahagian kepala. Seperti mana yang disebut kemudian oleh Dr Halim ketika perbicaraan Suruhanjaya Diraja selepas itu, pukulan-pukulan tersebut boleh membawa maut.
Akibat pukulan-pukulan tersebut saya terjatuh dan terlentang di atas pangkin simen. Beberapa lama kemudian masuk seorang pegawai untuk membuka semula gari saya.
Saya lihat banyak percikan darah di atas lantai dan di baju melayu berwarna putih yang saya pakai. Darah juga mengalir di hidung dan di beberapa bahagian kepala saya.
Selepas itu, saya terus pengsan. Saya tersedar dalam pukul 2 atau 3 pagi, ketika seorang pegawai polis datang dan mengejutkan saya serta meminta saya mengisi borang ISA. Saya dalam keadaan separuh sedar.
Jangan tandatangan ketika separuh sedar
Biasanya saya melarang semua kawan-kawan yang ditangkap untuk menandatangani apa-apa surat ketika dalam lokap kerana saya tahu muslihat kotor mereka dalam keadaan begitu. Namun, kerana ketika itu saya tidak berupaya dan tidak betul-betul sedar, surat itu ditandatangani.
Kemudian saya terlantar semula sehinggalah sampai keesokan paginya. Sebelum ditangkap, Azizah dan anak-anak telah saya ingatkan bahawa kita tidak tahu apa kesudahannya kezaliman ini.
Dan ketika itu saya berdoa kepada Allah SWT, kalaupun ditakdirkan kehidupan saya berakhir di situ, biarlah saya sempat menemui Azizah, anak-anak dan ibu bapa saya terlebih dahulu.
Esoknya sampai lewat pagi, polis yang bertugas berkata beliau cuba mengejutkan saya dari tidur tetapi saya belum sedar. Beliau memberitahu bahawa ada pegawai-pegawai polis yang datang tetapi mereka tidak berupaya melakukan apa-apa kerana doktor tidak dibenarkan menemui saya.
Sehinggalah ke awal pagi, saya mula merangkak keluar dari bilik dan kemudiannya dipapah oleh anggota polis yang sebenarnya begitu sopan dan baik serta bersimpati.
Beliau membawa saya ke tandas untuk membersihkan muka dari kesan darah dan saya kemudiannya menyempurnakan solat. Belum pun selesai wirid, saya terus terlantar lagi seterusnya tertidur sehingga ke petang.
Kemudian datang seorang pegawai polis (berpangkat komandan) dan saya memberitahu beliau bahawa saya dalam keadaan kesakitan dan kalau boleh diberikan ubat dan kesempatan untuk menemui doktor.
Pegawai itu keluar dan datang kembali sejam kemudian dan berkata dengan nada yang sangat sedih-: “Maaf, saya telah menghubungi SAC Musa Hassan dan beliau menyatakan bahawa beliau dan Ketua Polis Negara (Rahim Noor) tidak membenarkan saya menemui sesiapa.”
Tidak ada sebarang ubat. Kemudian ada polis yang bersimpati membantu saya menyapu minyak biasa ke muka saya. Dua hari pertama saya tidak makan apa-apa melainkan air panas suam.
Memang pada masa itu, setiap satu jam, ada pegawai polis yang melalui kawasan tersebut, tetapi tidak ada sebarang tindakan sehingga pada hari kedua seorang anggota polis memberitahu dengan nada simpati bahawa keadaan di luar masih gawat, masih ramai gerakan yang membantah penahanan saya. Beliau juga memberitahu ramai lagi yang ditangkap.
Ni semua takdir yang maha esa.....segalanya adalah ketentuannya supaya kita sentiasa menginsafi diri .....mungkin apa yang terjadi disebabkan oleh ujian atau sebagai balasan di atas kealpaan kita.....
__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............
Jangan kita bersekongkol dengan orang yang membuat zalim kelak akan disambar oleh api neraka
Ya,tepat sekali.Sekarang ini di sekeliling kita banyak sekali yang bersikap hipokrit.nampak macam baik cakap berhujjahkan Al Quran tetapi hakikatnya mereka berpura-pura.Dah tahu yang mereka sokong itu zalim tetapi masih lagi menegakkan benang basah...
Benda yang zalim tetap dikatakan zalim...Jika tidak mempu mencegah dengan tangan kita cuba menegurnya.Jika tidak mampu mencegah dengan teguran iaitu lidah benci dalam hati dan ingatlah itulah selemah2 iman...