Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kenaikan harga petrol(Mari bincang secara Ilmiah)


Veteran

Status: Offline
Posts: 55
Date:
kenaikan harga petrol(Mari bincang secara Ilmiah)


Harga minyak naik kerana kerajaan tak sanggup lagi membayar subsidi petrol untuk mengekalkan harga rendah petrol. Itulah yang kita baca dan dengar dari media  sekarang.Ramai orang mengganguk tapi apa kah mereka menganguk faham atau mengagguk tak faham. Inshaalah saya cuba huraikan bagaimana yangdimaksudkan dengan istilah subsidi petrol.


kalaulah yang bercakap itu adalah Menteri perdagangan Vietnam yang tak ada minyak dalam negaranya..itu mungkin betul. Vietnam tak ada minyak diperut bumi nya maka setiap titik minyak mentah atau petrol mesti dibeli dari negara lain. Yang peliknya , yang bercakap itu adalah menteri perdagangan malaysia yang mengeksport minyakKita perlu mengetahui beberapa fakta penting untuk berbincang tentang harga minyak ini.


1. hendak lah diketahui bahawa separuh dari harga yang kita bayar untuk selitre petrol yang kita curah dalam kereta kita adalah bayaran cukai kepada kerajaan malaysia BN. Ianya sudah dikira dalam harga petrol itu tanpa disedari.



2. harga memproses dari minyak mentah ke minyak petrol ialah 20 percent dari harga minyak petrol refined.Semuanaya berlandaskan harga minyak mentah dengan harga refined petrol dari singapore(yahudi timur).Beza atau margin nya di panggil 'Singapore Petrol refiner margin'.Margin refined oil atau harga minyak mentah tolak harga singaproe refined oil adalah purata 10 usdollars per barrel.Ini adalah



3. hendaklah juga diketahui bahawa percent keuntungan retail dan wholeseller petrol adalah stable maknanya jangan kita marah orang jual minyak.


Sekarang mari kita fikir perlahan lahan apakah ia istillah subsidi petrol. Ramai mengangap subsidi petrol semacam dengan subsidi harga petrol kepada nelayan iaitu kerajaan beli minyak dari stesyen minyak berdekatan dan jual dengan harga murah pada nelayan.. seolah olah kerajaan guna duit pembendaharaan..keluar cek ..bayar stesyen minyak dan rugi. Jawab nya NO.. ini bukan nya yang berlaku.


istilah Subsidi petrol yang digunakan ialah sebenarnya JUMLAH CUKAI ATAU PENDAPATAN YANG TIDAK DAPAT DI PUNGGUT OLEH KERAJAAN AKIBAT MENJUAL HARGA PETROL lebih rendah DARI INTERNATIONAL PRICE'.
Ia nya adalah SUBSIDI ATAS KERTAS dalam bentuk tax melepas' yang tidak dapat dipunggut oleh kerajaan.


Apa yang sebenarnya berlaku pada minyak orang terengganu yang sudah dizalimi ..sudahlah kena tarik royalti dan sekarang terpaksa beli barangan mahal pula untuk sara hidup anak bini.


Minyak dibumi terengganu dimiliki oleh orang terengganu. Akibat terengganu duduk bawah federal , maka petronas diberi kuasa untuk mengali dan mengepam minyak.mengepam minyak ni bukan kerja susah , pasang switch pam sedut dengan enjin rolls royse dan masuk kedalam kapal minyak atau refinery di kerteh.


Minyak yang dipam ini bila dijual ke America. Sebenarnya , Petronas mempunyai dua pilihan sama ada hendak jual minyak mentah ke usa dan singapore atau memproses sendiri dikerteh jadi petrol kereta. Apa yang dibuat oleh PETRONAS pemalas ini ialah ..mereka lebih suka jual pada singapore atau usa .


Bila berlaku kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia ..petronas mendapat manafaat lebih tinggi berbanding dengan royalti.


Sekarang masaalah nya,rakyat terpaksa bayar lebih atas benda yang milik nya ia itu minyak mentah. Kenapa rakyat perlu bayar mahal pada barang miliknya.Sekarang kita kaji pula dimanakah yang dikatakan subsidi.


Subsidi yang dimaksudkan ialah , tax yang diabaikan atas harga petrol .Adakah itu subsidi namanya.Itu sebenarnya , merendahkan tax pada bahan petroelum. Satu lagi perkara..mengapa Petronas masih lagi mengeksport minyak mentah keluar negara dalam keaadaan rakyat tak ada minyak. Sepatutnya Petronas yang menjaga harta rakyat tidak mengeksport minyak tetapi memproses didalam negeri dengan harga refinery yang hanya menambah kos 20 percent dari harga minyak mentah. Kalau lah minyak mentah dianggap percuma maka sepatutnya harga yang kita bayar hanya lah 20 percent dari harga yang dijual sekarang.


untuk baca terperinci lagi sila ke http://ahmadhadeed.tripod.com


 



__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

As'kum,


Saya setuju tu,semuanya pentingkan diri sendiri sampaikan rakyat sendiri susah nak dapatkan minyak dari tanah air sendiri,itu semua tak sepatutnya jadi,kerana saya bawa motor dan motor juga perlukan minyak,rm1 hanya 0.617..tak SAMPAI 1LITER pun,apa ni semua?


w'slm..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Bagi saya kalau nak naikkan petrol gaji kenalah naik...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 115
Date:

TULAH PASAL SAYA KATE R KITER ADER MINYAK SENDIRI NAPER NAK SUSAH2 KAN RAKYAT LAGI KITER SENANG CAM MEREKA2 KER DIA ORG INGAT KITER NI HIDUP SENTISA KENER SUSAH...KER KASI LAH SENANG SIKIT........KATA KITER NI KALAU KITER DAH RASA SUSAH APA TAH LAGI YG SUSAH DARI KITER PIKIR2 KAN LAH

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:

Bismillahirahmannirahim



Assalamualaikum W.B.T



Ini Ruangan motivasi bukan runagn isu semasa nak bincang pun kena lah tempatnya


ini bincang cerita kambing kat reban ayam


betul sikit saudara jgn main ikut suka je


kalau naak main sentimen pun biar betul tempat


maaf kalau tersinggung


cuma membetulkan manusia supaya berforum biar kena tempat


Alhamdulilahirabilalamin...





__________________
sunan kalijaga
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Veteran

Status: Offline
Posts: 55
Date:

sunan_kalijaga wrote:


Bismillahirahmannirahim Assalamualaikum W.B.T Ini Ruangan motivasi bukan runagn isu semasa nak bincang pun kena lah tempatnya ini bincang cerita kambing kat reban ayam betul sikit saudara jgn main ikut suka je kalau naak main sentimen pun biar betul tempat maaf kalau tersinggung cuma membetulkan manusia supaya berforum biar kena tempat Alhamdulilahirabilalamin...


Mohon maaf di ats kesalahan penggunaan ruang.


Tapi tiada pulak niat nak main sentimen...sekadar membuka minda pada sdr sesama islam yang lain supaya tidak diperbodohkan oleh orang yang tak bertanggungjawab.


Yang penting jgn ada niat tak baik pad aorang lain.


"maaf kalau tersinggung cuma membetulkan manusia"





__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

Kalu petrol dah naik nampak gayanyer tol pun naiklah...Kan diorang ni tengah belawan saper yg lagi terer kasi susah sama rakyat

__________________
nor mazwan bin mazlan


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:

Hrmm,bebaru nie dah heboh harga ikan dan sayur melambung 2-3 kali ganda.


Yang kaya terus kaya,yang miskin terus melarat...


Silap haribulan lepas ni makin bertambahlah yang makan siput babi....



__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

As'kum,


Ish2,tak baik ckp cam tu mrbean,patut nye kena beri semangat,berusaha,berjimat cermat,itu semua penting sekarang ni,tak de duit makanan untuk makan pun sikit,semua dah naik harga sebabkan bahan mentah semua pn makin kurang..tul tak?




__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:

Bukan cam tu,kekadang kita nasihatkan orang, suruh orang sabar, terima ini sebagai takdir...sbb benda nie tak kena pada kita...Berat mata menandang,berat lagi bahu yang memikul Cuba baca apayang ditulis oleh sahabat kita nie :-






Mengeluh lagi kita tahun ini. Entah berapa kali mengeluh sudah tahun ini, saya pun tak pasti. Petrol naik lagi, yang pasti ianya akan mengakibatkan rantaian kenaikan harga barangan. Tarif elektrik sudah diberi perkhabaran akan naik.

Mungkin bagi kami sekeluarga bolehlah menyahut seruan Pak Menteri agak bijak berbelanja. Jika dahulu mungkin sebulan sekali bawa keluarga makan di restoran, mungkin sekarang setahun sekali makan di restoran.

Jika dahulu pergi surau naik kereta mungkin sekarang pergi surau naik basikal atau jalan kaki, badanpun akan sihat. Itu bagi kami sekeluarga, yang Alhamdulillah, walaupun tidak mewah tapi masih boleh bijak berbelanja.

Kalau dahulu dihantar anak ke tuisyen, mungkin sekarang mengajar anak sendiri di rumah pada waktu malam.

Tapi bagaimana ungkapan bijak berbelanja ini hendak saya terangkan pada teman-teman saya, orang-orang bawahan saya yang gajinya kurang RM700 sebulan mempunyai isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga 6 orang anaknya.

Bagaimana formula yang harus saya berikan pada rakan saya ini dengan gaji RM700 sebulan belum ditolak dengan KWSP dan SOCSO supaya bijak berbelanja dalam menggunakan air yang sentiasa dicatu di Seremban ini, bijak berbelanja supaya tidak menggunakan motosikal buruknya ke tempat kerja, bijak berbelanja supaya dapat membayar yuran persekolahan, buku-buku dan pakaian sekolah anaknya apabila masuk sesi baru 2006 nanti yang mencecah ribuan ringgit.

Kalau dahulu bolehlah disuruh anak-anak bijak berbelanja dengan menurunkan buku-buku teks yang bertahun-tahun digunakan kakak dan abang kepada adik-adiknya. Tapi sekarang bagaimana hendak bijak berbelanja jika setiap tahun walaupun rakan saya yang gaji RM700 tadi dapat bantuan buku teks tapi buku latihan dan praktikalnya begitu banyak dan perlu dibeli setiap tahun.

Bagaimana dia harus bijak berbelanja sedangkan nak bayar bil air dan bil elektrik pada kadar lama pun masih berhutang keliling pinggang ?

Setiap minggu kedengaran sahaja keluhan kesusahan rakan atau jiran. Ada jiran yang daif baru kematian tempat bergantung, telah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun masih belum ada jawapan, barangkali sekarang terlalu banyak permohonan untuk diproses sejak akhir-akhir ini.

Begitu juga ada yang memohon bantuan Baitul Mal, ada yang sudah dapat ada yang sedang dalam proses. Ada yang dibantu oleh jiran sekeliling dan orang ramai.

Namun jumlah yang meminta bantuan ini makin lama makin ramai apabila harga petrol dan barangan terus naik.

Nak disalahkan Pegawai Kebajikan Masyarakat, mereka sudah memberi khidmat sekadar termampu. Nak disalahkan Pegawai Baitul Mal, mereka juga dihujani timbunan permohonan saban hari. Nak disalahkan jiran-jiran, mereka juga hanya dapat membantu sekadar yang boleh, kerana mereka semua sekarang sedang bijak berbelanja.

Terfikir juga sekiranya ini berterusan akan berlaku kegawatan sosial yang begitu serius di Malaysia ini.

Apakah mungkin kadar rasuah di jalanan dan di tempat awam akan bertambah dalam menyahut seruan bijak berbelanja ini, kerana majikan juga bijak berbelanja dengan mengurangkan kadar elaun dan menghentikan kerja lebih masa?

Apakah mungkin makin ramai anak-anak tidak akan ke sekolah kerana mereka harus bijak berbelanja, daripada menghabiskan wang membeli buku-buku sekolah, lebih baik mereka bijak berbelanja membeli beras yang amat diperlukan untuk meneruskan kehidupan mereka?

Apakah mungkin selepas ini kadar jenayah akan bertambah kerana mereka yang tidak menamatkan pelajaran ini tidak mempunyai kelayakan untuk mendapat tawaran kerja setaraf siswazah menganggur?

Apakah mungkin lebih banyak kabel-kabel elektrik akan dicuri untuk dijual sebagai besi buruk, dan akibatnya kos kerugian kabel-kabel elektrik ini akan melebihi daripada kos kadar tarif elektrik yang akan dinaikkan?

Mungkin bagi kami sekeluarga kami boleh lagi bijak berbelanja, tetapi sejauh mana dapat bertahan apabila ramai disekeliling kita yang datang mengadu setiap hari.

Sekiranya semua rakyat Malaysia ini bijak berbelanja dengan tidak lagi mengunjungi restoran-restoran mewah, restoran makanan segera, mungkin mereka dapat mengurangkan kos perbelanjaan bulanan mereka tapi dalam masa yang sama akan menyebabkan semua pengusaha hotel, pengusaha restoran akan gulung tikar.

Jadi apakah jalan penyelesaian yang dapat diberikan dalam kita menangani kenaikan harga petrol dan harga barangan ini selain daripada menyuruh rakyat bijak berbelanja?

Bijak berbelanja dengan menghentikan atau mengurangkan penajaan program yang tidak membawa faedah kepada rakyat?

Bijak berbelanja dengan menghentikan atau mengurangkan pembelian persenjataan canggih? Bijak berbelanja dengan menghentikan atau mengurangkan kursus-kursus pegawai kerajaan di hotel-hotel?

Bijak berbelanja dengan menghentikan atau mengurangkan perbelanjaan sambutan Hari Kemerdekaan, sambutan Idil Fitri, sambutan Rumah Terbuka Malaysia?

Bijak berbelanja dengan menghentikan atau mengurangkan rumah-rumah terbuka sempena perayaan?

Mengecualikan cukai pintu, cukai tanah, insuran kenderaan kepada mereka yang berpendapatan kurang RM 100O dan mengikut ratio bilangan anak?

Mengecualikan yuran sekolah untuk mereka yang berpendapatan kurang RM1000 dalam mempastikan tidak seorangpun anak di Malaysia ini tanpa mengira bangsa dan agama keciciran daripada pelajaran?

Semoga amalan bijak berbelanja ini dapat diamalkan oleh semua pihak serta dikecualikan kepada mereka yang tidak mampu untuk bijak berbelanja untuk mempastikan keseimbangan sosio ekonomi masyarakat Malaysia yang boleh membawa kepada pelbagai gejala sosial dan jenayah.





Inilah realiti kehidupan.Yang kaya bertambah kaya yang miskin terus merempat...












__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

Assalamualaikum,


Betul kata abg mrbean,mungkin kita tidak akan mendapat hidup dgn aman dgn asyik memikirkan pasal ekonomi,mungkin juga keluarga akan menjadi hura hara,masa depan kanak2 juga akan terjejas kerana masalah kewangan,ini lah yg dihadapi rakyat sekarang,tetapi perasan tak?yg bangsa lain semakin kaya sedangkan bangsa kita makin teruk,tepuk dada tanya iman,kerana macam2 cara yg dilakukan adalah dengan cara yg salah,kita kena bangun dan dlm bidang perniagaan,bangsa kita perlu bertolak ansur dan tidak dengki sesama bangsa,rezeki dtg dari Allah jua,di dunia perlu berbuat baik untuk diredhai Allah,jgn la sesekali kita lupa,kita juga jgn benci membenci antara bangsa,ini semua akan menjejaskan segala2nya,ayuh,kita bergading bahu dan majukan ekonomi negara dan majukan bangsa kita,ingat kita adalah tuan rumah di negara ini,jgn kita berikan pada org yg tidak bertanggungjawab..Maafkan saya jika ada terkasar atau tersilap kata,ini semua untuk menyedarkan rakyat sekarang..


Berjuang Perlukan Semangat , Dan Semangat Berjuang Tidak Akan Terpadam


waalaikumusalam..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard