Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kerajaan bertindak jika harga keperluan dinaikkan


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Kerajaan bertindak jika harga keperluan dinaikkan


Kerajaan bertindak jika harga keperluan dinaikkan
KUALA LUMPUR 7 Ogos - Timbalan Perdana Menteri hari ini memberi amaran kerajaan akan menghukum mereka yang didapati menaikkan harga barang keperluan tanpa kelulusan atas alasan menanggung kos yang tinggi berikutan kenaikan harga bahan api baru-baru ini.

"Sekiranya mereka menaikkan harga barang keperluan tanpa kelulusan kerajaan, maka kami akan menghukum mereka kerana berbuat demikian," kata Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pemberita selepas majlis konvokesyen sulung Universiti Tuanku Abdul Rahman di ibu pejabat MCA di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat pengusaha pengangkutan untuk mengenakan surcaj bahan api ke atas barangan yang mereka bawa berikutan kenaikan harga diesel.

"Kami terlebih dahulu perlu mengkaji peratusan kenaikan barangan yang dibawa disebabkan peningkatan harga diesel.

"Kami perlu melihat sama ada kenaikan itu ada kewajaran dan asas untuk menaikkannya (harga)," kata Najib.

Beliau berkata, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi masih belum mengemukakan kertas kepada Kabinet berkaitan permohonan menaikkan harga barang keperluan ekoran peningkatan harga bahan api.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Perdana Menteri berkata, kegagalan bumiputera untuk menguruskan perusahaan mereka secara efisien merupakan satu daripada punca kegagalan Dasar Ekonomi Baru, yang berakhir pada 1990.

Beliau berkata, perusahaan bumiputera tidak seharusnya mengambil "jalan pintas" bagi mencapai kejayaan, sebaliknya bekerja keras untuk memajukan perniagaan.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop semalam bahawa kelemahan agensi pelaksana dan kegagalan peniaga bumiputera untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi mempertingkat perniagaan mereka merupakan dua sebab utama matlamat DEB tidak dicapai. - Bernama


__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 62
Date:

memang wajar skali TPM kite memberi peringatan kerana terlampau ramai golongan peniaga ambik kesempatan sebab kenaikan harga petrol & diesel baru2 nie. lebih menyedihkan para peniaga melayu yang sanggup menjadikan mangse mereka ialah kaum melayu sebagai peluang untuk mengambil kesempatan. siape lagi hendak membela melayu jika bukan melayu itu sendiri? fikirkan..... 



__________________
pantang berundur sebelum ajal///


Veteran

Status: Offline
Posts: 61
Date:

sejarah inflasi kini berulang. inilah yang berlaku sekitar tahun 70an. namun ianya dapat diatasi dengan kempen inflasi sifar pada sekitar tahun 80an olih bekas tpm. kejayaan inflasi sifar dikecapi olih malaysia pada tahun 90an.


kini tahun milinium (2000an), ianya berulang... malah ianya diramalkan lebih teruk dari yang terdahulu...


siapakah yang bakal dapat mengatasinya...


sepatutnya inflasi di cegah bukan di sergah...


:- apabila "tanah, air, api, angin" naik. apa yang bakal terjadi nanti ???



__________________
*ardmard*


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm


banyak benda nak kaji sebelum bertindak tuuuuuuuuuuu




__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard