Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Masih ramai anak Melayu tidak minat belajar


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Masih ramai anak Melayu tidak minat belajar



BESUT 6 Ogos - Ramai anak Melayu masih tidak berminat mengejar ilmu, sebaliknya lebih suka berfoya-foya serta terlibat dengan gejala sosial, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Abdul Rahman Bakar.

Beliau berkata walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan selama 48 tahun, orang Melayu didapati masih tidak begitu menitikberatkan penguasaan ilmu sedangkan peluang untuk mendapatkan ilmu amat banyak.

Katanya dahulu peluang untuk belajar hingga ke peringkat yang lebih tinggi kurang berbanding hari ini apabila banyak kemudahan disediakan kerajaan termasuk biasiswa dan pinjaman.

``Bagaimanapun ada anak-anak kita yang masih belum sedar dan tidak berminat untuk belajar bagi mencipta kejayaan dan memperbaiki taraf hidup keluarga,'' katanya pada majlis perasmian Kembara Merdeka Jalur Gemilang peringkat Terengganu di Kampung Beting Lintang di sini hari ini


__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 50
Date:

benda ni semua orang tahu, semua orang sedar... cuma tidak ada orang yg nak peduli lakukan sesuatu utk baiki keadaan...


Itu lah sebab r&d usahakan semuanya.. walaupun dalam keadaan yg berdikit dikit, namun usaha terus dilakukan dengan terus menerus.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:

Diana wrote:


benda ni semua orang tahu, semua orang sedar... cuma tidak ada orang yg nak peduli lakukan sesuatu utk baiki keadaan... Itu lah sebab r&d usahakan semuanya.. walaupun dalam keadaan yg berdikit dikit, namun usaha terus dilakukan dengan terus menerus.


setiap mereka ada minatnya.. yang tersendiri...


 



__________________
marsos six time
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard