Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pengikut Ayah Pin akan dipulihkan akidah


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Pengikut Ayah Pin akan dipulihkan akidah



Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan mendapatkan bantuan Jabatan Pelajaran, Jawatankuasa Keselamatan Negeri, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), pejabat daerah dan beberapa agensi berkaitan dalam tumpuan mereka memulihkan akidah lebih 1,000 pengikut ajaran sesat Ayah Pin dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari Negeri Wan Mohd Wan Hassan berkata ada di kalangan pengikut ajaran itu sudah terjebak dengan ajaran itu sejak 30 hingga 40 tahun lepas dan usaha memulihkan akidah mereka adalah sukar serta mengambil masa yang lama.

``Untuk memulihkan akidah mereka agak rumit kerana mereka terlalu taksub kepada pemimpin mereka. Tetapi dengan pendekatan yang kita ada, insya-Allah akidah mereka akan dapat dipulihkan,'' katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian Kembara Merdeka Jalur Gemilang peringkat negeri di Kampung Beting Lintang di sini hari ini.

Beliau berkata pihak berkuasa agama akan menggunakan kaedah penerangan, perbincangan dan pendekatan lain dalam memperbetulkan akidah pengikut kumpulan itu.

``Kerumitan timbul apabila pengikut kumpulan itu bukan terdiri daripada mereka yang berilmu kerana sebahagian besar daripada mereka jahil dalam agama. Jadi kalau kita nak guna hujah agama seperti ayat Quran, hadis dan sebagainya, tidak berapa tepatlah. Kita boleh gunakan pendekatan lain seperti perbincangan, kaedah logik dan sebagainya supaya mereka dapat memahami apa yang dibawa dan diikut selama ini adalah tidak benar,'' katanya.

Wan Mohd berkata terdapat kira-kira 1,000 pengikut Ayah Pin tinggal di perkampungan ``kerajaan langit'' itu di Batu 13, Hulu Besut sejak lebih 30 tahun lepas.

Mengenai ketua ajaran itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Mohamad, 65, yang masih menghilangkan diri, Wan Mohd berkata beliau percaya Ayah Pin masih berada di negeri ini.


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:


assalammualaikum


bagus laaa tu... mereka tidak bersalah cuma terikut2 dengan duniawi... ajaran a.pin


pada a.pin dia ada dua pendekataan.. satu kembali kejalan yang asal iaitu kejalan Allah ... kedua rejam sampai mati...atau sebat sampai dia mati....ni sendiri mau ingat...







4. An Nisaa'





89. Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka). Maka janganlah kamu jadikan di antara mereka penolong-penolong(mu), hingga mereka berhijrah pada jalan Allah. Maka jika mereka berpaling, tawan dan bunuhlah mereka di mana saja kamu menemuinya, dan janganlah kamu ambil seorangpun di antara mereka menjadi pelindung, dan jangan (pula) menjadi penolong,







4. An Nisaa'




137. Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman (pula), kemudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya,maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka, dan tidak (pula) menunjuki mereka kepada jalan yang lurus.


ALLAH MAHA BESAR   ALLAH MAHA BESAR   ALLAH MAHA BESAR


 


teringat pesan Ayah


cangkul, paku, kain kafan....



__________________
marsos six time


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:


Nak tanya sikit...Ayah Pin pegi maner yer...Maner kehebatan pihak Polis yg diwar2kan polis yang paling cekap di dunia?Agaknyer dah naik langit kut..Sian org tua tu.Tak pun dah naik syeikh..ki..ki..ki

__________________
nor mazwan bin mazlan


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Ayah Pin bina kerajaan baru pulak agaknya...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

Bukannya mudah untuk memulihkan akidah pengikut ayah pin ni..


Ruang kosong mereka telah diisi oleh ayah pin...


Ada lagi rupanya yang dahaga ilmu, dan ada yang ambik kesempatan!!



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:


smoga pengkut ayah pin


di ampun kan oleh ALLAH S.W.T.


amin...


smoga m,sia tiada lg ajrn sesat ni..


sama2 r kita doakan........



__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


Senior

Status: Offline
Posts: 256
Date:

tongkat30 wrote:


Ayah Pin bina kerajaan baru pulak agaknya...


 


 


A`kum...


 


Kerajaan Laut kowt....


 


hihihihi...



__________________
DONT SANGKA KELIAK WATA NO BOYA...29 yang bertauliah...


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

kalukrajaan laut jawabnya berkawan dengan si DAJJAL dekat segitiga bermuda la tu..ki...ki...


 


taubat sebelum terlambat



__________________
nor mazwan bin mazlan


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

pin dia dah kena block kot......................?




__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard