JOHOR BAHRU 6 Ogos - Kira-kira 10,000 atau satu peratus daripada satu juta penduduk bandar raya Johor Bahru didapati menghidap penyakit mental sama ada schizophrenia atau pun bipolar.
Penasihat Pertubuhan Sokongan Kesihatan Minda Johor (Minda), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar berkata, tahap penyakit mental yang dihidapi oleh 10,000 pesakit itu adalah serius tetapi usaha membantu mereka masih kurang disedari oleh masyarakat.
Katanya, Minda hanya mampu membantu 600 keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit mental.
``Pesakit mental ini memerlukan sokongan keluarga dan masyarakat untuk pulih semula,'' katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ceramah pada Forum Perdana Menangani Stigma dan Diskriminasi Terhadap Pesakit Mental, di sini hari ini.
Menurutnya, pesakit mental bukan hanya memerlukan sokongan moral tetapi juga bantuan teknikal dan kewangan supaya pihak pertubuhan boleh menjalankan aktiviti untuk pesakit dan keluarga.
Tambahnya, pesakit mental seharusnya diberikan galakan untuk mendapatkan rawatan awal di klinik dan hospital.
Beliau berkata, hubungan masyarakat yang renggang terutama di kawasan bandar-bandar besar, didapati menjadi salah satu faktor yang menyebabkan seseorang itu terdedah kepada penyakit mental.
Sehubungan itu, katanya, komunikasi penting untuk mengelakkan seseorang daripada terus menjadi murung dan tertekan.
Katanya, satu kajian menunjukkan punca seseorang itu menghidap penyakit mental ialah kerana tidak mempunyai ketahanan mental.
``Selepas diadakan kajian, pengamal perubatan mengenal pasti bahawa penyakit murung dan tekanan perasaan boleh dirawat dengan cara yang lebih berkesan,'' katanya.
Menurutnya, pesakit mental tidak perlu diasingkan kerana jika dibiarkan berseorangan, ia akan memburukkan lagi keadaan pesakit
Hmmmm.....3 tahun sudah kawan merantau ke Jb ni..setakat ni kawan tak pernah jumpa pesakit mental diluar dari Hospital bahagia Tampoi tu....hmm...agaknya pesakit2 mental tu dah lari ke singapore kot tak pun memang diorang org sana saja mai berubat kat sini..he2..sori..kena back up sikit Jb..tpt kawan cari makan tuuuuuu.........
__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.