Lagi kes buli pelajar parah dibelasah DUNGUN 7 Ogos - Lagi kes buli pelajar.Kali ini di sebuah sekolah menengah di bandar Bukit Besi, dekat sini yang menyaksikan seorang pelajar parah akibat dibelasah oleh lima pelajar lain.
Kejadian yang berlaku pagi semalam itu menyebabkan Mohd. Rizuan Mohd. Hashim, 15, terpaksa menggunakan kerusi roda.
Dia yang dirawat di Hospital Hulu Terengganu (HHT) sudah pun dibenarkan keluar petang ini.
Lima pelajar tingkatan tiga yang disyaki terbabit pula sudah ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk siasatan lanjut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Supritendan Che Hamzah Che Ismail ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan kejadian buli itu.
Beliau enggan mengulas.
Kes buli itu berlaku ketika mangsa dan kelima-lima pelajar terbabit berada di sebuah kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerangau kerana mengikuti Program Pendidikan Terengganu Gemilang.
Mangsa dipercayai diserang dan dipukul dengan kerusi dan disepak di beberapa bahagian tubuh pada waktu rehat, kira-kira puku 10.50 pagi.
Semua pelajar tersebut bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.
Mereka datang ke sekolah itu kerana diminta mengikuti kelas khas beberapa mata pelajaran terpilih, yang membabitkan pelajar tingkatan tiga dan pelajar tingkatan lima.
Mohd. Rizuan yang cedera di beberapa bahagian badan itu kemudian dikejarkan ke HHT oleh dua orang guru sekolah itu.
Mangsa yang ditempatkan di wad HHT terpaksa menggunakan kerusi roda kerana sukar bergerak.
Kes BulI Pelaja Nih.. Kalau tak Dibendung Awal awal dia orang akan Buat Benda nih mcm ADAT... tapi kalau ADAT Tu dah Melekat sampai Anak Cucu Kite Sume megikut Jer... Perkara yang sama berlaku pd tahun 2004. pelaja mati di buli rakan rakan.. arwah merupakan ahli keluarga Jauh saya... kalau Boleh Buat Ceramah BULI kat SEKolah SEkolah...
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
ye aa..kate 3line cable besar..nak2 rnd...barisan pertama pekida..gi aa tolong budak parah tuh..brape biji kete nak pegi tu..jgn gi ramai2..nanti parah nak kene tuang duit minyak sowang sket
huh takkan nak duk diam jer??? bangse kiter... maruah kiter... mane pe g kata2 tuk bersatu???
UNDANG2 ADEKAN? BIARLAH PIHAK BERKUASA JALANKAN TUGAS DIAORANG.. emm...abg2 kat sana boleh kot tengok adik2 yg nak jadi pelapis korporat bukan keparat...